NuffnangX

Monday, September 26, 2011

MC - Demam dan Batuk

sebenarnya aku dah demam dari malam tadi
mungkin sebab kepenatan dari petang sabtu
melarat sampai ke hari ahad - tu yang tetiba dapat demam
kepenatan disebabkan perjalanan
sayang pun MC jugak sebab tonsil sayang teruk
sampai suara takder - kalah suara serak Awie hehehehhe
batuk aku plak makin teruk
selsema nak dekat sebulan kena - makan ubat tapi tak baik-baik jugak
jadi aku dapat package penyakit - demam..selsema..batuk...
pergi klinik Mutira untuk dapatkan ubat dan yang paling penting untuk dapatkan MC
dari doctor


sayang ada, boleh la bawak aku pergi ke klinik
sayang pun jumpa doctor jugak
siap kena sedut gas sebab paru-paru dia teruk bunyinya semasa batuk


umar yang tak duduk diam ketika di dukung oleh babahnya
sibuk tengok kakaknya
asyik nak lepaskan diri supaya dapat turun
nak turun kena cepat-cepat berjalan yea umar
dah berjalan baru ibu bagi turun


umairah sibuk main basikal
sampai skang nie umairah tak pandai lagi nak berkayuh dengan betul
umairah kayuh basikal separuh-separuh dia mengayuh basikal
dah ajar banyak kali tetap umairah akan mengayuh stail dia



banyaknya ubat yang aku kena makan
ubat batuk..antibiotik..ubat demam...ubat selsema untuk siang dan malam
kena charge RM86.00 nanti claim pada company
harap-harap batuk aku akan baik selepas makan ubat yang banyak nie..
dapat MC untuk hari nie dan esok sebenarnya
tapi aku akan kerja jugak esok
cuti lama-lama nanti bertimbun kerja nak diselesaikan

2 kata-kata indah:

mummy_ayu said...

ala siannya..tak ok lagi yer? takpe..mc....rehat & get well soon dear!!

safwana89 said...

mkn ubt 2 yerk kak long..
wana pn xsht gak..kne gastrik r..
smoga cpt smbuh yerk??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha