NuffnangX

Monday, August 15, 2011

Padahnya Berbuka Di Bawah





Jumaat lepas

family adik ipar berbuka puasa di rumah mak

jadi kalau nak berbuka di atas meja memang tak muat

nak taknak kena la jugak berbuka di bawah

memang keberatan jugak nak berbuka di bawah nie

sebab ada pengacau 3 budak hehehehehe



umairah dan pija boleh aman jugak la

tapi kalau umar memang tobat la

dia memang taknak duduk dalam walker dia lagi

time berbuka tu

ialah semua tengah makan, umar memang tak boleh tengok orang makan

dia pun nak turut serta jugak

jadi kena letak sebelah aku jugak

dengan pinggan dan ada makanan untuk dia

sama dengan orang lain



tu bab makan

belum bab nak menghidang

jangan la nak menghidang di bawah awal-awal

nak azan 2 3 minute nak azan baru la makanan akan di hidangkan

dan semua orang dah menggeliling makanan

tiada ruang untuk umar mengucar-ngacirkan keadaan



bentangkan tikar mengkuang dengan kain hamparan pun

sudah jadi mainan untuk umar dan kakak-kakaknya

aduhai memang pening kepala

umairah plak memang tak boleh tengok kalau ada air basuh tangan

sekejap-sekejap nak basuh tangan la, mulut la..kalau boleh semua la nak dibasuhnya

sebab tu la aku memang malas nak hidang air basuh tangan



jadi waktu berbuka adik beradik aku makan dengan aman

cuma aku dan kadang-kadang sayang yang akan makan

dengan tercekik

sebab karenah dan ragam umar dan umairah

memang memeningkan kepala

emmmm

2 kata-kata indah:

A N A K - A N A K K U said...

hehehe adatlah tue na...bebudak...tp mmg sakit dada + hilang suara tau...umah ko 3 org je, umah aku..tolak y besar....ade 7 org....mmg ngeri

Zura said...

biaselah tue na..nk mengacau jelah kejenye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha