tepat sahaja jarum jam menunjukkan pukol 5.30pm
aku dengan syikin sudah jadi lipas kudung
siap-siap untuk punch card dan mencari geng untuk ke rumah siti
bila sudah turun ada geng untuk ke rumah siti
jadi yang jadi penunjuk arah ke rumah siti ialah En.Johan
follow by Kak Imah, Syikin dan aku
yang lain-lain pergi sendiri
aku gerak dahulu, stop sekejap di depan kedai duplop
sebab ingat syikin follow belakang, dalam 3 minute menanti
tak sampai-sampai baru aku nak call si syikin
minah nie sudah call dahulu
tanya aku di mana
rupa-rupanya dorang dah gerak dahulu ikut jalan belakang
apa lagi terus la aku pecut, ikut jalan short cut
dan aku ingat aku yang terbelakang rupa-rupanya aku yang sampai dahulu
di lorong mangga, yang lain-lain tersalah jalan masuk ke lorong ciku
kak imah dan En.Johan hilang entah ke mana
cuma syikin yang follow aku di belakang
sudah masuk lorong yang betul tapi kenapa masih tak jumpa rumah syikin
sesat barat jugak bila sudah masuk ke lorong mangga tersebut
keluar semula dan stop sebentar di depan gerai satay mahadi
decide nak balik sahaja, tapi tetiba penyelamat datang menjelma
hanis datang tika kami dalam kesesatan hahahahha
jadi kami follow hanis untuk ke rumah siti
rupa-rupanya jalan masuk yang aku teragak-agak untuk masuk
itulah jalan menuju ke rumah siti
hishhh salah direction betul la si siti nie
cakap bila sudah masuk ke lorong mangga terus boleh sudah nampak rumahnya
memang salah bagi map la minah nie
sampai di rumah siti
memang banyak makanan yang sudah terhidang
dengan perut yang sudah kelaparan apa lagi terus la menyerang hendap
makanan yang terhidang
makanan yang terhidang
aku memilih untuk makan laksa, 2nd round makan bee hun sup dan untuk pencuci mulut
makan bubur durian kacang hijau ... semuanya sedap belaka
kesian pada En.Johan sebab jauh kesesatannya mencari rumah siti
dan banyak kisah kelucuan di sebalik kesesatan En.Johan menuju ke situ
sakit perut kami mendengar kisah En.johan hehehehhehe
kelam kabut jugak aku makan
memandangkan syikin tak ambil lagi rayyan jadi kami tak boleh nak melengah sangat di situ
umairah plak, pak chu dia sudah ambil umairah
jadi aku tidak la mengejar masa sangat
tapi memandangkan aku belum solat asar jadi berkejaran jugak mengejar masa
dari kiri : syikin (HR), hubby kak imah dan kak imah
terima kasih Siti sudi menjemput kami datang open house..
tahun depan ajak la lagi
confirm tak sesat lagi hehehehhehe
2 kata-kata indah:
open house ujung2 raya nie..memang banyaks...
tu la nak pergi @ taknak jea
Post a Comment