aku dulu semasa kecil, ada seorang nenek aku suka mengunyah daun sireh
bila aku tengok nenek aku tu macam syork jea makan sireh
aku dangan lini buat projek
bila nenek aku takder jea di tempat bakul sireh dia
cepat-cepat aku dengan lini menenyeh segala benda pada atas daun sireh
kebiasanya orang tua akan letak kapur sedikit, sedikit buah pinang pastu gulung-gulung
dan terus kunyah, jadi aku dan lini buat la seperti mana nenek selalu buat
bila sireh masuk ke dalam mulut
kunyahan pertama terus aku tersedak dan muntah
gila beb aku memang tak boleh nak menerima rasa sireh tersebut
lini pun sama termuntah-muntah sebelah aku
pastu tengok lidah sudah jadi merah hehehehehehe
nenek aku dapat tahu gelakkan jea dengan kami berdua punya keletah
nie pokok sireh yang rendang yang mak aku tanam
memang diamalkan penggunaan daun sireh di dalam family aku nie
sesiapa pun nak ambil daun sireh nie mak benarkan
kadang-kadang tu orang nak buat gubahan akan minta pada mak
cuma pantangnya time datang period jangan gatal-gatal tangan nak petik daun sireh nie yea
nenek aku la cakap kepantangan nie - kaitannya aku memang tak tahu
daun sireh yang segar bugar
meh sini apa yang kami sekeluarga lakukan pada daun sireh
nie semuanya dari warisan turun temurun
dari nenek kepada mak dan dari mak kepada aku dan dari aku kepada teman blogger semua :D
yang selalu aku amalkan setelah mendapat nasihat dari mak
dan terbukti kebersanannya pada diri aku dan yang mengamalkannya
antara yang selalu aku lakukan ialah :
- ketika pantang, aku akan minum air sireh. rebus 7 helai daun sireh sehingga mendidih, sejukkan selepas itu elok untuk di minum macam air biasa - elok untuk pembuangan angin di dalam badan.
- selepas datang period. ketika kita nak mandi hadas, rebus 7 helai daun sireh, selepas air suam-suam kuku, selepas mandi dan bersihkan diri, guna air rebusan sireh tersebut untuk basuh alat kemaluan kita. ini bertujuan untuk kebersihan di tempat tersebut dan membuang bau yang tidak enak untuk di hidu.
- sekiranya nak muka kelihatan awet muda, rebus 7 helai daun sireh, wapkan muka dengan air rebusan sireh tersebut ke muka, selalu buat muka akan nampak kemerah-merahan. tak caya tengok muka mak aku, memang tak payah pakai blusher..seyes tak tipu.
- sekiranya sakit mata, rebus 7 helai daun sireh dan wapkan ke mata..InsyaAllah akan sembuh. macam arwah wan aku sehingga umurnya 84 tahun matanya masih lagi clear dan boleh lagi membaca dengan lancar tanpa menggunakan spec mata.
- sekiranya terdapat gatal-gatal di badan, ambil sehelai dua daun sireh, gosokkan daun sireh tersebut di tapak tangan, air daun sireh yang kita gosokkan tersebut letak di bahagian yang terasa gatal, ataupun terus gosokkan daun sireh di bahagian yang gatal tersebut.
nie antara kelebihan daun sireh yang selalu aku amalkan.
kalau korang nak try buat silakan..
2 kata-kata indah:
wahhh.. banyak jugak khasiat daun sireh nih.. boleh try nanti..:)
nafira - tu la jgn tak cuba
Post a Comment