NuffnangX

Tuesday, September 27, 2011

Buat Hal Ketika Perjalanan Jauh Nak Bermula

selepas jamuan raya - kami tak tunggu sehingga jamuan habis
pukol 11 lebih kami bergerak
naik 2 buah kereta - hafiz dan sayang
yang tak follow sobri dan ayah sahaja - sobri ahadnya kena kerja
dan ayah plak kakinya kena gaout jadi tak larat nak berjalan jauh
sampai simpang empat di Kuang, tetiba sayang tunjukkan lampu bateri menyala
dalam hati aku ..sudah kereta nak buat hal ker
terus sayang menuju ke Petronas untuk isi minyak dan buat check up sedikit
bila matikan enjin kereta untuk isi minyak
nak hidupkan semula kereta terus tak boleh start - hah sudah
panggil hafiz untuk check kan apa masalahnya
bila buat jumper tetap tak boleh start
tukar bateri dengan kereta hafiz, start sekejap sahaja pastu mati semula
hafiz cakap sah yang bateri takder masalah cuma alternator shj yang problemnya - hah sudah
call sobri datang ke Petronas dengan segera
dalam 15 minute sobri sudah sampai - kelegaan di situ
bila sobri check, memang confirm alternator problem
jadi keputusannya, pinjam kereta sobri untuk balik ke Melaka
angkut semua barang dari dalam kereta Waja tukar ke Bonet kereta Wira sobri
bagi running sekejap kereta waja, terus sobri bawak kereta waja pulang ke rumah
msg dengan sobri betul-betul sampai di rumah terus waja tak boleh start
selamat tak mati dalam perjalanan balik ke rumah
jadi kami bergerak dari Kuang malam tu tepat pukol 12tghmalam


kami sampai di Alor Gajah tepat pukol 1 lebih
mak aiiii memang laju la budak orang nie bawak kereta
cuma ambil masa 1jam 1/2 untuk sampai ke Alor Gajah
biasanya perjalanan ambil 2 jam
memang laju tak ingat dorang nie bawak kereta
kami tidor di rumah Mak. Uda dan Pak Uda
memang dorang menanti kedatangan kami
sebab mak sudah inform mak uda kami nak datang
pukol 1 lebih tu sempat lagi, Hafiz, Sayang dan Lini makan nasi lagi
pelik aku tengok, padahal banyak jugak dorang makan time Jamuan raya
nie dah pagi buta sempat lagi mengisi perut sebelum tidor
aku tengok jea la pastu bantai tidor
penat sangat badan rasanya


emmmm esok la nampaknya baru nak baiki kereta waja tu
dah mula timbulkan banyak masalah waja nie
padahal baru seminggu lepas baiki air-cond
skang alternator plak..harap-harap pasnie tak timbul masalah lagi la

4 kata-kata indah:

attyfir said...

kalau pakai kete ni mmg camtu kan ena..ade je masalahnya..lagi kalau time ongkos tgh sipi2..

zh-ena said...

kak atty - tu la kak atty mula la nak meragamnya bila dah duit tggl ngam ngam jea nak bergaji

ZanaNordin said...

nasib baik ler ena
buatnya masa tengah otw tu rosak..
lagi ler haru ngan anak2 lagi..

kereta..biasalah
bila sekali dia start meragam
mula ler macam2 nanti

mummy_ayu said...

naisb gak ada yg nak dicall..kalu Ayu, call hubby je la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha