ayat biasa akan di tulis
sekejap sahaja masa berlalu, baru sahaja rasanya mengandungkan dan melahirkan
kini umar sudah nak dekat 1 tahun jea, tinggal sebulan untuk umar menjadi 1 tahun
sudah pandai berjalan..merangkak memang sudah kurang skang nie
apa-apa aktiviti yang dilakukan pasti berjalan
suka sangat bermain dengan bola
jadi kalau ada orang melayan umar dengan bola
pasti terkekek-kekek umar akan tergelak
sebab sambil mengejar bola umar pasti akan tergelak besar
sudah pandai bercakap babah dan mak
bila aku bagi makan pada umar pasti cepat-cepat dia mencari kakaknya
sebab nak makan dengan kakaknya
akan ikut ke mana sahaja kakaknya pergi..tak boleh berpisah langsung
gemar pergi ke bilik air, sebab tu la aku selalu membebel orang yang tinggal di sini
selpas keluar dari bilik air tutup pintu bilik air
sebab umar memang akan pergi ke bilik air sendiri
kuat menyepahkan barang
kalau nampak benda yang tersusun pasti umar akan menyepakannya semula
macam bantal-bantal kecil di sofa, pakaian yang telah di lipat, mainan yang telah di simpan di dalam bakul, buku yang disusun di rak buku, baju dalam almari
semuanya pasti umar akan menyepahkannya semula
pandai sudah memilih makanan apa yang nak di makan
memang taknak makan nasi dengan kuah sup
nak lauk yang pelbagai setiap hari
kalau tengahari dah makan lauk tu, time petang mesti makan sedikit sahaja
melaainkan tengahari makan lauk lain dan petang lauk lain
memang banyak la umar akan makan
macam tu la jugak biskut jangan la asyik bagi biskut yang sama dalam 2 hari berturut-turut
hari ke tiga kalau bagi jugak biskut yang sama confirm akan di buangnya biskut tersebut
lauk yang sama dipanaskan dan di bagi makan pada keesokkannya pada umar
pun confirm umar akan menjuihkan semula nasi keluar dari mulut
emmmm memang memilih bab makan si umar nie
kalau keluar rumah
aku siapkan umar dahulu
kami baru siap kemudian memang gelisah la umar di buatnya
semua orang akan dia menjerit sebab nak keluar dari rumah cepat-cepat
lain kali kami siap dahulu baru siapkan si kecik nie
baru-baru nie baru aku perasan
bila umar menyusu botol, umar pasti akan menggulung-gulung baju dia
sambil menyusu botol
kalau time dia menyusu tu tak pakai baju, orang yang sebelah dia
umar akan menggulung baju orang sebelahnya
pastu gaya pegang botol susu tu memang macam gaya mas idayu pegang mikrofon
hehehehhehehe memang kelakar
rasa sekajap masa berlalu
sudah 11 bulan umar kini...
0 kata-kata indah:
Post a Comment