NuffnangX

Thursday, May 28, 2009

Ketua Geng Bakhtiar mati ditembak



PETALING JAYA - Tindakan pantas polis bertindak ke atas satu laporan kes curi kenderaan mewah Nissan Skyline berjaya menumpaskan Geng Bakhtiar apabila ketuanya mati ditembak dalam kejadian di Subang Bestari di sini semalam.

Kejadian pada pukul 2.10 pagi itu bermula apabila sepasukan anggota polis terserempak dengan kereta yang dinaiki suspek ketika melakukan rondaan sebaik menerima maklumat.

Suspek yang enggan menyerah telah melepaskan tembakan menyebabkan polis bertindak membalas hingga suspek berusia 39 tahun tersebut menemui ajalnya.

Difahamkan, suspek baru sebulan aktif dalam kegiatan jenayah dan terkenal di kalangan penjenayah di Damansara.

Suspek yang juga mempunyai beberapa rakan yang menjadi anggota kumpulannya merupakan penjenayah tegar dan memiliki tujuh rekod jenayah termasuk samun, memiliki senjata api serta pernah dipenjarakan di Simpang Renggam, Johor.

Jurucakap polis memberitahu, 50 minit sebelum kejadian, suspek dan dua lagi rakannya telah melarikan kereta Nissan Skyline bersama pemiliknya yang berusia 31 tahun.

Mangsa ketika itu sedang menunggu rakannya membeli barang di sebuah kedai serbaneka di Damansara Perdana.

"Ketika menunggu di situ, dua daripada tiga suspek bersenjatakan sepucuk pistol telah mengetuk cermin kereta mangsa mengarahkannya supaya membuka pintu.

"Mangsa yang cemas telah mengikut arahan tersebut sebelum kedua-dua suspek merampas keretanya dan mengarahkannya beralih ke tempat duduk belakang,'' katanya semalam.





pagi2 lagi aku dh beli paper..sbb syg bgtau member dia ckp yg ader kes tembakan kat restaurant jabina..kat restaurant jabina nie mmg dkt sgt la ngan opis aku keja skang nie..nsb baik la kejadian berlaku time malam kan, klu waktu siang than berlaku time aku nak beli makanan..mcm maner la kan..aik ke situ plak aku terpikir..
tapi tu la kan kejadian ie mmg bahaya la..ialah sampai tembak menemak plak tu..klu terkena peluru sesat mcm maner..tak sempat nak minta ampun kat org tersayang :p


2 kata-kata indah:

Zura Tahir said...

takutlah skrg nie...bahaya tul...rase xselamat je

zh-ena said...

betul tu maner2 pergi pun dah tak selamat skang nie..kena selalu berhati2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha