aku nak beli kertas kajang untuk di bawak time class nanti
dan beli sekali note book
jadi barang aku nie sudah siap di bayar di kaunter
jadi tunggu sayang melayan anak dara dia untuk beli something
memula umairah nak 1 set keretapi harga memang mahal tak ingat la
lebih dari 100 hengget tu
banyak la ko umairah..ibu dah la tak gaji lagi
kalau ibu sudah bergaji pun takder la ibu nak belikan mainan mahal macam tu
siap cakap kat mamat cina kat kaunter tu yang mainan tu bukan untuk di jual
hah baru la umairah berhenti menangis
nasib baik la takder edisi golek bergolek di lantai
skit jea lagi ader drama sebabak tu
jadi bila nampak koleksi agry bird terus tukar nak pencil box plak
ok la sebab harga pun murah sahaja
jadi ambil pencil box dan buat bayaran di kaunter
harga pencil box tu RM3.00 sahaja
buka wallet ada RM2.00 sahaja
minta lagi RM1.00 dari sayang tapi sayang takder duit kecil
aku korek-korek dalam wallet
keluarkan syiling..semua syiling dikeluarkan, duit 5 sen pun aku keluarkan
kira punya kira hanya ada 80 sen sahaja
jadi tak cukup
terus keluarkan duit RM50 untuk bayar harga pencil box tersebut
terus mamat cina tu cakap takper la kak, tak cukup 20 sen sahaja kan
saya halalkan sahaja
terus aku cakap takper saya bayar guna duit nie sambil tunjukkan duit RM50
takper kak, saya halalkan jea
takper esok saya datang semula hantar 20 sen yang tak cukup nie..boleh kan
betul kak saya halalkan jea 20 sen nie
aku bila mamat cina sudah cakap begitu takkan la nak paksa jugak kan
terima sahaja la
nasib ko la umairah
agaknya nak minta kita blah cepat kot malas nak dengar kerenah umairah hehehehhehe
0 kata-kata indah:
Post a Comment