NuffnangX

Wednesday, November 30, 2011

Agro Pertanian Di Tapak Letak Kereta Stadium Shah Alam

tujuan utama aku nak singgah ke Agro nie
sebab nak cari ubi kayu - sebab aku teringin nak makan
ubi kayu rebus cicah dengan ikan masin...perghhhh menjilat jari
memandangkan pergi waktu bekerja jadi emmang tak ramai orang
gerai yang buka pun tak banyak ... macam kurang dapat sambutan jea

memang pelbagai jenis barang di jual
tapi macam nenas, pokok sayur, buah-buahan
di jual dengan harga yang mahal
harga sebiji nenas di jual dengan harga RM5.00
kalau di luar sebijik boleh dapat harga RM2.50 jea
kenapa lah bila ada tapak expo nie harga mencanak naik
aku beli air jambu pakchu 916 kena charge RM3.00
biasa beli di luar hanya RM2.00 sahaja
yea aku tahu kena bayar mahal untuk sewa tapak
tapi berpada-pada jugak la bila meletakkan harga pada pelanggan
takkan la semuanya pelanggan yang perlu menanggungnya
sudah la keuntungan di sapu bersih yang menanggung kos peningkatan pelanggan
dan rakyat jelata jugak
yang mewah bertambah mewah
yang miskin bertambah miskin

cuba kalau pihak kerajaan memberikan tapak percuma kepada peniaga
aku pasti peniaga takkan sewenang-wenangnya nak naikkan harga mencacak
sebab akan pikir pelanggan akan menembak semula peniaga yang cekik darah nie

jadi kami di sana hanya round-round sahaja
dan tak beli apa pun
bila sampai di booth Upin-ipin
hanya beli sticker untuk umairah
sebab kebanyakkan barangan Upin & Ipin umairah sudah ada
Fuhhh selamat


umairah cakap nak bawak balik patung Upin & Ipin nie - banyak cantik ko umairah




tunjuk sticker baru



lepas nie penuh kaki tangan kena tampal dengan sticker nie



dengan adiknya kena tampal sticker nie

0 kata-kata indah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha