hari nie selepas zuhor mak ajak pergi ke KL
pergi ke Hosp Tawakal sebab nak melihat anak jiran yang masuk admit di hosp tersebut
biasalah bila hidup jiran tetangga nie memang ziarah menziarahi telah kami selalu amalkan
lagi plak keluarga aku memang rapat dengan family Kapten Dollah nie
jadi bila dengar anaknya yang no.2 admit di hospi, terus mak ajak ziarah hari nie
kami pergi dua buah kereta bersama sekali dengan family abang atan
sampai di sana pukol 3 lebih
jalan pun clear jea, tak jem pun, syukur
wajah-wajah ibu dan babah bersama anak kesayangan
time balik umairah nak duduk di hadapan plak bersama dengan umar
ambik ko berhimpit duduk di depan bersama tiga beranak nie
umar plak tengok kakaknya tidor apa lagi asyik la menarik puting kakaknya
apa lagi mengamuk la kakaknya
angah yang admit di hospital tawakal
Alhamdulillah masih panjang nyawanya
kalau tengok di luar memang tiada apa-apa kesan luka
tapi kena buat check up keseluruhan di dalam badan sekali sebab impact dari xcident tu memang teruk
kemalangan terjadi hari khamis yang lalu pukol 5.30pm
toyota hilux yang di naiki udin telah di langgar oleh kereta BMV
pasangan dalam kereta BMV telah mati di tempat kejadian jugak
dari keterangan saksi di situ, kereta BMV tersebut menurun bukit
tapi telah memotong dua kenderaan iaitu kelisa dan lori
setelah memotong kenderaan tersebut kereta BMV tersebut tidak dapat mengawal keretanya
lalu merempuh kereta hilux yang di pandu oleh udin
nasib baik la udin pakai tali pinggang keselamatan sebab tali tersebut la
menyelamatakan nyawa udin dari tercampak ke luar dan bernasib baik jugak sebab
toyota hilux tersebut ada air bag
kalau tiada tak tahu la macam mana keadaan udin ketika nie
kereta BMV yang remuk teruk sehingga ke driver
warga emas yang memandu BMV nie
pemandangan dari bilik udin
umairah asyik la menanya bila nak bawak dia naik keretapi
ciannya anak ibu nie
bukan keretapi jea belum merasa naik
bas pun belum pernah naik
kalau nampak bas, selalu jugak soalan yang sama umairah akan tanya
emmmm nanti la yea umairah...tak tahu nak naik bas pergi ke mana
bukan taknak naik, system bas di sri kundang nie tak sistemik
tak pernah yang tepat waktu bas ada..kadang-kadang cepat
kadang-kadang tu memang lambat gila
sesiapa yang pernah naik public transport tahu la apa yang aku perkatakan nie
memnag azab
nie plak pemandangan luas mata memandang
bila keluar dari pintu lif terus nampak pemandangan yang cantik nie
terus nampak sebahagian KL ...cantikkan
di bahagian lobi hospital ada kolum
simple jea tapi tetap nampak menarik dan kemas
jadi tak lepskan peluang untuk snap - snap di sini
modelnya sudah semetinya umairah hehehehhe
selepas keluar dari hospital
abang atan ajak singgah ke restauran datuk yusof haslam (yea ker)
abang atan cakap menu petang dia menarik
bila aku dengar ada menu lempeng pisang
terus aku setuju nak singgah
aku nie bukan boleh dengar pisang confirm nak merasa
jadi minum petang tadi aku mencuba lempeng pisang..roti jala..ubi rebus..murtabak ayam..kuih udang..semuanya sedap belaka
tapi service lambat la
aku tahu la customer ramai tapi utamakan la orang yang datang duduk di meja nie
kami makan tanpa dapat minuman dengan cepat
macam umairah minum dulu air masak yang di bawak dalam bag
tapi bab yang lain ok la
jadi peringatan pada teman
jadikan rutin wajib memakai safety belt sebab dengan memakainya
nyawa teman-teman InsyaAllah dapat diselamatkan
0 kata-kata indah:
Post a Comment