NuffnangX

Wednesday, October 26, 2011

Ingat Nak Bawak Anak-Anak Pergi Outdoor Aktiviti Tapi Hujan Turun..Kehampaan

ingat plan asal selepas makan nak bawak anak-anak pergi taman
ialah sudah sampai di KL jadi boleh la nak singgah Taman Titiwangsa atau Taman Perdana
atau pun pergi ke Taman Burung
tapi bila tengok keadaan gelap dan bila kami nak pergi ke kereta
tetiba hujan turun tak ingat, memang lebat
jadi plan nak bawak anak-anak ke taman terpaksa la dibatalkan
kesian umairah sejak bulan october nie memang tak bawak ke mana-mana pun
ialah sekarang niekan musim hujan sahaja bila tiba waktu petang
jadi aktiviti petang hanya lepak di rumah sahaja


jadi dalam perjalanan pulang tu, ajak sayang singgah ke Giant Kota D'sara
lama sudah tak ke sini, selalu pergi beli barang di NSK Rawang sahaja
sebab aku tahu ada indoor games untuk bebudak
tu yang aku ajak sayang singgah ke sini
masuk sekejap ke dalam pasaraya Giant
beli sedikit barang selepas tu baru bebaskan anak-anak untuk bermain

umar kalau didudukan di dalam troley memang taknak
asyik la nak berdukung jea
umairah ok lagi nak lagi duduk dalam troley
aku memang tak larat la nak mendukung umar nie

beli susu umar
dab beli buah-buahan segar untuk buat pavlova
masa membeli bua-buah nie terus terliur aku dengan pavlova
tapi bila sampai di rumah ingat nak buat la
tapi terlupa plak nak beli whipping cream
emmmm esok jugak la baru dapat buat pavlova - buat selepas waktu kerja
makan sejuk-sejuk pavlova sungguh la yummyyyyyy

bila umar nampak kakaknya sudah berpesta dengan permainan yang ada di situ
umar sudah tergedik-gedik nak turun jugak
dah taknak di dukung oleh babahnya
memang lepas bebas umar di situ

kebetulan depan tempat mainan free nie terdapat kenderaan control
terus umar melompat masuk ke dalam kereta untuk di naiki
umairah plak terus naik motor comel
aku suka bangat la dengan skuter pinky nie
rasa macam nak belikan birthday umairah yang nie sahaja
tapi bila memikirkan keadaan rumah mak yang budak-budaknya keluar masuk
terus aku tawar hati nak membelinya
teringat bagaimana basikal hijau umiarah jahanan disebakan terlalu ramai budak disekitar
rumah mak menaikinya
jadi baik tak payah belikan...
ok untuk naik kenderaan nie kena charge RM3 untuk 5 minute
umairah naik skuter tersebut dengan control sendiri
cuma umar jea sayang control kereta tersebut
umar naik kereta tersebut tidak duduk tapi berdiri
macam naik motor sahaja gayanya

rasanya kami habiskan di kawasan permainan di situ dekat 1 jam
sampai umar keletihan dan surrender minum susu di pangku wannya
umairah sahaja yang tak puas-puas
tak puas di tempat mainan free
bersambung plak di tempat mainan yang perlu di bayar tokennya
habis rm5 jugak di situ


tapi happy jugak anak-anak sebab ada aktiviti yang dibuat
ketika ibu bapanya bercuti
kalau tidak lepas sahaja di rumah..cian
hari nie hari cuti apa sahaja yang korang lakukan bersama anak-anak...

2 kata-kata indah:

|| NaFiRaa || said...

sesekali layan kerenah anak2 sonok jugak kan.. bagus skrg nih ade indoor punye permainan.. boleh jugak lah bawak kesini kalo waktu hujan..

zh-ena said...

nafira - tu la kena tahu jugak mana-mana tempat yg ada indoor games nie jd anak-anak takder la bosan sgt kalau takder outdoor aktiviti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha