NuffnangX

Saturday, March 28, 2009

60 EaRtH HoUr



tutup lampu selama 1 jam
8.30pm - 9.30pm
sama2 la kita sokong utk selamatkan bumi kita nie



PROSES KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.


KESAN RUMAH HIJAU GLOBAL
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.


PUNCA KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.


KAEDAH MENGURANGKAN KESAN
Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .



kesedaran hanya pada diri sendiri..jd pikir2kan la


5 kata-kata indah:

Dakjaat™ said...

Baru jer lepas 1 jam lebih .. .apa yang sadisnya .. tak ramai yang menyahut seruan yang telah dihebahkan semenjak 2 minggu lepas.. kecewa giler ngan perangai sesetengah orang malaysia yang macam haram nie.. kalau pasal Palestine jer, bukan main lagi nak sumbangkan itu ini sampai masuk tv untuk dapatkan publisiti murahan yang lagi terus daripada SLUT! .. tapi dalam soal ini ... takde plak?? ... Dakjaat rasa, golongan yang pentingkan diri ini memang cilake giler...

the end..

.::WaNiE::. said...

hurrey saya sangat suke lar earth hour aritu..sbb saya dok rumah flat dan di tingkat atas sekali nampak la byk blok bergelap..tapi ada satu dua blog di mana menempatkan asrama pekerja bangla2 terang benderang..


Tp ramai juge yg saya pasti rumah yg paham bahse malaysia xpadam lampu..masih kurang kesedaran atau tidak ambil peduli?

saya said...

alamak...ena rumah saya kaler hijau. perlu tukar ke? hehehe.. jangan mrah gurau2 je..t api itu la.. penuaan dunia ni payah kalo sesetangah pihak je yg bertindak. takpayah pergi jauh, dia kejiranan kita je cukup la. masalah no.1= sampah. dari situ dah tau betapa payahnya nak mendidik masyarakat.

Mak Su said...

tq dgn info ni, kita boleh membantu dengan go back to natural method. jgn byk sgt gunakan teknologi, yg menjahanamkan

Zura said...

mcm masuk kelas sains lak na ko nye posting kali nie....mase nie aku xde kat umah...aku kat luar...tp blm kul 0830 umah aku dh blackout kejap...hehehe...klau nk berkesan lg...black out kan satu malaysia nie...baru power...tnb pun rugi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha