NuffnangX

Thursday, September 22, 2011

Geram, Takder Saper Nak Tolong

semalam bawak anak-anak pergi ke klinik
umar dan umairah dan terkena batuk jugak
kesian pada umar sebab nafas dia dah berbunyi sangat
jadi petang samapi jea di rumah
ajak mak temankan
tapi mak terpaksa tolak sebab ada kerja yang perlu di buat
ok takper sebab aku memang faham
ialah dah seharian menjaga umar, jadi banyak kerja yang tergendala tak buat
lepas solat magrib, aku siap-siap untuk keluar
ajak sabri temankan
tapi dia cakap tak boleh nak temankan sebab ada hal
bagi aku ada hal, nak keluar dating la tu..takper kakak sendiri nak minta tolong
taknak tolong..tunggu la turn ko nanti..geram aku
minta tolong pada nasir..cakap tak boleh nak tengok bola
sama la jugak dengan abang..lebih pentingkan bola dari nak tolong kakak sendiri
nanti ko minta tolong ko telan bola kat tv tu


dah angin satu badan, terus keluarkan car seat umairah
letak di kerusi hadapan
letakkan umar di car seat
terus menjerit minta umairah masuk ke dalam kereta - time nie dah lupa diri
sebab geram bercampur dengan marah
ialah aku cuma minta tolong pada adik beradik temankan sekejap
sebab aku kena drive dan minta tolong untuk pegang umar sahaja di dalam kereta
sebab umar memang tak pernah lagi aku letakkan di car seat
nak letak dalam baby carrier umar memang dah taknak baring dalam tu
sebab dia rasa dah besar sangat untuk baring di dalam bekas tu
baru sampai separuh jalan umar dah menangis taknak duduk di car seat
aku keraskan hati tetap drive
umairah dah pujuk adik dia supaya senyap
macam-macam cara umairah buat untuk bagi adiknya gelak
tapi tetap tak berjaya


sampai di klinik..orang ramai la plak
nak taknak tunggu jugak la
sebab keadaan umar yang teruk
umairah ok lagi
baru start nak batuk
tak lama tu, aku nampak ayah masuk ke klinik
kepelikan aku di situ, kenapa ayah datang
bila ayah duduk di sebelah aku, ayah beritahu yang mak bising-bising pada ayah
sebab tiada siapa nak temankan aku pergi ke klinik
kesian aku, sebab itu lah ayah datang jugak nak tengok keadaan kami anak beranak
thanks ayah..sejuk sedikit hati aku bila nampak muka ayah



umairah pun tak banyak sangat ragam
dia akan jadi budak tak banyak songeh kalau aku sorang yang kena handle dia dan umar
good girl


umar plak sebab keadaan tidak sihat

meragam sekali sekala

siap tertidor sebelum berjumpa dengan doctor

lepas dapat sedut gas, lega sedikit aku dengar bunyi dada umar

selesai segala urusan, baru ayah beredar

aku plak terus menuju ke kereta kancil kesayangan aku

bila nak letakkan umar di car seat

terus menangis, jadi aku yang kesian

drive kereta sambil pangku umar di riba aku

umairah plak yang duduk di car seat

siap cakap itu car seat dia..emmm kalau barang dia semuanya ingat

sambil umar duduk di pangku aku, sekejap sahaja dah lena

jadi aku drive dengan rasa lega

ialah kalau umar berjaga pasti susah aku nak drive

jadi malam tadi aku tawakal sahaja bawak anak macam tu..yea aku tahu BAHAYA

tapi dalam keadaan aku nie, memang TERPAKSA buat begitu



kalau korang...



2 kata-kata indah:

safwana89 said...

kak long,klo wk2 2 ayng de kat c2 pasti ayng akn tlg kak long pegangkn umar..tp ayng jauh drp kak long r..

A N A K - A N A K K U said...

hehehe aku penah kene dulu sekali, smbl nyusukan haziq, smbl drive, mmg terseksa....uhhuhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha