NuffnangX

Saturday, October 29, 2011

Kenapa Kita Liat/Susah Bayar Hutang

bagi aku nak berharta atau ada barang dalam kehidupan kita
memang perlunya kita berhutang..tak berhutang tak dapat la nak kumpul aset

kalau gaji banyak boleh la beli terus tak payah nak berhutang-hutang nie

maksud hutang di sini ialah hutang kereta..hutang rumah..hutang kredit kad dll

biasanya kita akan ketepikan dahulu duit untuk yang fixed expenses

@car loan

@house loan / rumah sewa

@personal loan

@ptptn/ study loan

@kad kredit

@insurans

@dll

nie antara yang biasanya kita akan bayar dahulu..di tambah plak dengan expenses

@susu dan pampers anak

@duit minyak dan toll

@duit untuk bagi pada mak dan ayah

@dll

setelah semua ini diselesaikan pembayarannya

adalah balance - balance sedikit sehingga hujung bulan

bagi aku kenapa kita liat nak bayar hutang

itu semua bergantung pada keadaan

sebagai contohnya, kalau pinjam duit dari teman rapat/rakan sekerja/rakan blog dll

kebiasanya pasti pembayaran untuk memulangkan semula pinjaman kita pasti lewat

kenapa tidak seperti kita melangsaikan fixed expenses, jadi di situ nama kita akan clear

dari segi pinjam meminjam nie

tapi ada jugak manusia yang buat muka selumber jea

sudah la meminjam, kita minta cakap nanti aku bayar

dapat orang yang jenis malas nak minta-minta nie, sedap la orang yang meminjam sebab

alasannya tuan peminjam tak minta-minta jadi buat apa aku nak bayar lagi

jadi di sini pelbagai jenis orang ada di dunia nie



tapi adat la kalau ada outstanding dalam sebulan dalam pembayaran kereta atau rumah

nak-nak kalau bulan tu hari perayaan atau bulan nak hidupkan roadtax dan insurans kereta

jenis yang tak menyimpan duit pasti 1 bulan ter'miss' bayar

aku pun dalam ketegori jenis nie jugak

jadi next monthnya pasti akan bayar penuh semula

dan ada jugak yang bayar separuh untuk loan

sebagai contoh pembayaran loan RM400 tapi sebab kesempitan duit sangat pada bulan tersebut

hanya bayar separuh sahaja iai RM200



aku rasa dengan sesiapa sahaja kita meminjamnya

sebagai mana kita mudah untuk mendapat pinjaman

sebegitu jugak la kita dalam membayar hutang tersebut

sebab sekali kita buat 'taik' jangan harap lagi la orang akan

memberi pinjaman untuk kali ke dua sekiranya nak meminjam lagi

bagi aku, sekali aku sudah bagi pinjam pastu nak bayar susah

asyik nak memintanya semula, sekali tu jea la aku bagi pinjam

tobat nak bagi lagi

sebab kita kena fikir jugak ketika kita sesak, ada orang lain yang lebih sesak dari kita

jadi dengan siapa kita berhutang, wajib la membayarnya semula


peringatan pada diri sendiri

0 kata-kata indah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha