NuffnangX

Monday, October 17, 2011

Sedut Gas

semalam selepas pergi kenduri kahwin
terus pergi klinik sebab pernafasan umar macam berat sahaja aku dengar
macam nak semput
last sedut gas pada hari selesa lepas
jadi semalam bawak lagi sebab batuk tak kedengaran sangat
cuma bila umar bernafas tu rasa berat sangat
jadi memang kena sedut gas jugak la

hari nie masuk lewat ke opis
sebab bawak umar pergi klinik lagi
kali nie aku nak buat 3 kali berturut-turut untuk umar sedut gas
geram aku bila dengar umar bernafas macam tu
rasanya pagi nie lagi terul sebab semalam
kena hujan sedikit time nak pergi ke kereta
tengah-tengah makan tu, terus hujan turun dengan lebat
dengan keadaan khemahnya yang takder salur air hujan
tengah makan terus stop makan sebab air jatuh betul-betul atas meja
terpaksa la basuh tangan
aku yang berlari-lari anak ke kereta untuk ambil payung
jadi satu payung berkongsi la empat beranak
tapi aku tak berpayung pun takper asalkan mak, umar dan umairah berpayung


sampai di klinik pun petang semalam
ramai jugak orang
bila aku cakap nak sedut gas jea
terus nurse bagi dahulu pada aku eheh
esok tinggal lagi sekali untuk umar sedut gas
pastu tengok pernafasan umar, sama ada akan ok ataupun tidak

monyok jea muka umar
nak pada wan dia sahaja
aku nak dukung pun taknak



umairah macam biasa la


klinik tu di buatnya macam rumah dia sahaja


segala jenis mainan semuanya dia main


tak malu langsung...alu jerit-jerit jangan naik pun


buat muka seposen jea bila tengok aku


hampeh betul la anak aku yang sorang nie

2 kata-kata indah:

ZanaNordin said...

umar ada astmah ke?

zh-ena said...

zana - doc ckp takder cuma tu la bila btuk mesti mcm nampak semput skit..tu yang kena berulang alik pergi klinik sedut gas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha