NuffnangX

Wednesday, October 12, 2011

Sambil Tunggu Kek Tengah Di Kukus Layan Buat Muffin

esok ada tempahan kek choc kukus dari rakan sekilang sayang
jadi malam nie kena la membuatnya
tak banyak pun cuma satu tempahan sahaja
jadi macam biasa tengah aku membuatnya pasti umairah
ada di sebelah menanti untuk menjilat senduk setelah aku siapkan adunan
mak cakap sebijik macam perangai aku ketika kecil
tunggu di sebelah sehingga semuanya siap
baru lah mak akan bagi senduk untuk aku menjilat
tapi tu la tak plak sakit perut menjilat adunan mentah eheh
macam mana mak, macam tulah anaknya


kek kukus choc yang mendapat sambutan di kilang sayang
kalau buat sedap, sesiapa pun akan mengoder semula
betul tak....


sambil-sambil tunggu kek kukus choc nie siap di kukus
aku lihat ada bahan-bahan untuk buat muffin
dan memang sudah lama aku tidak buat muffin
jadi aku buat la muffin choco cheese muffin

bila siap jadi la begini
cuma tambahan aku letak badam di atas adunan sebelum di bakar
jadi bila makan akan rasa cruncies skit


sahaja buat lebih
jadi aku siap-siap masukkan ke dalam bekas
satu bekas untuk sayang bawak ke tempat kerjanya
satu bekas lagi untuk aku bawak ke tempat kerja
boleh la jamu teman-teman finance dept
dan ada lebihan topping choc dari kek kukus choc aku letak pada muffin
jadi bertambah-tambah la sedapnya eheh
emmmm macam mana nak kurus nie

ok kalau sesiapa nak buat boleh guna resipi di bawah


Choco Cheese Muffin

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 140gm choco chip
  • 100gm cream cheese
  • 80gm butter
  • 2 biji telur size M
  • 60gm gula
  • 100gm tepung gandum
  • 2sk baking powder

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke 180℃.
  2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
  3. Tambah gula dan kacau lagi.
  4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
  5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.

resipi di ambil DI SINI
sayang cakap sedap, jadi korang boleh la try buat untuk minum petang
selamat mencuba...

4 kata-kata indah:

mama tisya said...

dapnye..yum2..lama tk wt muffin

mummy_ayu said...

rajin juga Ena baking2 nie..
kalu Ayu..masak untuk sendiri boleh la...

~ain said...

rajinnya! hubby ain pernah suh buat puding dia nak jamu kawan opis, ain buat dek je.. ahahhahaha bertuah kan?

nanonano said...

senang choc cake tu buh dlm tupperware tu xyah kuarkan dh bile msk, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha