NuffnangX

Tuesday, April 3, 2012

Tolong La Aku Taknak Marah Orang

hari nie entry aku berkisah di ofis aku sahajakan
emmm apa yang terlintas di fikiran aku
itu yang aku akan coretkan di sini
tempat luahan hati dan perasaan
tak elokkan simpan atau pendam dalam hati
baik luahkan segalanya di sini
ialah kadang-kadang kalau hal kerja citer pada suami pun
tak ok jugak ialah mungkin suami pun ada masalah di tempat kerja
di tambah plak kita orang perempun nie kuat mengadu
semua benda nak diceritakan
jadi masalah yang suami tanggung di tambah lagi masalah yang isteri mengadu
jadi masalah tu bertambah-tambah berat suami tanggung
dan suami plaks bukannya jenis bercerita - diam jea pendam dalam hati
sebab tu la purata suami meninggal dahulu dari isteri adalah tinggi
jadi aku taknak la masalah yang kecil-kecil pun nak bercerita pada suami
baik ceritakan dan coretkan di sini sahaja :p

emmmm berbalik kepada tajuk entry aku di petang yang redup nie
yup aku bukan jenis yang suka-suka hati nak marah atau serang orang
tapi bila kerja aku yang melibatkan due date
dan aku adalah orang final yang membuatnya sebelum submit kepada pihak atasan
aku rasa memang bengang gila kalau kerja-kerja penjadualan nie
tidak mengikut tarikh yang ditetapkan
last minute baru submit pada aku
aku plak yang menjadi mangsa terpaksa stay back kat ofis sampai malam
disebabkan orang yang tidak bertanggungjawab menjalankan tugas mereka
mengikut due date yang telah ditetapkan
aku kerja lebih masa di ofis nie pun bukannya boleh claim OT pun
jadi memang sakit hati kalau terpaksa stayback sampai malam tanpa ada imbuhan
di harap hujung tahun kalau bonus tak tinggi tak tahu la nak cakap apa

jadi kepantangan aku kalau ada bisik-bisik belakang cakap
amboi awalnya balik
ala tak dapat claim ot sebab gaji dah banyak
dalam hati aku nak jea cakap "kepala o*****"
memula kerja dulu memang hobi aku marah-marah orang
tapi lately nie perasaan tu dah tapu
sebab marah pun tak guna
sebab tetap macam tu jugak
jadi bagi aku tak payah nak marah-marah
cakap sekali dan takde feedback
terus jea shout email kat bigboss
mudah..menjawab la korang

sebab utama aku taknak marah-marah
sebab aku pun tak suka kena marah
sebabnya what u give..u get back..
jadi aku pun taknak la perkara macam tu terjadi kepada aku plak

dan sebab utama lagi aku taknak marah
sebabnya
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
KEDUTAN DI WAJAH
bila sudah masuk angka siri 30an nie
kedutan cepat sahaja menjelma
nak-nak bila tengah marah
cepat jea timbul
jadi baik aku diam-diam jea buat kerja
tak dapat apa yang aku nak dalam masa yang ditetapkan
shout jea email
senangkan

macam mana cara korang buat kerja dan tanggani sesuatu isu 
yang korang rasa sudah menyampah sesangat...


noted : sehingga ke saat nie
aku masih belum dapat lagi attendace HLBB dari KL..SB dan PNG
uwaaaaaaaa geram betul la
rasa macam nak maki orang
tapi nak maki pada saper
Istifar banyak-banyak

1 kata-kata indah:

Zura Tahir said...

kena jaga jugak ketrampilan diri...hehe..jgn mara2 ye na..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha