NuffnangX

Wednesday, October 12, 2011

Projek Hujung Minggu - Apam Polkadot

hujung minggu yang lepas
disebabkan kebosanan di rumah
sayang kerja
family aku plak pergi menghadiri majlis keduri kahwen
aku malas nak ikut, jadi tinggal di rumah aku, umar dan nasir sahaja
jadi time aku sibuk di dapur, nasir la yang kena menjaga umar hehehehehhe
jadi bermula la projek apam polka dot aku pada hujung minggu yang lalu


aku rasa ramai yang dah try buat apam comel nie kan
tu yang aku tergerak hati nak buat

ok resipi nie aku dapat dari blog mummyayu :D
cikgu, anak murid cilok resipi cikgu yea eheh

Bahan-Bahan :
  1. 3 biji telor - simpan dlm fridge

  2. 275 g tepung gandum

  3. 220 g gula halus

  4. 150 g susu segar/susu cair/susu full cram/santan (ena guna susu segar)

  5. 3 sudu teh baking powder

  6. 1 sudu kecil ovellete

  7. filling secukupnya (ena guna perisa straberry dan orange)

  8. pewarna ikut suka hati

  9. 1 sudu teh perasa vanilla

Cara Untuk Membuatnya :

  1. masukkan semua bahan ke dalam bekas dan pukul bahan tersebut sehingga 6-8 minit

  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa

  3. masukkan setiap warna ke dalam piping beg

  4. picitkan sedikit adunan ke dlm mangkuk kertas yang telah di susun di dlm acuan lompang

  5. picitkan filling secukupnya

  6. picitkan adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh, kemudian dot-dot dgn warna pilihan.

  7. kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Tips :

  1. gunakan api yang sederhana kecil semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.

  2. tutup dgn kain penutup pengukus utk mengelakkan air jatuh ke atas apam utk menghasilkan permukaan apam yg menarik.

selamat mencuba......


bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat apam polka dot

adunan yang telah di titiskan warna - hijau, merah dan warna asal - putih

adunan setelah dimasukkan ke dalam plastik piping beg

bekas acuan telah di susun dalam bekas kukus


untuk mengelakkan terletak filling over sangat
aku guna picagari ubat umairah untuk letak filing

masa 1st step aku buat apam nie
aku just guna sudu kecik untuk letak filing
sebab tu la selepas masak filing dia terkeluar
sebab over sangat aku letak eheh
tu yang aku guna picagari jadi aku boleh kawal
baper banyak aku letak filing dalam apam polkadot tu

apam polkadot aku tu berlubang-lubang sebab aku tak letak kain atas apam aku nie
sebab tu la apam tu jadi tak cantik


umairah suka makan apam nie
model terpaksa - taknak senyum pun bila aku minta senyum

pija pun suka - masam jugak eheh

dua-dua budak nie takder mood - penat sangat mandi sungai kot

adik aku Lini - sengal

dia punya idea la tu nak bergambar macam tu ehehehhehe

siap cakap lain kali buat lagi Along - ok jea kalau ada orang nak jaga anak-anak aku tu


umar memang melayan dengan apam nie

suka tengok dia kunyah apam tu

muka umar setelah kenyang makan apam

perut pun dah membuncit macam apam eheh

14 kata-kata indah:

attyfir said...

boleh ar buat bisnes ni ena.

mummy_ayu said...

ooo..dah buat dah..best!!
kids suka la makan sbb comel2..

zh-ena said...

k.atty - tak tahu la ader org nak order ker tdk eheh

zh-ena said...

ayu - tu la umar, umairah dan pija mmg suka mkn, sekali msk jea dlm mulut...sbb kecil jea kan

Ya ALiya said...

cantik,sebab warna warni kan......

Mak Su said...

memang kiut!!

Sidratul Muntaha said...

aku takde pengukus

zh-ena said...

alya - tu la ikut suka kita nak letak warna apa..warna terang jadi ceria kuih kita

zh-ena said...

mak su - cute macam tuannya hahahahhaha

zh-ena said...

ayu - umah mertua ena pun takder pengukus, selalu mak mertua guna jea kuali besar sebagai pengukus

~ain said...

cute nya laaaa apam...

Eliss said...

rajinnya :) kalo me beli ajer, dasar femalas..hehehe

zh-ena said...

ain - tu yg sayang jea rasa nak mkn

zh-ena said...

eliss - rasa tak puas plak beli jea sebb tak puas la mkn skit2 nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha