NuffnangX

Friday, April 20, 2012

Bahaya Memandu Memakai High Heel

korang masa memandu jenis yang :
a) berkaki ayam
b) pakai selipar
c) pakai high heel
d) pakai sandal - tapak rata

mana satu pilihan korang
atau semuanya korang sapu masa memandu
macam aku tengok apa yang aku sarung masa keluar dari rumah
tapi kebanyakkan masa memang pakai high heel

hari rabu yang lepas
singgah sebentar ke rumah adik aku Lini
nak masuk simpang ke rumahnya memang bahaya skit
sebab selekoh 
bahaya pada diri kita yang dalam kereta
boleh kena langgar dari belakang ataupun kena hentam dari hadapan
memang kena cekal skit hati nak masuk lorong ke Ladang Baru nie

bila tiba masanya aku nak masuk - confident kereta sudah tiada
tetiba aku stuck tengah jalan
sebab tumit aku tersangkut
tak boleh nak tekan minyak
uwaaaaaaaaa
aku macam tak boleh nak fikir apa-apa time tu
tetiba lori datang - memang aku ingat dah nak mati time tu
Ya Allah
terus aku teringat pada umairah, umar dan sayang
baru tersedar
secepat kilat aku bongkok dan campak ke tepi high heel aku
terus aku tekan minyak - menderum bunyi kereta aku
Ya Allah aku lepas jea lori pun lalu
Ya Allah masih panjang lagi nyawa aku - Syukur

rasa menggigil jugak badan aku time tu
lepas nie tobat nak pakai lagi high heel time memandu
kena letak selipar dalam kereta
ataupun berkaki ayam jea time memandu
selamat

korang ada pengalaman macam aku nie tak....

6 kata-kata indah:

eMMe said...

mmg bahaya berhigh heel, time driving, jgn la lalai, dlm pemanduan, beringat sebelum terlambat... berhati2 la ketika memandu...ingatan kite bersama...

atty's said...

kty dah lama tak pakai heel sejak bdn gemuk mcm tong dah nie..
skrg pakai sandal je

mummy_ayu said...

ayu memang tak selesa drive kalu pakai heels...mesti nak flat2 jer..kalu berkaki ayam pun..tak pernah la..tak reti, tapi ada org memang suka berkaki ayam kan kalu drive..

|| NaFiRaa || said...

Ya Allah~ nasib sempat bertindak.. saya kalo memandu memang berkaki ayam jek.. selesa kalo tak pakai selipa time memandu.. :)

Zie Madini said...

Pssttt..zie memandu langsung tak pakai apa² taw kaki. Berkaki ayam je. lg selesa..hikss :D

EiyraSyraLola said...

Saya memandu pakai flat atau sandal. Kalau nak pakai kasut bertumit pun masa driving pakai slippers. Safety first :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha