NuffnangX

Wednesday, October 31, 2012

Potong Cake Kecik jeaaa...ayat umairah

isnin yang lepas balik dari Sijangkang
kami singgah dahulu ke Jusco Bukit Tinggi
untuk meraikan birthday girl ~ umairah yang sudah berusia 4 tahun 
memula plan nak makan di Kenny Rogers jea
tapi bila crew ia cakap kena tunggu ayam siap di bakar 45 minit
terus tak jadi
ronda-ronda dalam Jusco
dan terus decide makan di The Manhattan Fish Market
1st time kami makan di sini
aku bukan penggemar makan ikan sebab tu la memang tak pernah tergerak hati
nak makan di sini

tapi bila sudah rasa 
memang sedap menu yang kami order
next time restaurant nie akan menjadi pilihan kegemaran kami 
tak rugi untuk mencuba

model untuk restaurant The Manhanttan Fish Market


menu yang ada di sini
emmmm banyak jugak pilihan
hanya tinggal nak makan apa jea

nama pun restaurant Fish
jadi sudah pasti ada akuarium yang ada fish di dalamnya
siap ada udang dan kura-kura lagi
memang xcited budak berdua nie melihat binatang yang ada

Fish & Chips Dory Lite - RM10.90
untuk umairah dan umar
ikan dory memang sedap
tak rasa hanyirnya

small flame - RM29.90
pilihan sayang
udangnya disaluti oleh cheese
sedap

Chicken Wrap - RM14.90
sebab diet kena pilih menu yang lite-lite jea :p
ok la rasanya

sayang keluar sekejap beli kek slice untuk umairah di bakery shop
bila hidangkan depan umairah
"kek kecik jea"umairah
aku dengan sayang tergelak jea
"nanti ibu dan babah belikan kek besar untuk kakak yea"aku 
baru la umairah senyum

plan kami nak sambut birthday umairah dan umar sekali
than barulah ada birthday part yang proper untuk budak berdua nie
sambutan birthday umairah nie hanya untuk kami 4 beranak jea

kek strawberry 
sebatang lilin

khas untuk permata hati kami
Umairah Zahrah

tiup lilin
selepas birthday song habis dinyanyikan

rasa macam tembam laks tengok gambar nie huhuhuhu

suka la tu 
thanks sayang sebab hadir dalam hidup Ena
ececehhhh nak layan feeling laks eheh

haru biru jadinya
bila umar buat restaurant tu macam rumah dia sendiri

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 pe'el umar
makan sambil baring atas meja
alahai umar
pening kepala ibu layan pe'el umar yang sorang nie
kakaknya sibuk layan tv

umar memang akan buat perangai dia jea
anak korang kalau buat perangai macam nie
apa yang korang buat

sabar jea la

Pantai Bidara Melaka

selepas menhadiri kenduri kahwin Zamri & Ain
kami lepak sekejap di Pantai Bidara Melaka
lama tak datang ke sini
rasanya last datang ke sini ketika umur aku 19 tahun kot
skang nie aku sudah 31 tahun
perghhhh punya la lama tak datang ke sini
banyak sudah berubah keadaan di sini
makin selesa dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan

banyak gerai yang ada menjual baju renang, pelampung dan cenderahati
untuk pengunjung yang datang ke Pantai Bidara nie

sempat la aku beli frame gambar, key chain dan FM
untuk kenangan 

masa parking kereta
memang banyak monyet yang ada
menanti orang yang datang memberikan makanan

monyet nie memang berani
nasir hulurkan buah terus datang dekat
aku memang tak berani la nak bagi apa-apa
atau nak datang dekat
sebab fobia pernah kena gigit dengan monyet masa kecil dahulu

nasir selamba jea datang dekat dan hulurkan buah langsat pada monyet
suka tengok monyet betina yang tengah kendong anaknya di belakang
kuat terikat kasih sayang seorang ibu kepada anaknya

Coconut Shake
1st time rasa memang sedap gila
rugi laks beli 2 bekas
sedap dari ice blended yang lain
1 bekas - RM2.50

terasa kenikmatannya bila dapat menyedut Coconut Shake
sedap hingga menyesal beli 2 jea
kiranya nie adalah minuman no.1 bagi diri aku
chewahhhh dasyat betul penangan air Coconut Shake nie

sempat lagi budak bertiga nie mandi manda di tepi pantai
nasib baik la nasir ada yang sudi melayan 3 budak kecik nie mandi manda
mak bapak budak bertiga nie memang malas nak cecah kaki di pantai
bab malas nak mandi selepas itu

terkejut jugak bila masuk ke tandas untuk mandikan anak
kena charge 1 kepala 80 sen
perghhhhh memang mahal
rasanya di tempat lain selalu kena charge 50 sen jea

mandi pakai spender jea hehehehhe

pija dan pak chunya

umar yang masih lagi taknak naik 
masih lagi nak berendam dalam air

cantik pomandangan di tepi pantai bila matahari turun terbenam
beberapa minit sebelum azan berkemundangan kami berangkat pergi 
singgah dahulu ke rumah pak long

siap mandi dan makan
tapi kami empat beranak bergegas balik ke sijangkang semula
sebab dapat berita yang m.cik sayang meninggal dunia
puncanya sesak nafas
dan dimasukkan ke ICU
petang dapat berita yang mak ciknya telah meninggal
Al-Fatihah
semoga rohnay ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Amin

Wedding Zamri & Ain

hari ahad yang lepas 28.10.2012
kami bertolak dari Sijangkang ke Melaka pukul 11.30am
kelewatan skit sebab masih lagi kepenatan dengan majlis bertunang malamnya
tidor pukul 2 lebih untuk berkemas rumah dan menyimpan lebihan makanan
bangun pagi pun pukul 9am
masih lagi kemalasan untuk bersiap

lepas bersarapan dan bersiap semuanya
baru gerak ke Melaka
dalam perjalanan memang drive kereta tak lebih dari 110km/j
sebab rata-ratanya dalam perjalanan banyak ada AES
nasib baik la saang sudah istall AES Detector dalam HP
jadi mudah kepada kami untuk mengesan AES
teknologi skang nie semakin canggih

umairah dan umar masih lagi mengantuk
muka pun tak ceria sangat

memandangkan esok bekerja
ramai yang pulang ke rumah masing-masing pada hari ahad
perjalanan dari Selatan ke KL ataupun ke Utara
memang jem
terbalik dari kami yang menuju ke Selatan
jadi jalan memang clear jea

sampai di Seremban
umar memang sudah terlelap
kepenatan

umairah pun terlelap jugak
sepanjang perjalanan mulutnya banyak bercerita
bila senyap memang tidor la
sunyi plak bila tak dengar celoteh si minah nie
hanya kedengaran siaran radio sahaja

kami sampai pukul 1 lebih
memang waktu yang tepat sebab kami sampai jea
pengantin tengah berarak berkompang

kami parking di atas bukit
jadi kami melihat dari atas jea
tunggu sehingga paluan kompang habis di pukul
baru kami turun
dan berjumpa dengan mak dan ayah aku
dan bersalaman dengan m.cik dan p.cik aku yang lain

seronok sebab dapat makan di meja santapan pengantin
hehehehehhe

zamri aka cham dan Ain
selamat pengantin baru
sudah sebulan lebih Ain pregnant
Tahniah yea

umairah yang suka berposing depan camera
ada jea gayanya

umar yang suka makan
umar si bam bam :D

acara potong kek
cham menukar bajunya kepada baju polis

Tahniah kepada korang berdua
dan selamat melayari bahtera berumahtangga dan bakal menjadi ibu dan ayah
tidak lama lagi

jaga kandungan baik-baik yea :D

Pertunangan Nisa & Daus

Tahniah kak long 
selamat sudah menjadi tunangan orang 
insyaAllah kendurinya mungkin akan di buat bulan May13
kak long nie anak buah sayang
cucu pertama mak mertua aku akan berkahwin

majlis pertunangan nie berlangsung pada 27.10.2012
buat pada malamnya selepas isyak
hantaran dari sebelah perempuan 13
di balas dari pihak lelaki 15 hantaran

hantaran dari sebelah perempuan dan lelaki
banyakkan :D

kak long aka Nisa
berdebar-debar sebelum menjadi tunangan orang

sah menjadi milik orang
bakal ibu mertua menyarungkan cincin di jari manis
cium tangan bakal ibu mertua tu kak long
Tahniah :D

kami berbaju silver
cian sayang tak sempat nak ambil gambar bersama
sibuk menguruskan majlis anak buahnya

hehehehehhe dapat m.cik yang sengal
layannnnnnsssss

Tahniah kak long
Cik Ena doakan sepanjang alam pertunangan nie
pandai-pandai membawa diri dan jaga diri
darah tengah manis
apa-apa pun boleh terjadi
cepat-cepat simpan duit
dan belajar memasak :D

Tahniah dari Cik Ena sekeluarga..

Tuesday, October 30, 2012

Cerita Raya Haji Kami

Raya Haji kami sambut bersederhana sahaja
malam raya sibuk mengemas rumah
pagi raya baru memasak juadah untuk di santap

ada pelbagai menu yang menggiurkan 
pilih sahaja apa yang mahu untuk di makan
ada lemang
ketupat
rendang ayam
rendang daging + paru
nasi goreng

lupakan diet
makan sahaja apa yang ada
taknak nanti menyesal tak merasa
nak-nak mak yang masak
memang menyesal la kalau tak makan kan
air tangan terbaik di dunia
sudah semestinya air tangan seorang ibu

buat agar-agar cendol
memang sedap - mak yang buat

puding jagung
memang terbaik la
semuanya terasa
untuk di bawak balik ke Sijangkang dan Melaka

Choc moist untuk di bawak balik ke Sijangkang dan Melaka jugak
ada kenduri
sahaja buat untuk bagi pada tuan rumah

laksa jiran sebelah rumah bagi
memang sedap
tapi sampai ke petang
perut memang full house
kenyang tak ingat dunia

cerita raya haji kami makan..makan dan makan

malamnya selepas magrib
kami empat beranak bergerak balik ke Sijangkang
rumah mertua
perjalanan sangat la tenang
tak jem ialah semua orang sudah balik ke kampung halaman masing-masingkan
berbaju raya kami balik ke kampung
amboi macam la jauh sangat kamgpung tu hehehehehhee

umairah dan umar
kepenatan sepanjang hari bermain sahaja
dalam kereta sudah mamai nak tidor
tapi kami tak bagi budak berdua nie tidor eheh


umairah dan babahnya

perjalanan balik ke Sijangkang
hujan turun dengan lebatnya
jadi drive kereta memang slow
pukul 9 lebih baru sampai
kedatangan kami di sambut dengan suara hiruk pikuk anak buah sayang
memang meriah...

cerita raya korang macam mana...

Malas Tahap Gaban


hari nie masuk kerja semula
perasaan sangat la MALAS
selepas 4 hari bercuti
semangat untuk membuat kerja di ofis sangat la ke laut
dengan kepenatan yang super duper masih lagi terlekat kuat di badan
terasa ketika ini nak jea balik ke rumah semula
ambil bantal dan sambung tidor
tapi tak boleh la
kena la bekerja bersungguh-sungguh

macam-macam dugaan yang terjadi
ada gembira dan sedih sepanjang percutian aku nie
nanti aku story yea
nak upload gambar pun masih lagi kemalasan

selamat bekerja semua :D
mood yang masih lagi jauh

Monday, October 29, 2012

Selamat Hari Jadi Umairah..4 Years

Alhamdulillah hari nie genap umairah berusia 4 tahun

selamat hari jadi sayang ibu
semoga menjadi anak yang solehah
semoga menjadi anak yang bijak pandai
dan senantiasa dilindungi oleh Allah swt 

ibu..babah dan umar
akan sentiasa sayang pada kakak
mmmuahhhhh

umairah jantung hati aku
walaupun setiap hari bertekak dan bergaduh dengan aku
tapi umairah yang selalu aku harapkan
mulut becok umairah menghiburkan hati aku
pada mereka yang mendengar jugak

kadang-kadang tidak mendengar kata
tapi bila di pujuk dengan baik
pasti akan buat dan menolong

selamat hari jadi umairah
nanti ibu buatkan kek special untuk kakak yea
mmuahhh

suka berposing

ada sahaja gaya yang akan ditunjukkan

selamat hari jadi umairah
sudah 4 tahun kakak mewarnai hidup ibu dan babah
muahhhhh mmuahhhh

Thursday, October 25, 2012

TQ Boss - 1/2 Day Today

hari nie semangat nak buat kerja memang ke laut
mood nak beraya jea
mood nak memasak jea
mood nak shopping jea
mood nak kemas rumah jea

mood nak buat kerja di ofis nie memang hampeh
tetiba dapat berita
yang hari nie 1/2 day jea kerja
yeayyyy
wahhhhh muka memang happy tak ingat la
yeassss
Big Boss memang dah dapat baca isi hati staff dia
semangat masing-masing sudah ke laut

boleh balik pukul 3pm
petang nie boleh la keluar awal skit dari rumah
macam-macam plan nak buat petang nie

nak beli bahan memasak untuk rendang
nak beli barang hantaran
nak beli bahan buat kuih
perghhhh memang padat la

bolah la berbuka di luar jea hari nie

muka happy

cepat la kol 3pm
tak sabar nak balik

selamat hari raya korang
berhati-hati drive kereta


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha