dan tinggal beberapa hari nak menyambut raya nie
perasaan nak bangun sahur memang malas
letak jam loceng sebelah telinga pun tak sedar-sedar jugak
bila sudah terjaga sudah azan subuh
sudah terlambat untuk bersahur
masa awal-awal ramadhan
memang berkobar-kobar bangun sahur
kadang-kadang tu terjaga sebelum jam loceng berbunyi lagi
siap masak lagi time bersahur
masuk minggu ke tiga ramadhan
sudah malas nak masak
cuma perangatkan ajer lauk time berbuka
masuk minggu akhir ramadhan nie
lagi la mata tak terbuka time waktu sahur
alahai mata
biasanya alasan yang selalu kita dengar
minggu-minggu akhir nie orang perempuan tidor lambat
sebab buat cookies raya la, siapkan tempahan baju la,
mengemas rumah la, lagi best blogwalking tu yang mata jadi panda hahahhaha
tapi aku minggu akhir nie sibuk
menerima tempahan kek kukus choc dari kawan-kawan aku
dan jugak kawan-kawan sayang
rezeki nie jadi terima sahaja dan buat sahaja la
tak susah pun nak buat
malam tadi sambil menunggu kek kukus tengah di kukus
sambil-sambil tu aku menggosok baju raya
senang dah gosok awal-awal nie
tak la iron tu jammed time pagi raya
semua orang last minute nak menggosok baju raya
tinggal nak pack pakaian ke dalam beg baju sahaja
tak sabarnya nak balik kampung di pagi raya nie
pasti ramai yang sudah balik ke kampung halaman malam nie
seronoknya
macam aku esok masih lagi kena kerja
tapi staff di Guardian nie masing-masing dah mood raya
kerja macam malas jea nak buat
ingat nak beraya sahaja
aku akan buat kuih raya hari ahad nie
dan hari isnin akan mengemas rumah
semuanya buat last minute
ialah bekerja kan
jadinya semuanya kena tunggu hari bercuti
tak sabar nak makan lemang bersama rendang
perghhhh sedapnya rendang yang mak masak
0 kata-kata indah:
Post a Comment