NuffnangX

Wednesday, July 13, 2011

Lucu Di Pagi Hari


pagi-pagi lagi aku dah terkena
pagi tadi masa dalam bilik air
seperti biasa la
mesti gosok gigi dulu sebelum basuh apa-apa yang patut
tengah nak mencapai ubat gigi tu
pintu bilik air dah kena tendang dengan umairah
sambil aku pandang ke pintu
sambil tangan tu mencapai ubat gigi


umairah memang macam tu
kalau dah terbangun pagi tengok aku dah takder sebelah dia
confirm mencari
tu dalam bilik air ok la lagi
boleh la bagi masuk sekali
mandi sekali dengan aku
tapi kalau aku dalam toilet
di tendangnya pintu tu
memang hajat aku terus terbantut
tunggu jea la isyarat lain untuk terjah semula ke dalam toilet


ok berbalik citer di awal tadi
sambil aku mencapai ubat gigi
sambil mulut aku becok pada umairah
pagi tadi aku tak mandi sekali dengan umairah
biar babah dia yang mandikan anak-anak dia :p
dah memicit ubat gigi tu
terus masuk ke mulut
bila dah masuk ke mulut tu la
aku rasa nak muntah uwekkkk apasal rasa lain nie
bila aku tengok semula
sah aku letak kat berus gigi tu bukan ubat gigi
tapi pencuci muka
uwaaaaaaa salah ubat la nie


nie umairah la nie pagi-pagi dah kacau ibu nak mandi
tapi masa aku coretkan citer nie dalam blog
aku tersengih sorang-sorang plak
orang ingat aku tengah angau plak hahahahhaha

4 kata-kata indah:

atty's said...

hehehheheh..umairah kacau ibu je eh

zh-ena said...

tu la k.atty, umairah mmg suka menendang pintu bilik air

mummy_ayu said...

ha ha ha...mcm2..dah la memang tgh mamai yer..

zh-ena said...

ayu - tau takper tgm mamai tu ada plak si kecik pengacau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha