NuffnangX

Thursday, April 12, 2012

Kemalangan

selamat kembali bekerja semula
semalam cuti Pertabalan Agong
korang pergi ke mana sahaja
berjalan-jalan ker atau duduk di rumah sahaja
macam aku memula plan memang nak bawak anak-anak berjalan ke luar
pergi ke taman ker atau tengok wayang ker
tapi sayang cakap dia kena kerja emmmm punah plan aku
jadi semalam duduk di rumah bersama dengan anak-anak jea la

jadi bila sudah terperap di rumah
kena lah buat apa-apa yang patut
memandangkan adik lelaki aku akan bertunang 29hb nie
kena la mengemas rumah dari skang nie..buka langsir..buang sawang..
nak tunggu hujung minggu nie tak boleh sebab aku balik ke sijangkang
minggu depannya plak aku ada class
minggu depannya lagi adik aku dah bertunang emmmm rasa macam sekejap jea
jadi baik mengemas apa yang patut dari skang nie

dah buka langsir semuanya
buang sawang di celah-celah dinding
bila bahagian depan sudah siap
mengemas laks di bahagian belakang
biasanya kalau rumah yang kita bina
mesti ada laluan untuk ke bahagian bumbungkan
jadi penutup lubang untuk naik keatas nampak macam senget
dalam fikiran aku..baik betulkan takut jatuh kena orang lain laks
jadi aku jolok lubang tu bagi nak centerkan semula
tapi salah jolokan aku tetiba penutup lubang tu jatuh
terus kena kepala aku..tak sempat nak elak sebab terjadi tetiba sahajakan
hah amik ko aku rasa macam nak pitam time-time tu jugak
terus terduduk aku dibuatnya
rasa macam dah ok bangun sekejap
terus duduk di sofa di depan
memang rasa dah lain macam tapi tetap buat bodoh jea

sapu sampah sawang kat bahgaian depan
ubah semula perabot di depan - dalam sakit2 tu sempat lagi ubah perabot
siap semuanya terus mandi
lepas mandi aku rasa badan dah seram sejuk
sah aku terus demam..kaki tangan semuanya sejuk
masuk bilik terus tidor berpelukan dengan umar

sampai ke malam aku demam
dalam hati terfikir gak nak amik MC untuk hari nie
tapi macam berat hati laks nak MC - tu yang datang jugak ke tempat kerja
rasa satu badan sakit bisa dan sengal-sengal
sayang tolong urutkan
paksa gak aku pergi klinik
aku jea malas nak pergi - seyes tak larat nak bawak badan
malam tadi family aku buat BBQ pun
aku nak telan ayam pun tak boleh nak telan
rasa macam nak muntah jea
jadi duduk di luar sekejap terus masuk ke dalam rumah semula
berselimut tebal baring depan tv

nasib baik la bangun pagi nie
badan dah ok skit
Alhamdulillah
harap takder apa-apa yang terjadi
ke atas diri aku nie InsyaAllah

3 kata-kata indah:

atty's said...

kalau ena masih tak sihat..kena jumpa doctor tau..getwell soon..takecare

saya said...

Alahai kenapalah xnk pi jumpa doktor...check apa yg patot, risau juga tu sebab kena kepala..kalo luka di tangan nampak lukanya. pegilah check doktor cepat ambil ubat yg sewajarnya...hope semua ok.

Nad @ MamaZakwan said...

hati2 ena..
kalu ada rase lain mcm cepat2 gi klinik tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha