NuffnangX

Wednesday, August 31, 2011

Sambutan Dua Anniversary

setiap tahun bila tarikh 31 August menjelma

pasti 2 anniversary aku dan sayang akan sambut

iaitu :


1) sudah pasti 31 August adalah tarikh negara kita mendapat kemerdekaan

cuma pada tahun nie tahun kemerderkaan negara kita jatuh pada raya ke dua

pasti dalam beraya semangat cintakan negara tersemat di jiwa



dan ke duanya anniversarry kami sambut adalah






2 ) sudah pasti ulangtahun perkahwinan kami berdua

tarikh keramat kami sah di satukan menjadi suami isteri



sudah 5 tahun kami berdua melayari bahtera rumahtangga
pasti pelbagai kisah suka duka sudah terpahat
sepanjang kami berkahwin
gembira..suka..duka..sedih..sudah sebati dalam perkahwinan kami
setakat ini masih mempertahankan tiada lagi
pergaduhan yang kami hadapi..Alhamdulillah
merajuk rajuk tu biasa la
adat untuk menghangat lagi perhubungan suami isteri


selamat ulangtahun perkahwinan yang ke Lima tahun untuk
aku dan sayang
semoga rumahtangga kami terus bahagia dan kekal saling mencintaai
permata hati sudah pasti la umairah dan umar


selamat bercuti semua :D

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran

di kesempatan ini


Ena nak mengucapkan selamat hari raya


dan


Maaf zahir dan batin


ku pohon kemaafan dari semua teman blogger yang ada


terasa hati dengan cara penulisan Ena


yang secara sengaja dan tidak sengaja






berjumpa lagi selepas raya dengan warna-warna ceria di hari raya nanti


pasti cerita dan celoteh akan menjelma tiba nanti


yang pulang ke kampung halaman


berhati-hati di jalan raya


pasti ramai yang pulang ke kampung pada malam ini






ceria-ceria di hari raya nanti


salam lebaran di alam maya ini


sayang korang


Monday, August 29, 2011

Umar : 9 Bulan

hari nie genap umar 9 bulan

sudah menginjak 9 bulan nie

macam-macam perangai si umar nie lakukan

memang la lain membesarkan umairah dan umar

umar skang nie tengah melasak

semua tempat kalau boleh panjat memang umar akan panjat

boleh sakit jantung aku di buatnya

sofa ker, kerusi ker, meja kopi ker semuanya di panjatnya

memang tak boleh tinggalkan si umar nie sorang-sorang



merangkak memang dah laju sangat

aku suka sangat semasa umar meniarap

sebab bila dia merangkak meniarap memang macam komando hehehehhehe

kalau tidor mesti ada orang sebelahnya

kalau aku nak bangun

aku akan rapatkan umar pada kakaknya

jadi umar akan terasa ada orang di sebelahnya

kalau dudukan dalam walkernya

memang akan dipanjatnya walker dia tu



nak mandikan umar skang nie memang susah

umar nak berdiri sambil melekap di kaki kita

jadi nak taknak kita pun akan basah sekali

pastu kalau basahkan kepalanya pasti nak mendongak

aku takut jea termasuk dalam hidung terus tersedak nanti



suka pada orang yang tengah berdiri

sebab dia dapat berpatut pada kita

sambil kita berjalan umar pun akan bertatih sekali

cuma umar memang taknak kita yang tatihkan dia sambil pegang tangan dia

memang dia taknak

dia yang nak buat sendiri



alahai umar

semakin nakal dan semakin lasak

lagi satu tak boleh tengok aku dan sayang berpeluk

memnag akan datang cepat-cepat

jeles la tu

dia yang akan duduk tengah-tengah di antara aku dan sayang

hehehehehehe



Sunday, August 28, 2011

Balik Kampung...Berhati-hati Di Perjalanan

pasti ramai yang sudah balik ke kampung halaman

pada yang akan balik hari ini

berhati-hati di perjalanan

kalau mengantuk ... berhenti sebentar untuk lelapkan mata

kalau kereta belum di service lagi..pastikan service dahulu pasti di hari raya

nanti banyak ke sana dan ke mari

check tayar ... jangan sampai botak tayar tak berganti

check kelengkapan ... jangan sampai di pagi raya pakai baju lama huhuhuhuhu

sedih tau

jangan drive kereta laju sangat-sangat... biar lambat sampai asalkan dapat berjumpa dengan insan-insan tersayang


tinggal sehari jea lagi untuk kita berhari raya

jangan main bunga api nanti ternakar jari

beraya di hospital nanti

jumpa lagi nanti :D

Saturday, August 27, 2011

Nasib Baik Jalan Tak Jem Menuju Ke Shah Alam

malam tadi kami pergi ke Giant Shah Alam

temankan Lini yang nak beli beg tarik untuk balik ke kampung

teragak-agak jugak nak ke shah alam

sebab tengok berita semua hiway keluar dari ibu kota semuanya jem

tapi finally keluar jugak

sebab bila lagi nak pergi kan

sebab hari nie aku pun nak balik ke kampung jugak

hari isnin baru ada di rumah

tapi confirm punya that day jugak pasti aku bz

jadi sobri la yang jadi driver kami malam tadi



aku takder la shopping aper pun

sebab nak temankan si Lini sahaja

lagi plak kelengkapan raya memang sudah siap semuanya

mak belanja umar beli baju dan seluar jeans

pija dan umairah wannya sudah belikan sepasang baju kurung

jadi sudah adil di situ untuk ke tiga-tiga cucunya




ambil 2 trolley

1 trolley letak barang

dan 1 lagi trolley letak budak 3 orang nie



umar pun nampak jea perangai tu macam dah besar sangat

taknak duduk tu di tempat trolley

nak jugak berdiri macam kakak-kakaknya

sobri yang handle budak-budak nie

aku, mak dan lini merayap cari barang hahahahhaha

tapi kedai di luar Giant banyak yang sudah tutup

ingat nak cari lagi baju kurung lagi sepasang

tapi takder rezeki la kedai-kedai di situ nak merasa duit aku :p

korang masih lagi shopping raya last minute ker...

Kuih Sepet @ Kuih Kapit Apa-Apa Pun Tak Kesah

salam hari sabtu

hari nie aku masih lagi bekerja huhuhuhu

aku rasa ramai yang sudah pulang ke kampung halaman

betul tak :D

malam nie kami akan balik ke Sijangkang

sayaang nak bayar zakat di kampungnya

hari ahad malamnya baru balik ke Sg.Buloh semula

hari isnin baru dapat mengemas rumah mak

emmmm mesti kepenatan

malam raya balik semula ke Sijangkang

Esoknya pagi raya akan balik ke Melaka

semoga apa yang di rancang akan mengikut apa yang kami plan

InsyaAllah semoga selamat semuanya



pagi nie sebelum nak pergi ke tempat kerja

tengok mak di luar tengah membuat kuih sepet

kalau korang panggil kuih aper yea

ader setengah orang panggil kuih kapit jugakkan

kuih sepit nie fov nasir

umairah pun macam suka kuih sepit nie

banyak jugak si kecik tu makan

tapi nasir nie banyak songeh

sebab dia nak kuih sepit yang di bakar dengan kayu api

taknak guna oven sebab dia cakap tak sedap

bagi aku sedap jea tak kesah la bakar guna aper pun

aku cuma kesian pada mak ajer

ialah berpanas untuk buat kuih sepit nie

aku nak tolong, aku bekerja plak hari nie

mak tengah membakar kuih sepit


cara lipatan pun nak yang jenis bergulung


jenis berlipat taknak


sebab tu la aku cakap nasir nie banyak songeh sangat-sangat


nanti kawen kesian bini dia nanti

Friday, August 26, 2011

Dapat Hamper Raya

chewah menggediks dua orang minah nie

hehehhehehe

dapat hamper dari customers

satu jea yang sampai ke Finance

sudah berpakat hamper nie akan di akikahkan pada 1st day

kami masuk ke opis semula

cantik....



tengok gambar nie baru perasan

yang aku dan syikin tema warna purple hari nie datang ke opis

kami berdua nie memang

selalu tersama colour bila datang ke opis

dan citarasa pun sama jea hehehhee

aku plak menggediks dengan hamper

bila nak dapat nie

hehehehhe

Sebelum Dan Sesudah

di department finance nie


memang setiap meja staff ada phone sendiri


tapi phone di atas meja syikin


selalu ader problem


jadi sudah buat aduan di Logistic


hari nie baru la person yang nak check phone line syikin datang


problem phone syikin nie ialah


tengah kita bercakap tetiba jea kita takkan dengar suara


orang yang tengah kita hubungi


kalau terpijak line phone tu sendiri pun boleh terputus hubungan jugak




Encik nie tengah mengecheck phone line


bila sudah di investigate rupa-rupanya


wayar dalamnya banyak sudah terputus akibat dari lenyekkan dari kerusi


syikin dan staff sebelum nie


memang sudah hancur


Anna tengah menanya lebih detail tentang problem tersebut



sebelum pertukaran suasana



kedudukan meja kami memang sebegini



aku lebih suka keadaan yang macm nie



macam susana opis kan



tangan eric kena parkinson



ambil gambar aku bergoyang



geram jea



selepas berpakat dengan Anna



kedudukan meja shikin telah berubah



mengadap ke pintu



jadi kedudukan meja kami menjadi bentul L shape



cantik tak korang


Lemaunya Nak Bangun Sahur

Hari nie sudah 26 hari kita berpuasa
dan tinggal beberapa hari nak menyambut raya nie
perasaan nak bangun sahur memang malas
letak jam loceng sebelah telinga pun tak sedar-sedar jugak
bila sudah terjaga sudah azan subuh
sudah terlambat untuk bersahur


masa awal-awal ramadhan
memang berkobar-kobar bangun sahur
kadang-kadang tu terjaga sebelum jam loceng berbunyi lagi
siap masak lagi time bersahur
masuk minggu ke tiga ramadhan
sudah malas nak masak
cuma perangatkan ajer lauk time berbuka
masuk minggu akhir ramadhan nie
lagi la mata tak terbuka time waktu sahur
alahai mata


biasanya alasan yang selalu kita dengar
minggu-minggu akhir nie orang perempuan tidor lambat
sebab buat cookies raya la, siapkan tempahan baju la,
mengemas rumah la, lagi best blogwalking tu yang mata jadi panda hahahhaha
tapi aku minggu akhir nie sibuk
menerima tempahan kek kukus choc dari kawan-kawan aku
dan jugak kawan-kawan sayang
rezeki nie jadi terima sahaja dan buat sahaja la
tak susah pun nak buat


malam tadi sambil menunggu kek kukus tengah di kukus
sambil-sambil tu aku menggosok baju raya
senang dah gosok awal-awal nie
tak la iron tu jammed time pagi raya
semua orang last minute nak menggosok baju raya
tinggal nak pack pakaian ke dalam beg baju sahaja
tak sabarnya nak balik kampung di pagi raya nie


pasti ramai yang sudah balik ke kampung halaman malam nie
seronoknya
macam aku esok masih lagi kena kerja
tapi staff di Guardian nie masing-masing dah mood raya
kerja macam malas jea nak buat
ingat nak beraya sahaja
aku akan buat kuih raya hari ahad nie
dan hari isnin akan mengemas rumah
semuanya buat last minute
ialah bekerja kan
jadinya semuanya kena tunggu hari bercuti


tak sabar nak makan lemang bersama rendang
perghhhh sedapnya rendang yang mak masak

Senyum Di Pagi Jumaat

sebelum pergi kerja pagi tadi

umar sudah bangun

aku gatal tangan tepek sticker di muka umar

hehehehhee

comel plak aku tengok

jom layan tengok keletah umar











Thursday, August 25, 2011

Bila Masuk Ke Office Semula

pagi nie datang bekerja semula

walaupun masih rasa sengal-sengal di pinggang

tapi tetap gagahkan diri untuk memanjat tangga ke tingkat dua

huhuhuhuhu


bila tengok meja sendiri

memang serabut aku tengok

banyaknya kerja yang aku kena siapkan

sehari jea tak datang memang begini la jadinya

nie nak raya seminggu raya nie

bila masuk ke opis semula nanti

lagi la macam mana nanti aku nak hadle


dan ader jugak sampul raya untuk aku


rupa-rupanya dari Abg Zul


kosong jea ker abg zul hehehehehe


dalam taknak tolong isikan ker hehehehhe


dah tukar duit raya semalam


tukar RM100 jea harap mencukupi


macam tahun -tahun sebelum nie banyak jea lebihnya


mana yea nak cari orang mengurut di bulan puasa nie


sakit lagi pinggang nie


semalam call m.cik yang selalu urut aku tu


tak mengurut plak di bulan puasa nie


kena bersabar sehingga raya la macam nie

Saya MC

semalam aku MC - 24.08.2011

pinggang memang sakit tak ingat

letak minyak panas pun still rasa sakit jugak

tak tahan sangat jumpa doc

doc check rupanya otot pinggang aku tegang

jadi dapat ubat tahan sakit dan ubat voren plus gel

sapu ubat nie rasa lega skit

rasa sejuk jea

Berbuka Puasa Di Kota Kemuning

berbuka puasa di Guardian branch Kota Kemuning pada

selasa malam rabu (23/08/2011)

HQ tak buat acara berbuka puasa untuk staffnya

sebelum nie plan ada tapi last minute cancell

jadi bila branch KK nak buat

aku ambil peluang untuk pergi ke sana

tak pernah sampai lagi branch KK nie


tak tahu jalan ke sana

jadi follow En.Faizul ke sana

aku dan syikin bawak anak masing-masing

dalam kereta memang haru biru jadinya

bergaduh plak si umairah dan rayyan

umairah bawak teadybear hello kitty nya

dan rayyan plak berebut nak jugak hello kitty si umairah

hah apa lagi menangis la umairah

tapi nasib baik la jugak umairah boleh mengalah

tukar dengan teadybear panda rayyan

bila rayyan dah bosan pegang kitty

dipulangnya semula kitty tu pada umairah



sakit jiwa jugak ikut En.Faizul nie

ialah sesat barat dibuatnya

di round d block boleh plak buat pusingan 2x di situ

aku dengan syikin dah tergelak2 tak ingat dalam kereta

boleh plak ikut jalan mati

geram betul

tiba masa azan magrib berkumandang

tak tahu nak makan apa ialah dalam kereta takder apa yang nak di makan

syikin plak teringat ada kek kukus yang aku bagi sampel pada dia

emmm ada la makan secubit kami berdua

selebihnya umairah dan rayyan yang telan



sampai di Branch KK semuanya tengah nak solat magrib

aku sampai terus minum air

banyak jugak lauk pauk yang di sediakan

nasi briyani..sambal ayam dia memang sedap gila

umairah dan rayyan bantai makan murtabak

sedap jugak murtabak dia



umairah duduk depan bersama dengan aku

rayyan duduk di tengah seat

nie pun berebut jugak nak berdiri tengah seat

tu yang umairah mengalah duduk di riba aku

ialah umiarah kan kakak

dia dah biasa mengalah dengan adiknya umar


sebelum naik ke atas


bergambar dulu di bawah


ada ker patut umairah ajak makan di kedai cina


hehehehhehe


rajin betul la si diela nie


kami datang dorang hidangkan untuk kami


padahal makan buffet jea


tapi nasi briyani dia memang sedap


duduk melepak selepas tercekik-cekik makan


melayan karenah umairah dan rayyan


dari kiri : Eric, En.Faizul, Din dan Syafik kot


sebelum balik dapat plak si kecik dua orang nie duit raya


dari En.Samsul


not merah lagi


sebelum balik pasti la bergambar lagi kan


dari kiri : Hanis, Pn.Azmah, Diela, Syima, Aku dan Syikin


terima kasih Branch KK kerna sudi menjemput kami berbuka


Tuesday, August 23, 2011

Sakit Pinggang

berbuka semalam makan cempedak goreng
makan panas-panas memang sedap
tu pun makan seketul jea
sebab time berbuka aku memang akan makan nasi
tak makan nasi memang badan aku akan lemah

sebelum nak tidor
perut buat hal
memulas-mulas di buatnya
masuk toilet tapi taknak membuang
2 3 kali jugak la terjah ke toilet
tapi tetap sama
tapi perut tetap sakit
nasib baik la ada ubat HPA minyak bun-bun
kalau tak silap aku
kalau letak ubat nie di perut sambil sapu sambil selawat
pasti akan lega selepas itu
tapi tak pasti sebab lepas aku sapu
terus tertidor


tapi pagi nie aku bangun
pinggang aku plak sakit sangat
nak solat subuh pagi tadi memang sakit sangat
time kita tengah duduk dan nak bangun berdiri pun sakit sangat
alahai apa la kena nie
kalau bukan bulan puasa
lepas balik kerja nie aku boleh terus pergi megurut pinggang yang sakit nie
tapi tak boleh nak buat
rasa macam nak tampal panaplex jea di belakang nie
apa kena la dengan badan aku nie
usia semakin meningkat macam-macam dah tak boleh nak makan

Check List Raya

hari nie sudah nak masuk 23 hri kita berpuasa
pasti rata-rata sudah menyiapkan kelengkapan untuk raya
untuk diri sendiri, anak-anak, suami ataupun untuk family
rasanya tahun nie baru aku dapat menyiapkan awal
kelengkapan untuk raya
tidak macam tahun lepas semuanya tahun lepas
masuk jea bulan puasa, time tu la baru nak beli semuanya
tapi tahun nie sudah belajar kesilapan dari tahun lepas
2 bulan sebelum puasa aku dan sayang
sudah berdikit-dikit membuat persiapan untuk raya
terutamanya pakaian untuk anak-anak


antara senarai pendek yang aku buat :


  1. 2 helai baju melayu (sayang dan umar) = Sudah Siap

  2. 2 helai baju kurung (aku dan umairah) = sudah siap

  3. kasut = sudah beli

  4. tudung = belum beli

  5. service kereta (waja dan kancil) = sudah service

  6. jubah (mak dan MIL) = belum beli

  7. kerepek = sudah beli

  8. kuih raya = belum buat

  9. sampul duit raya = sudah ada

  10. tukar duit raya = belum lagi

  11. tempat menginap = sudah booking

emmm apa lagi yang tak buat yea..


korang macam mana semuanya sudah ready ker

Monday, August 22, 2011

Diluluskan - Alhamdulillah

kerisauan dari pagi tadi sekiranya permohonan
aku untuk membuat pinjaman di opis nie
tidak diluluskan oleh pihak atasan
tapi tadi Pn.Azmah (boss HR) menunjukkan
permohonan aku telah diluluskan
oleh GM - Tuan Mejar Helmy
Alhamdulillah
boleh la bayar terus ke Syikin selepas ini
sesak nafas kalau pinjam duit orang nie lama-lama
kelegaan sangat skang nie
Allah permudahkan untuk aku tika ini

Confirm Booking

lagi satu tugas yang telah aku selesaikan hari ini

mencari tempat penginapan time balik ke Melaka nanti

aku dan sayang decide nak cari hotel yang ada kemudahan pool yang best-best

untuk umairah bermandi-manda nanti

jadi Tiara Beach Resort menjadi pilihan kami time raya nanti



pagi raya selepas solat raya

kami akan terus balik ke Melaka

beraya ke semua rumah adik beradik mak

dah abis menjelajah

baru la malam akan chek in bilik di Tiara

kami booking dari hari 30/8, 31/8 dan 1/9 - 3d2n



tapi macam tak best jugak sebab Lini tak dapat nak join raya tahun nie

sebab raya ke dua family MIL Lini akan pergi ke Terengganu

sepupu suami Lini akan berkahwen pada raya ke tiga

aku tak suka sebenarnya time waktu perayaan nak buat majlis perkahwinan

ialah time tu la kita nak pergi ke mana-mana dengan family kita

dan berjumpa dengan sanak saudara



ok menginap di Tiara nie

aku dapat harga semalam cuma RM200 untuk Apt 2 bilik

jadi untuk 3D2N akan bayar cuma RM400 jea

sepatutnya utk public holiday nie harga ialah RM250

tapi aku minta jugak discount tu yang dapat RM200 jea utk semalam



aku jumpa owner nie dalam Mudah.Com

kalau korang berminat nak menginap di sini jugak selepas ini

nie no.contact En.Eiman - 012-6757367


harap umairah dan umairah akan rasa enjoy menginap di sana nanti

Mencapai Impian

aku memang ada apply untuk sambung amik degree di UiTM

aku apply bulan July yang lalu

selepas itu aku memang terus lupa tentang permohonan aku nie

ialah bz dengan kerja

bz dengan anak-anak

dan bulan nie bz nak membuat persiapan untuk menyambut raya

aku mendapat msg dari InEd petang khamis

hari jumaat aku buka website

dan terkejut beruk yang aku kena daftar pada hari sabtu 20/8

kena buat bayaran sebanyak RM1359.00

aku dah pening kepala nak cekau duit kat maner

ialah duit pun banyak dah keluar sebab nak raya

aku dah muka toye time tu

nak buat kerja pun takder semangat


syikin yang tolong aku cakap pada bos

yang aku nak buat loan

anna sokong jea kalau aku nak buat pinjaman

sebab aku nak sambung belajarkan bukan nak pinjam untuk

shopping @ hal-hal yang lain

tapi kalau nak buat loan pun mana boleh dapat hari jumaat tu jugak

jadi syikin yang tolong aku meminjamkan RM1K

aku memang terharu sangat-sangat

ialah aku memang dalam keadaan yang terdesak sangat time tu

mak bagi aku RM250 dan selebihnya sayang top up kan

dan pada hari pendaftaran sayang bagi lagi RM250 untuk kecemasan
aku memang bersyukur mendapat teman yang dapat menolong aku tika kesusahan

terima kasih syikin jasamu akan aku ingat sampai aku mati

hari sabtu tu sayang yang nak hantar aku pergi ke Uitm

sayang masuk kerja 1/2 day semata-mata nak support aku dari belakang

memula aku ingat nak pergi sendiri jea

tapi sayang yang berkeras nak hantar dan ambil aku nanti

Alhamdulillah aku dapat suami yang amat memahami aku

terima kasih sayang

sebab membenarkan isterimu ini menyambung belajar semula



berpusing-pusing jugak aku nak mencari Dewan Budiman nie

bila dah jumpa orang memang dah ramai


barisan yang amat panjang


aku punya kaki rasa macam nak kejang jea


ramai jugak manusia yang nak sambung study


aku ingat aku sahaja jea yang nak futher study




selesai semua urusan pendaftaran pukol 2 lebih


selepas itu kena dengar taklimat plak


time dengar taklimat mata aku memang dah jadi kuyu


penat tak ingat la beb


dalam dewan InED


tapi rasanya banyak taklimat yang diberikan amat berguna


nak plak aku nie memang zero knowledge tentang Uitm


jadi aku rasa banyak jugak membantu aku time nak study nanti


berdiri untuk mengangkat sumpah dan berikrar


saya bahawasanya......sambil angkat tangan kanan


pastu menyanyi lagu Negaraku, dan 2 lagu Uitm


emmm dengar lagu Uitm


mulut tak bergerak pun


hehehehehhe tak pernah dengar pun :p


pukol 4 lebih aku dah cabut


sebab sayang dah sampai untuk jemput aku balik


sepatutnya taklimat habis pukol 5pm


tapi aku blah jea sebab ramai yang dah blah pun



"Ya Allah permudahkan la aku menyambung semula belajar ini"




Semangat Raya

hari jumaat yang lepas

kemeriahan nak sambut raya sudah terasa

kak nana menganyam ketupat di opis

untuk di gantung di siling opis

aku dengan syikin memang tangan bangku

tak reti nak menganyam ketupat

tau makan jea hehehehhe



colour ketupat sama plak dengan colour baju dan tudung aku hehehhee



jangan tak tahu

bos aku Pn.Anna pun tahu menganyam ketupat

terlopong aku tengok dia berbelit-belit

kain riben kat tangan dia

orang cina pun tahu buat aku ketupat

aku yang melayu nie tak reti nak buat

malu jea :p


hah khir tugas dia hanya menyankutkan ketupat di siling yea

bukan menganyam pun

nasib baik la ader lelaki gagah perkasa nak tolong hehehehehe


khair turunkan tanglung yang lama

lepas tu gantung plak ketupat

ialah skang nie suasana adalah perayaan hari raya

tunggu plak la raya deepavali

kita gantung pelita plak



opis korang macam maner

ada buat deco-deco nie tak

Friday, August 19, 2011

Kilang Kerepek



hari rabu yang lalu

sempat lagi pergi Banting untuk memborong kerepek

memang setiap tahun aku akan datang ke sini

untuk membeli kerepek untuk makan sendiri @pun

dari teman rapat yang kirim order sekali



sampai di sana

memang orang ramai tak ingat

banyak kerepek yang dah habis

yang ada pun tengah di packing

jadi beratur gak untuk membelinya



umairah dah naik bosan menunggu ibu dan babah dia

memborong kerepek

sampai tahap kebosanan dia dah kemuncak

umairah baring jea atas lantai tu

sambil cakap

"ibu, kakak dah penat" sambil buat muka selamber

baring atas lantai

kesian umairah



umar plak tak meragam sangat

tersengih jea memandang orang sekeliling

suka la sebab kena dukung kan



tengok di belakang sayang

kerepek memang banyak gila

tapi kerepek ubi dan kerepek ubi memang macam goreng pisang panas

sold out jea memanjang

aku suka kerepek ubi sira gula

memang sedap

Thursday, August 18, 2011

Wajah Terbaru Umairah

semalam cuti

kami ambil kesempatan untuk potong rambut umairah

memang sayang sebenarnya nak potong lagi rambut si kecik nie

tapi kesihan melihat umairah asyik tergaru-garu kepala

setelah kami letakkan ubat cream di atas kepala dia

tu yang kami decide untuk potong jugak rambut umairah


rindu dengan rambut panjang umairah yang ikal mayang

comel sangat tika umairah berambut panjang

tapi memandangkan umairah tak suka di ikat rambutnya

tu yang kami potong paras bahu sahaja

tapi kini di potong lebih pendek lagi huhuhuhu




geram tengok kucing di belakang umairah tu


bulu lebat sangat


tapi umairah tak berani dekat sangat dengan kucing tu


sebab garang sangat


owner kucing tu cakap kucing nie kuat mencakar


umar pun suka sangat dengan kucing bam bam tu

tapi bila dekatkan dengan kucing tu

tak berani plak

terjerit-jerit si umar nie

siap pegang kuat baju babah dia

bersiap-siap rambut untuk di potong

aku suka jea rambut umairah macam nie

nampak bulat jea muka umairah

tapi apakan daya

bersebab potong rambut nie

nasib baik la umairah boleh dengar cakap amoi tu

minta tunduk kepala..umairah ikut jea

minta pandang ke kiri ..umairah ikut jea

minta pandang kanan...umairah ikut jea



wajah terbaru umairah ketika ini

pendek..macam amoi plak aku tengok

nampak lebih kemas

kena charge cuma RM5.00 jea

murah kan

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran


selamat bercuti semua teman-teman

banyakkan membaca dan menghayati

kitab suci kita Al-Quran



hari cuti nie

pasti mengambil kesempatan untuk shoppingkan

pasti TAR penuh sesak hari nie untuk membeli

kelengkapan di hari raya nanti



selamat bercuti :D

Monday, August 15, 2011

Kenangan Lalu

malam tadi mengemas bilik Lini
dan terpandnag kotak lama di bawah katil Lini
tarik keluar ... dan terus tersenyum
di sini rupa-rupanya semua surat secret admire dan semua
surat dari kenalan
tarik satu persatu untuk di baca
terus mata tertangkap pada tulisan di luar sampul surat
cantik dan tulisan yang amat aku rindui untuk di baca
yea surat dari Abang Nasir ... sambil aku coretkan entry nie pun
air mata aku mengalir perlahan di pipi..
yea aku sedih sangat
sedih di atas pemergian Abang Nasir pada 14/3/2011 yang lalu


Abang Nasir adalah abang angkat aku
yea sememangnya hanya Abg Angkat di hati aku
tiada perasaan lain selain itu.. full stop..kisah lama
semasa di zaman kolej dulu, arwah la tempat aku
mencurah apa yang terbuku di hati
pemberi semangat pada diri aku
yea tika itu aku semenagnya gembira sebab
terasa diri disayangi oleh "Abang" yakni aku anak sulung
yang tiada kesempatan untuk merasa perasaan sayang dari "Kakak" @pun dari "Abang"
jadi tika aku mendapat kasih dari seorang Abang..aku memang gembira


apa yang terjadi pada diri aku ketika itu
pasti aku akan coretkan di helaian kertas A4 untuk tatapan kami berdua
kalau arwah buzy macam mana pun tetap akan melayangkan poskad untuk tatapan aku
membacanya
yeaaa hubungan adik angkat dan abang angkat nie
tetiba aku tersedar... tika aku mendapat surat dari teman wanita arwah
yea aku terima surat dari teman wanita arwah yang kini adalah isteri kepada arwah
yea walaupun coretan ringkas di surat dia merestuai hubungan kami
tapi di dasar hati seorang wanita aku faham apa yang teman wanita arwah cuba sampaikan


dalam diam aku cuba jarakkan hubungan aku dengan arwah
aku taknak sakitkan hati perempuan lain walaupun hubungan itu tak lebih
dari kasih seorang "Abang" dan "Adik"
selepas aku habis study, aku mula bekerja
aku terus hilangkan diri dan tukar no.phone
semuanya aku lakukan untuk menjaga hati orang lain


dan baru awal tahun nie aku mendapat sapaan dari arwah di FB
aku memang terkejut
tapi memikirkan aku sudah kawen
dan arwah jugak sudah berkahwen
aku menerima semula perhubungan yang lalu
cuma kali nie terbatas sedikit disebabkan kekangan masa
untuk berhubung
cuma cerita-cerita di blognya menjadi tatapan aku
sekali sekala aku ada meninggalkan komen
dan tersedar takut peristiwa lama kembali terjadi
jadi aku mengundurkan diri semula
hanya membaca blognya dan menjadi silent reader


kini aku doakan isteri kepada arwah tabah menhadapi dugaan
dan terus cekal membesarkan ke tiga2 anaknya..
tidak tahu nak buat apa dengan sekotak surat-surat ini
nak bakar rasa sayang sebab hanya itu kenangan yang tinggal
hanya Al-Fatihah untuk Abang tersayang
semoga rohnya di kalangan orang-orang yang beriman..Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha