aku tengok umairah ok dan ceria sahaja
jadi umairah tak demam dan batuk pun tidak kedengaran
Alhamdulillah ... risau aku sepanjang aku bekerja semalam
asyik melihat handphone, takut-takut teacher umairah akan telephone
tapi bila sampai ke petang tidak telephone
aku menganggap umairah ok sahaj di nurserynya
ambil dia, macam biasa
aku hanya menunggu di dalam kereta
umairah la akan menyeret beg sandangnya
dan buka pintu kereta dan masuk
masuk sambil mulut akan pot pet pot pet
beritahu apa yang terjadi sepanjang dia di nursery
semalam sibuk bercerita dia belajar buat kapal terbang kertas
siap sampai di rumah tunjukkan pada kami macam mana nak buat kapal terbang kertasnya itu
bila berjaya tunjukkan pada kami
terus senyum puas hati dapat menunjukkan kemahiran barunya tu kepada ibu dan babahnya
lega melihat umairah ceria selalu
hati aku yang runsing terus hilang
senyuman anak penawar hati yang berduka lara
5 kata-kata indah:
uwaaaa..apa ni semua gambar makanan2 je. apam la, kek coklat la, mufin la, uwaaaaaa.. nak jugakkk. tapi ena tq bagi resepi mufin tu ye. nanti la kot2 boleh dicuba try lepas ni. hahahhahaa.... to umairah... dah pandai ye lipat2 kapalterbang..good girl. to umar.. lain kali umar lak tolong ibu buat kuih ye. baru ibu bersilat kat dapor. hehehhe....
alolorrr
sukanya dia dapat buat kapal terbang kertas! :)
dh pandai buat k.terbang kertas dah...nti boleh buatkan tuk acik zura plak..hehe
olololo.. dah pandai buat kapal terbang dah.. pandainye dia...
bestnya dah sekolah :) mesti belajar mcm2..
Post a Comment