NuffnangX

Wednesday, November 23, 2011

Telatah Umar Menaikkan Darah Tinggi Wannya

umar dengan muka selumber nak gigit selipar dia - nsb baik tak gigit lagi


tengahari call mak untuk tanya
keadaan umairah macam mana
sebab paginya dalam pukol 5 pagi umairah bangun dengan menangis-nangis
beritahu perut dia sakit
kebetulan babahnya pun bangun sebab nak ke toilet
sapu ubat di perut umairah dan beri minum susu
dalam 1/2 jam jugak umairah menangis teresak-esak
jadi semalam tak hantar ke nursery disebabkan keadaan etrsebut
dan kebetulan adik aku Lini dan Pija ada di rumah
jadi tidak risau kalau mak menjaga umairah dan umar akan kepenatan

lepas mak cakap umairah ok
aku lega di situ
tapi bila mak cakap darah tinggi dia nanti
terus aku jadi risau ialah kenapa jadi macam tu kan
bila dengar cerita dari mak
rasa memang nak tergelak mendengar keletah umar
apa tidaknya, bila umairah cakap pada wannya
umar naik atas meja
mak ingat meja di druang tamu
kalau meja tu memang kami tak risau sangat
sebab meja tu rendah sahaja dan kalau naik meja tu
umar hanya membuat persembahan sahaja hehehehehhe
tapi mak cakap tak sedap hati, masuk ke dalam rumah
tengok meja di ruang tamu kosong sahaja
dan sambil tu terdengar ketak ketuk di dapur
bila ke dapur tu yang darah mak naik ke atas
sebab umar duduk di atas meja makan
kami semua memang tahu kerusi makan umar memang dah teror memanjat
tapi dari kerusi naik ke atas meja memang sorang pun tak tahu
tu yang nampak umar ada atas meja yang tinggi tu rasa terkejut yang amat
bukan sahaja duduk atas meja tapi tengah menghirup kuah asam pedas yang ada di atas meja
baju kotor memang tak payah la nak cakap apa
pastu buka muka selamber jea tengok wannya membebel pada dia
hehehehehhehe

jadi skang nie kerusi memang kami tak rapatkan pada meja makan
kami letak ke tepi kerusi tersebut
takut kejadian berulang kembali
ialah meja tu tinggi kalau terjatuh....nauzubillah
Ya Allah dijauhkan la..

bila aku cakap nak hantar pada penjaga sahaja umar tu
terus bising cakap umar tu la buah hati pengarang jantung dia
penat-penat peluk umar terus hilang rasa penat
alahai macam mana tu pening kepala aku
tujuan aku hantar umar pada penjaga nak bagi mak aku tu rehatkan diri
tapi lain plak fikiran mak aku tu...tak tahu nak buat macam mana lagi
umar memang tengah melasak skang nie

1 kata-kata indah:

A N A K - A N A K K U said...

heheheh....same lah ena, anak aku pun blum lulus utk di hantar ke school@ nursery, nnt sunyi alasannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha