NuffnangX

Monday, October 10, 2011

Ketika Solat Time itu lah Anak-Anak Buat Hal - Cobaaaan

penceritaan kita pagi nie berkaitan solat
rasanya rata-rata kaum ibu di rumah pasti mengalami
apa yang aku alami... dari umairah start merangkak
sehingga la umar ketika ini yang nak masuk 10 bulan
emmmm apa yang anak-ananku buat
mereka buat macam-macam perkara ketika kita tengah solat
anak-anak ini akan buat drama depan kita,
sebelah kita ataupun di belakang kita
ketika ini la kita boleh melihat si kakak nak cubit pipi adiknya,
si adik plak nak memanjat kerusi meja solek,
bila kita sujud, umar akan jadikan aku sebgai kuda
pasti memanjat belakang aku dan memegang erat leher aku
sesak nafas di buatnya


itu belum lagi aku letakkan mereka di luar bilik
dan aku kunci pintu bilik sebab umairah sudah pandai
pulas tombol pintu
ingatkan buat begitu aku akan solat dengan kusyuk
tapi jangan bermimpi la
habis pintu bilik di gendangnya pintu bilik
dan sambil diiringi tangisan si umar
kakak plak gelak-gelakkan adiknya
aku yang di dalam baca surah berulang-ulang kali
disebakan kebisingan di luar dan kebingitan pintu yang di tendang
jadi letakkan di atas tilam, berikan susu
elok sahaja baring sambil aku cakap
"baring elok-elok yea ibu nak solat sekejap sahaja"
umairah angguk sahaja kepala
umar plak baring elok sahaja sebelah kakaknya
bila aku start jea angkat tangan dan baca al-fatihah
drama pun bermula...alahai


itu belum lagi aku KETAWA bila tengah solat
sebab umairah buat lawak dengan ketika kita tengah solat nie
time itu la umairah akan tanya macam-macam
padahal dia nampak kita tengah bersolat nie
babah dia selalu pesan time orang solat tak boleh buat bising
tapi bila babahnya ada di rumah la budak-budak nie jadi baik
cuba tengok babahnya kerja malam
emmang payah aku nak solat, terutamanya solat magrib
sampaikan aku kena tengok keadaan
nak solat tengok anak-anakku buat apa
time dorang tengah leka bermain atau leka tengok tv
cepat-cepat aku ambil air sembahyang dan terus solat
tanpa berlengah


umairah suka ikut aku solat sekali
tapi tu la kadang-kadang cara dia ikut kita tu
boleh membuatkan kita yang tenagh solat nak tersenyum
emmmm apakah sah solat aku ketika itu
emmmm hanya Allah yang tahu



gmabar aku bersama dengan umar ini,
umairah yang snapkan
umairah terus ambil camera dalam handbeg aku
dan snap gambar aku dengan umar
bagi jea salam terus umar terkam aku
aku memang tak sempat langsung la nak berdoa
atau berzikir kalau budak dua orang nie dalam bilik yang sama
ketika aku solat
gambar-gambar yang di sanap oleh umairah skang nie
semakin cantik dan takder lagi gambar goyang


pasti ibu-ibu blogger semua alami keadaan macam aku jugakkan
cuma cara atasi korang macam mana
boleh la kongsi-kongsi bersama pengalaman korang
ketika solat jika anak-anak ada di sebelah
penuh cobaan kan...

8 kata-kata indah:

azlin mrs'Hairil said...

sama la kite...mmg dugaan betul
budak2 bkn nyer paham pun ape yg diaorg buat

mummy_ayu said...

sama je la kesnya....cuma sekarang nie Iris pun dah besar sikit...kadang2 je la dia buat hal. selalunya dah ok la..

Ibuani said...

samalah kita... Ibuani kalau tgk Aqif leka ... trus cepat2 amik wudhu... terkdg sempatlah berzikir yg pendek2...kdg xsempat langsung bila Aqif dah berteriak... moga Allah swt ampunkan dosa2 kita dan solat kita diterima .... ;)

A N A K - A N A K K U said...

hehehehe....naik kuda tue mase tgh kecik wajib na, tp dah besar nie, ank2 aku dh phm skit, org solat x leh kacau, tp ikut gak kekadang time solat tue diog tny, ibu semayang erk...

zh-ena said...

azlin - selamat datang..betul tu lin, dorang buat jea apa yg dorang nak buat

zh-ena said...

ayu - tu la nak tggu dorang besar skit..tggu la lg 2 thn huhuhuhu

zh-ena said...

ibuani - betul tu..kdg2 tu mmg terkejar2 la kita dibuatnya

zh-ena said...

anan-anakku - betul tu time kita tgh solat tu la umairah akan tanya mcm-mcm..geram jea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha