NuffnangX

Tuesday, November 22, 2011

Kek Karamel Pelangi

projek hujung minggu
sebab bosan takder benda nak buat
buat la projek kek karamel pelangi
macam biasa la bila ibu dia duduk di depan tengok tv
budak berdua tu elok jea main berdua
tak mengacau pun ibunya
bila ibu dia tung tang tung tang di dapur mula sobuk sekali nak mengjoinkan diri
jadi nak taknak terpaksa la aku mengeluarkan suara yang merdu nie
terjerit-jerit la sambil membuat kek nie
alahai rasa nak tercabut anak tekak aku dibuatnya

hasilnya setelah siap
kombinasi warna tak cantik sangat la



tapi setelah disejukkan dalam fridge


dan masuk ke dalam mulut sesuap


perghhhh memang akan bersuap-suap la akan masuk ke mulut


memang sedap tak hengat la terbaikkkkkk


nanti nak try buat lagi dan guna kombinasi warna yang lain plak...



kalau korang nak try buat nie resepinya


kek karamel pelangi


sumber : nano


Bahan (A)


- step 12 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
- tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur & wrna tukar jd perang


Bahan (B)


- step 2 1/2 tin susu cair FN


70gm gula kastor


1/2 sudu teh esen vanila


3 bj kuning telur
- kacau adunan B perlahan jgn smpai berbuih, lepas tu tapiskan masuk adunan ni ke dlm loyang yg dah ade gula hangus td,


Bahan (C) - step 3 : Lapisan Kek


140gm tepung gandum


70gm gula kastor


3 bj kuning telur


135ml air biasa


1 sudu teh baking powder


45ml minyak msk
- pukul semua bahan ni..ketepikan,


Bahan (D) - step 4 : Merinque


6 bj putih telur


70gm gula kastor
- pukul dengan kelajuan yg plg tinggi, smpai la kembang & jd meringue ( yg mana bila diterbalikkan mangkuk, adunan xjatuh, xbergerak, itu merinque yer )
- campurkan adunan C & D ini, gaul dengan cara kaup balik smpai sebati
- bahagikan pada 3 bahagian & letak pewarna
- masukkan adunan yg berkaler ni ke dlm loyang yg dah ada karamel td,
- bakar dlm masa sejam, suhu 160-180c dengan menggunakan kaedah double boiling
- bila dah masak, sejukkan 10minit baru terbalikkan kek td, biarkan karamel duk kt atas plak, simpan dlm peti, sejuk2 bru sedap makan, ala2 mcm kek ais krim je dah rasenye

selamat mencuba yea :D

5 kata-kata indah:

mummy_ayu said...

wah..nampak cedap....leh try nanti..tapi kena tunggu balik seremban, baru leh baking ngan aman...

~ain said...

kalau kita berjiran kan bagus.. bolehlaaaa ain pi minum ptg rumah org sebelah..hahahahha

zh-ena said...

mummy ayu - sebab ada org menjagakan bdk dua tu kan hehehehhe

zh-ena said...

ain - ala klu blk serdang roger2 la blh kita berjumpa dgn ayu sekali..nak sgt jumpa dengan dak ara tu geram kat mata dia tu

e.l.i.s.s.m.i.e said...

wow, bestnya pandai buat kek. kalo eliss buat entah jadi ker tak ni :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha