macam mana orang utan nie sedang berfikir macam tu jugak aku berfikir
kulit sama brown, rambut sama black tapi hati belum tentu sama
perangai jugak begitu..tidak semua orang sama perangainya
kalau sama tidak la kita selalu cakap asyik kita sahaja yang nak menjaga hati orang
tapi orang lain belum tentu nak menjaga hati kita - betul tak korang
macam apa yang aku nak perkatakan di sini
kenapa perlunya kita bercakap berdolak dalik
kenal sudah lama tapi kenapa perlunya cakap depan begini dan belakang begitu
kenapa perlunya nak memburukkan orang untuk meng'gah'kan nama sendiri
tidak pernah fikirkah perasaan orang tersebut
tidak pernah fikirkan apa orang sekeliling perkatakan setelah perkara yang betul diketahui
tidak ada perasaan malukah di dalam diri anda
kenapa kita selalu men'tidak'kan yang sebenarnya adalah betul
kenapa kita perlu berdolak dalih mengatakan duit tertinggal
duit tak bawak...duit tak keluar... macam-macam lagi
yea mungkin malu untuk mengatakan hal yang benar tika itu tiada duit
tapi bagi diri aku, bercakap benar tiada siapa yang akan membenci
kita akan bertambah benci sekiranya kita akan mengetahui hakikat sebenar
niat hati nak selamatkan diri tapi sebenarnya selamat itu memakan diri
jujur pada diri dan jujur pada orang sekeliling pasti tiada sesiapa membenci
aku punya prinsip kalau tidak mampu miliki
just let go benda tersebut
kalau kepingin mahu jugak..kumpul duit dan miliki la dengan hati yang bangga
sebab mampu dengan usaha sendiri tanpa menyusahkan orang lain
kenapa perlu bermegah dengan apa yang kita miliki
walhal apa yang kita miliki sebenarnya membuat hutang piutang disekeliling pinggang
aku taknak begitu...sungguh
jadi bagi diri aku, jadi diri sendiri dan tidak perlulah egois untuk menunjukkan diri sendiri gah dimata orang lain tapi sebenarnya hampeh
khas untuk peringatan diri sendiri...
2 kata-kata indah:
kalau nak apa-apa mmg dah diajar usaha sendiri... kalau takde, diam je laa.. kalau ada, baru beli.... apa-apapun kena usaha.. tapi, jgn sampai susahkan org..
betul, ena! ain setuju...
ain - betul tu klu nak usaha sendiri, belajar utk tidak bergantung pd org lain
Post a Comment