menyiapkan tempah dari kak viji sempena deepavali minggu hadapan
3 jenis biskut yang di order bersama dengan 2 biji kek choc moist
gigih jugk nak siapkan
malam nie kena sambung lagi sebab ada lagi satu biskut
tak sempat nak buat malam tadi
ialah rasa nak patah kaki
buat semuanya berdiri, letak semua bahan di atas meja
umairah dan umar jadi mengacau besar
bila duduk di bawah habis semuanya di kocaknya
bila berdiri, bergayut plak di kaki aku
alahai memang pening kepala aku .....sabarrrrrrrrrrrrrrrrr
tengah buat adunan biskut tart strawbery
umairah minta aku buatkan kek untuk dia
dia minta kek kecik-kecik - bagi dia muffin la tu kalau sebut kek kecik-kecik
jadi memandangkan apple ada jea dalam fridge
buatkan muffin apple untuk umairah
pagi nie pergi ke nursery siap bawak sedikit untuk bagi kawan-kawan dia rasa
APPLE MUFFIN
Bahan A
300 g tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k baking soda
1 s/k serbuk kayu manis [cinnamon]
sikit garam
190 g green apple dadu kecil
2 s/b kismis
2 s/b coklat chips
115 g butter ( or margarine ) kakliza used butter
100 g gula kastor
100 g gula perang
3 biji telur
1 s/k vanilla
Cara
1. Pukulkan butter , gula, dan telur sehingga sebati. Masukkan esen vanilla.
2. Ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis.
3. Masukkan epal dadu, kismis dan coklat chips. Gaulkan rata.
4. Masukkan dalam adunan butter dan gaulkan dengan senduk kayu.
5. Sudukan adunan dalam papercup dan bakar dalam pre-heat oven pada suhu 180'C selama 25 minit.
6. sejukkan dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.
sumber dari SINI
hari nie aku lunch pukol 12noon - duty angkat phone time lunch nanti
memandangkan aku sorang sahaja - shikin MC check mata di hospital
aku pergi ke LMC bakery
sebab nak beli bekas untuk letak biskut tempahan kak viji
suka pergi ke kedai bakery sebab akan dapat lihat pelbagai perspektif
orang-orang yang datang ke sini untuk membuat kek
macam-macam persoalan akan di tanya pada kaunter girl
siapa yang rajin buat kek dan biskut, kedai bakery mana korang akan pergi...
9 kata-kata indah:
rajin tu baking....
Ayu selalu follow Net gie bake with yen kat lorong haji taib tu...
kedai tu kat mana ek? mcm familiar je..
wahhhh.. sedapnya mufin tu.. nnt alycia nk cuba la..
ayu - kedai tu sederet dgn PMC di rahman putra
alycia - cuba jgn tak cuba
ok ketinggalan sangat
sejak bile ena buat jual2 kek sume ni kuikuikui
kt bake with yen pun murah dik..
wanie - rasanya sebelum umairah ada lagi ena dah jual cuma stop bila ada umairah..
hotmama - kat mana tu mama, area sg.buloh blh la terjah lg..
kt bandar putri puchong le.. hehe
Post a Comment