NuffnangX

Sunday, October 23, 2011

Sarapan Untuk Hari Minggu

bila bangun pagi
tengok di tepi singki, mak sudah siap rendam bee hun
jadi apa lagi tugas seorang anak
kena la masakkan
takkan la mak sudah keluarkan nak jugak mak masakkan
memang melampau la perangai anak yang macam tu kan



jadi la aku masak bee hun tomyam
Lini cakap nie 1st time dia makan bee hun tomyam
aku 1st time makan beehun tomyam nie pun semasa di Sijangkang
kakak ipar yang masak, bila sedap apa lagi pasti la menanya resipikan
memang lumrah perangai perempuan
bila sedap pasti menanya resipi

Bahan-Bahan :

Beehun yang siap telah di rendam
pelbagai jenis seefood - ayam ker, udang ker, sotong ker..
sayur - carrot ker, putik jagung ker
daun limau purut dalam 4 helai
3 batang serai yang telah di titik
bawang putih, bawang kecil - di tumbuk

Cara Memasaknya :

tumis bawang hingga naik bau
masukkan ayam, udang atau sotong
masukkan serai dan daun limau purut
masukkan sayur
masukkan sedikit air
masukkan garam, lada sulah, pak aji
masukkan beehun
siap untuk di hidang



memandangkan hari sabtu mak masak lauk kari ayam


sayang request dari aku untuk buat cekodok


sebab nak cicah dengan kuah kari ayam


memang sedap


puas hati dapat buat sarapan sendiri sambil suami dan anak-anak makan bersama

0 kata-kata indah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha