pukol 11 lebih baru la kami sekeluarga gerak ke Melaka
pergi 3 buah kereta
tapi sampai di Seremban
perjalanan semakin slow
kereta makin banyak
sebab asyik la tanya bila nak sampai nie babah
muka pun monyok jea bila aku suruh senyum
memang takder mood langsung dalam kereta si kakak nie
gedik-gedik manja dari aku dan sayang hahahahhahah
layan kebosanan sendiri
masuk jea Kg.Kuala Sg.Baru
mak terus ajak singgah dulu kubur
kubur sebelah ALAM
susana disekeliling kubur nie aman damai jea
sebab bertentangan dengan laut terbentang luas
selesai sudah urusan di kubur
adik ipar terus singgah rumah p.long
tapi kami terus pergi ke pekan kuala
sebab nak ambil kunci bilik yang akan kami tidor malam nanti
berjumpa akhirnya En.Eiman
sebelum nie berhubung melalui telephone ajer
untuk urusan booking memboking bilik nie
selepas dapat kunci bilik dan membuat pembayaran
kami patah balik pergi ke rumah pak long
di sini memang kami akan lepak lama sedikit dari rumah adik beradik mak yang lain
sebab abg mak yang sulung kan
kena bagi respecl skit
di sini menu yang kami setiap tahun nantikan sudah pasti la rendang kerbau
perghhhhh memang terbaik dari ladang la rendang mak long aku nie masak
setahun sekali jea kami dapat rasa
rumah peninggalan arwah wan dan arwah atuk
tinggal kosong sahaja
kayu - kayu hanya tinggal di mamah anai-anai sahaja
tiada siapa yang mahu tinggal di sini
hatta nama pada tanah bukan nama keluarga tapi milik pada nenek tiri
jadi disebabkan itu adk beradik mak taknak tinggal di situ
memang la nenek tiri benarkan tinggal dan buat rumah di situ
tapi di kemudian hari takut akan dituntut semula oleh anak-anak nenek tiri
jadi dibiarkan begitu sahaja rumah arwah wan begitu
sedih tengok
di depan rumah arwan wan dan atuk
ader sebatang pokok mangga
setiap masa pokok mangga nie sentiasa berbuah
buah dia memang manis gila
bila balik singgah sekejap di rumah p.long
pasti mak akan memetik buah mangga nie untuk di bawak pulang
bila mak tengok rumah mak dibesarkan nie
pasti ader air mata bergenang di bibir mata mak
umairah kegembiraan bila tiba di kampung halaman wan dia
kecerian menanti kami sekeluarga
0 kata-kata indah:
Post a Comment