malam tadi kami rakan Guardian telah menerjah ke rumah kak viji
kak viji buat open house sempena Deepavali
jadi dari finance dept yang mewakilkan diri hanya aku dan syikin sahaja
anna tak dapat datang sebab suspect denggi
sabri plak sudah terbang pergi ke Medan - jangan lupa ole-ole untuk kami yea sabri eheh
kami tiga buah kereta bergerak bersama - aku, syikin dan hanis
memula nak cari rumah kak viji sesat jugak
jadi berhenti tepi kedai makan terus aku tanya p.cik di situ
p.cik tu la yang bagi direction nak pergi ke rumah kak viji
dan kebetulan p.cik tu memang baru sahaja pulang dari rumah kak viji jugak
finally berjaya jugak sampai di rumah kak viji
dengan selamba ada khemah jea terus aku cakap mungkin rumah kak viji
bila sudah berdiri depan rumah baru perasan no. rumah ialah 9
eh rumah kak viji no.7, salah rumah ker
than tetiba ada autie tu cakap betul la rumah viji cuma makanan diletakkan di rumah sebelah
dorang kongsi bersama buat open house oooooo begitu
makanan yang dihidangkan emmang terbaik la..semuanya sedap
ada nasi minyak, nasi kunyit (1st time makan nasi kunyit memang sedap)
pilihan lauk plak, ada sayur goreng, ayam rendang, ayam masak merah, ayam goreng berempah, kari kepala ikan, kari telor dan kari dhal
hanis dan pn.Azmah
dorang berdua nie siap ambil plastik tapau bawak balik lagi hahahahaha
aku cuma ambil seketul 2 jea letak dalam bag
tapi sedap la kuih yang kak viji buat, kuihnya rapuh guna kacang hijau
kolam yang di buat oleh family kak viji
ada taburan beras dan hampas kelapa
diletakkan di ruang tamu rumah kak viji
umairah bersama Abang (anak kak liza)
sweet jea kan
cuma masih lepak sebab group Pn.Azmah baru sahaja sampai
jadi sambil meneman dorang tu sambil-sambil borak la
memang happening
girls nie cakap dorang pakai cara lain untuk memakai sari nie
memang cantik tau
tua setahun dari umairah
si kecik nie ralat main games handphone mak dia jea
tak kecoh pun dengan suasana sekeliling
abangnya ada jugak melayan orang sekeliling
memang peramah anak kak liza nie, yang abang la
selain buat open house sempena deepavali
buat sekali birthday part anak jiran sebelah rumah kak viji
sebab tu la kanak-akanak mendapat goodies bag
siap dapat 2 sampul duit raya lagi
rayyan memang bawak diri jea di sini
tak kesah pun sesiapa nak pegang atau dukung dia
apa yang penting umairah ada di sebelah hehehehehe
tapi akalu kuahnya pekat lagi pasti terangkat bila menghirup kuah tomyam nie
memang sedap la kak viji masak nie
sibuk tuan rumah nie melayan tetamu yang hadir
pukol 9 lebih kami semua gerak pulang
sampai di rumah tengok umar sudah tidor dengan nyenyak
sayang plak melayan tengok astro
tengah mennti nak tengok Maharaja Lawak Mega
korang tengok tak malam tadi
kebanyakkan peserta semuanya otai-otai dalam dunia berlawakkan
tapi aku suka la lawak spontan dari Adlin Aman Ramli dan bob memang best
yang lain-lain biasa jea
mungkin baru pertama kali naik pentas tu yang masih lagi dalam suasana warm up kot
kita tengok dan lihat la hari jumaat minggu hadapan plak
tapi aku macam tak puas hati pasal juri
apa kaitan juri - chef wan, siti nurhaliza, zainal abidin hasan dan imran ajmain dalam dunia lawak nie..macam tak kena jea
korang setuju tak...
1 kata-kata indah:
pandainya dorang buat kolam tu, kan
Post a Comment