NuffnangX

Wednesday, November 23, 2011

"Ibu, Takder Orang Jom Balik" Umairah

pagi nie kejutkan untuk mandi, punya la liat
terus aku angkat dan bawak masuk ke dalam bilik air
dalam bilik kakukan diri macam patung
bila aku pujuk baik-baik, tak rindu ker pada kawan-kawan kakak di sekolah
kakak kan dah 2 hari tak pergi sekolah pasti kawan-kawan kakak rindu sangat pada kakak kan
kakak kan comey..macam-macam modal la aku guna untuk pujuk umairah mandi dan pergi ke sekolahnya - pening kepala aku
ialah 2 hari tak hantar ke nursery jadi umairah sudah seronok duduk di rumah
nak-nak pija ada di rumah tu yang dia bertambah liat untuk ke sekolahnya
siap tanya lagi, "naper pija tak pergi sekolah ibu" umairah
"pija pergi tapi sekolah lain tak sama macam kakak, tapi nanti ibu minta makngah hantar sekali dengan kakak yea" aku
"yeayyyyyy seronok la kalau pija sekali dengan kakak ibu" umairah
terus laju jea mandi

dah siap semua, aku sidai baju sekejap
dalam 15 minute macam tu terus umairah cakap taknak pergi ke sekolah plak
alahai nak bagi alasan apa lagi nie
sebab dia taknak pergi ke sekolah kali nie sebab dia nampak anak jiran main-main
tu yang dia pun taknak pergi ke sekolah
jadi kali nie wan dia plak memujuk
macam-macam la wan dia pujuk
last sekali terpujuk sebab wan dia janjikan akan beli kek Hello Kitty untuk umairah
aku dah pening kepala sebab dengan umairah nie kalau berjanji memang akan di tuntutnya
sehingga dapat..siap la balik nanti nak mencari kek untuk umairah
jadi mood dia ok jea dalam kereta
siap cakap wan nak belikan kek hello kitty untuk dia nanti - siap muncung-muncung lagi mulut bila bercakap - sayang cakap macam mulut aku ketika merajuk hehehehhehe


bila sampai di nursery
umairah jeling-jeling kawasan sekeliling
"Ibu takder orang la jom balik" umairah
skang nie kan musim cuti persekolahan
jadi memang budak-budak tadika sudah bercuti
jadi memang sunyi sahaja kawasan tadika dan nursery
bila hantar umairah, umairah taknak masuk ke rumah
terus dah start nak nangis - nak balik jugak
ialah bebudak dalam rumah nursery tak sampai pun 10 orang budak
tu yang dia nak balik jugak tu
aku blah jea terus nangis, jadi teacher dia la yang memujuknya

emmmm umairah banyak jea idea nakalnya untuk elak buat sesuatu
kalau minta kemaskan barang mainannya setelah bermain
pasti akan cakap tangan sakit la
kalau minta letak botol susunya ke dapur
pasti akan cakap perut sakit la
tu wan dia cakap otak geliga ada jea alasan yang tak terpikir kita akan budak sebaya dia akan cakap....

0 kata-kata indah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha