NuffnangX

Saturday, April 30, 2011

Jumpa mbhah



petang hujung minggu
aku ajak sayang untuk pergi ke rumah mbah
ialah mak mertua dan kakak ipar aku
memang jadi kebiasaan bila anak-anak tidak sihat
pasti menyuruh untuk mengurut anak-anak tersebut untuk di urut badannya
petang selepas asar kami menuju ke rumah mbah untuk mengurut-ngurut anak-anak kami
ialah macam umar dan umairah dah seminggu demam dan batuk


kebetulan time kami sampai ke rumah mbah

ada jugak 0rang nak mengurut

tapi di bagi peluang kepada kami dahulu
sebab kanak-kanak kan

tak ambil masa yang lama sangat untuk mengurut

umar dahulu untuk di urut
menagis jugak bila di urut
umairah dah melalak taknak di urut



bila turn umairah
hah ambik k0
nak di tendangnya mbah tu time nak di urut
terpaksa la sayang mengepit anaknya bila nak di urut
siap mbah tu cakap
macam mana mbah nak urut nie
aku teng0k mbah tu picit macam taknak picit jea
hehehehehhehe
ialah karang tak pasal-pasal di tendangnya mbah tu
kalau sayang terlepas pegangan pada umairah
umairah nie memang susah la
makan ubat susah
nak urut pun susah
nak jumpa d0ct0r pun susah
pening pening

Langgar Meja

malam tadi kejadian berlaku
sebenarnya langgar meja nie dah berlaku kali ke dua
kali pertama kena dahi
siap gelak-gelak lagi
mungkin bagi umairah tak sakit la tu


aku yang tengah henjut umar dalam buaian
dah bising-bising pada umairah
jangan main sl0ap atas tilam - gaya sl0ap yang faizal tahir selalu buat atas pentas tu
sl0ap ker hehehehhehe main tulis jea


kali ke dua dia sl0ap
terus terlajak ke depan
hah apa lagi terlanggar meja lagi la
aku memang tak teng0k la
sebab kali ke dua kan
umairah bangun terus pergi ke sayang
di luar bilik dah bising-bising
bila aku keluar teng0k umairah
bawah kening dia dah membenj0l besar
memang terkejut la aku dibuatnya



nie beberapa saat setelah umairah melanggar tepi meja
menangis memang tak ingat la
sakit gila la tu
nak tuam kat tempat bengkak memang tak bagi di sentuh langsung
nak tuam dengan planta pun tak di baginya pegang
cuma kami dapat buat
pujuk untuk menenagkan umairah
kesian anak ibu



setelah berjaya di pujuk
tertid0r sambil air mata mengalir



selepas 5 minute
bengkak membesar menjadi sebijik tel0r
besar tak ingat
nasib baik laa tak kena mata
kena bawah kening



masa umairah tid0r
baru la kami dapat tuam dengan kain napkin yang kami tekap dengan mulut
still tak susut jugak bengkaknya




nie wajah umairah pada hari ahadnya
masih bengkak lagi
mata sepet jea
kami siap minta umairah teka apa yang kami tunjukkan pada dia
nasib baik apa yang kami tunjuk
umairah teka betul hehehhehehe


alahai anak ibu
perangai tu mecam la anak lelaki
nie perangai umar macam mana la plak
pening kepala

Friday, April 29, 2011

R0yal Wedding


selamat pengantin baru kepada
William and Kate - Pasangan Di Raja


aku suka dengan pakaian pengantin kate
memang cantik
tapi aku suka jugak pengapit kate
simple tapi dengan bentuk badan yang cantik
bila di pakai memang cantik - anggun


kat 0pis tadi bila teng0k jam sudah puk0l 1pm
ternanti-nanti jugak nak buka utube
nak teng0k perkahwinan william and kate
tapi masih belum ada lagi
bila menjelang petang baru ada
tu pun dengar dari b0s aku cakap
dah ada berita tentang wedding william and kate


k0rang macam mane
suka tak teng0k pakaian pengantin kate...

Cacing

tid0r malam umairah selalu terjaga
dan beritahu yang b0nt0t dia ada cacing
maner dia tahu
aku pun tak tahu
hari selasa yang lalu kami dah minta ubat cacing dari d0c
tapi tu la bila di suap ke mulut umairah
dari 5ml rasanya hanya setitik dua sajer yang sampai ke tekak dia
kami berdua kepit umairah pun
susah jugak nak bagi umairah makan ubat
anti gila dia pada ubat
buat la macam-macam aksi bagi makan ubat
tak dipedulinya
tetap akan dimuntahkan semula
tetap akan disembur keluar semula
tetap akan diluahkan semula
semua ubat yang dimasukkan ke dalam mulu umairah
geram tau


sebab tu la kalau tak sihat
lama nak baik
susah sangat nak makan ubat
mak aku cakap kami adik beradik dulu
bila sakit senang jea nak makan ubat
bila dapat cucu payah gila plak nak makan ubat


jadi ubat cacing yang umairah makan hanya sedikit sahaja
tengahari semalam
mak beritahu yang cacing keluar dari b0nt0t masih hidup lagi
wah aku dah la f0bia gila dengan cacing nie
mak cakap ada 3 ek0r
sepatutnya skang nie kalau makan ubat cacing
cacing akan hancur dan akan keluar sekali bila kita membuang air besar
tapi dalam kes umairah nie
kembali macam aku kecik-kecik dahulu
makan ubat cacing, cacing akan keluar hidup-hidup
kat b0nt0t
meraung tak ingat time aku kecik-kecik dulu
tu yang aku f0bia dengan cacing nie


berbalik kes umairah
malam tadi jumpa d0c semula aku tanya la naper jadi macam tu
d0c cakap kemungkinan sukatan ubat yang umairah makan mungkin tidak mencukupi untuk membunuh cacing dalam badan
tu yang cacing tu berebut nak keluar sebab ada ubat
tapi dalam kuantiti yang sedikit



jadi kami beritahu la masalah umairah susah makan ubat
d0c bagi ubat yang dimasukkan di b0nt0t
mudah skitkan
jadi sampai dirumah
terus aku sumbat ubat tersebut ke dalam b0nt0t umairah
terus membuang
tapi aku tak la belek apa yang keluar dalam pampers dia
harap-harap cacing keluar sekali la


kesian umairah tid0r siang dan malam tidak lena
asyik sebut sakit jea
ada petua tak nak hilangkan cacing dalam badan

Thursday, April 28, 2011

Kita Susah Hanya Diri Kita yang Tahu

terasa diri ini kerdil
terasa diri ini amat-amat dilupakan
bulan April nie melihatkan kami berdua dalam kesusahan
tapi susah kami tidak kami perlihatkan
mungkin 0rang lain lihat kami sentiasa dalam happy
dan tiada masalah


tapi itu lah ranjau kehidupan
bulan April nie memperlihatkan betapa
kesempitan melanda hidup kami
iya 0rang lihat pasti tiada yang berlaku
ataupun bagi 0rang lain masalah kami hanya sekelumit masalah di tepi gigi
seperti yang aku cakap sebelum ini
ini masalah kami


tapi sabar kami tetap menghadapinya
maaf ibu mertua bulan April nie
melihatkan kami menjeguk ibu cuma sekali
harap ibu d0akan kami diperluaskan rezeki untuk kami berdua..Amin
harap masalah tiada untuk di bulan May..InsyaAllah

Ragam @ Aksi Anak-Anakku Tika Tidak Sihat


umar walaupun tidak sihat
tetap aktif bergerak
suka menyakat kakak dia
bila nampak kakak dia hisap puting
mula la mencapai puting kakak dia
walaupun umar sendiri ada puting sendiri
kadang-kadang b0leh jea berebut puting



bila tidak sihat
buat apa-apa pun akan menangis
walaupun tengah pakai pampers
kuat merengek



kena paksa makan
walaupun r0ti canai adalah f0v umairah tika sihat
suku pun tak abis r0ti canai nie di makan
b0leh kira baper kali masuk ke dalam mulut


bila perut k0s0ng
muntah...



muka masam mencuka jea
walaupun sebelum nie
bergambar adalah f0v umairah
pantang dihalakan camera pasti pelbagai aksi yang akan dilakukan
pasti mencuit hati aku



umar menjilat bibirnya
lebih ceria umar
kakak nya plak masam mencuka


semalam panasnya makin kurang
kembali aktif
mulut sudah kembali menjadi mak nenek
Alhamdulillah
sem0ga terus diberikan kesihatan yang baik untuk anak-anaku
Amin

Wednesday, April 27, 2011

Satay








dinner kami malam nie satay
sayang belanja makan
dulu kami suka makan satay subang
la nie kami bertukar selera
makan satay di tepi bus st0p
saper-saper yang duduk kuang mesti tahu di maner
kedai satay nie



satay adalah f0v mak aku
kami nie biasa2 jea bila makan
tak lebih pun dari 10 cucuk
b0leh muak tu kalau makan banyak-banyak
zura b0leh geng dengan mak aku
betul tak ra hehehhehe


aku kalau makan satay
memang nak pekena dengan bawang
kalau bawang takder
macam tak bermaksa sahaja makan satay tu
sebab tu la kalau makan satay di luar
aku bengang jea kalau tak dihidangkan dengan bawang
kalau minta nak bawang cakap bawang takder
hampehkan
kedai punya la besar tapi bawang sebijik pun takder
memang aku tak selera la nak makan
selalu terjadi kat restaurant jejantas sg.bul0h
hah k0rang b0leh teka ker


nanti menti0n nama kena SAMAN plak nanti
hahahahhaha

Hati Berkecamuk

hari nie nak datang ke opis pun
rasa serba salah
ialah nak meninggalkan anak yang tidak sihat di rumah
memang la mak aku ada
dan boleh menjaga kedua-duanya
tapi hati seorang ibu tetap rasa risau akan kesihatan anak di rumah


sudah dua malam aku dan sayang tak lena tidor
umairah demam teruk skit kali nie
bila tidor malam kuat meracau plak
dan suhu badan memang tinggi
kami akan lap badan umairah dengan kain basah


umar plak demam dah kebah
cuma tinggal batuk skit-skit
aku dah rasa ting tong kepala
macam nak rebah pun ada jugak
sayang masih tunjuk macho cakap masaih ok
tapi aku sebagai isteri mesti la tahu
tetap rasa keletihan menjaga anak-anak yang tidak sihat


semoga anak ibu cepat sembuh
Amin

Tuesday, April 26, 2011

Umairah Demam



sian anak ibu
umairah demam hari nie
jadi tak la hantar umar pergi ke sek0lah
pagi bangun memang sudah terasa panasnya
nasib baik la ubat demam memang aku simpan dalam fridge
jadi dalam waktu sebegini
ubat mesti kena ada untuk kecemasan
balik kerja baru aku akan bawak umairah pergi klinik


umar memang suka teng0k gelagat kakak dia
umairah plak memang kuat menyakat adik dia
gelak terkekeh-kekeh umar dibuatnya bila kena sergah dgn kakak dia


cepat sihat anak-anak ibu

Monday, April 25, 2011

Selamat Hari Jadi B0s


Selamat Hari Jadi Bos
yang ke beraper tak tahu la plak
usia rahsia hehehehehe


jd tengahari tadi
kami staff yang ada
menyambut la berday untuk bos kesayangan kami nie
tak sebut kesayangan nnti
tak dapat bonus hahahahahaha



nie kek buatan tangan oleh kak nana
sepatutnya berday bos kami nie pada hari jumaat yang lepas
tapi bos takder plak
tu yang postpone ke hari nie tu
dan kesiannya plak
kak nana plak tak datang sebab mc
org yang buat kek tak dapat la merasa
kek buatan tangan sendiri
kami kawan-kawan sekerja yang dapat rasa



bos kami
Mejar Helmi
selamat hari jadi
semoga terus di lindungi oleh Allah
Amin



aku menyibuk kat Anis yg jadi pemotong kek
hehehehhehe


kak nana sedap kek kak nana buat
jangan lupa bulan dec nanti yea hahahahahaha

Janji Tidak Dapat Ditunaikan

pagi kami dah janji dengan umairah nak bawak umairah pergi taman
jadi umairah memang suka la
ala taman yang kami nak bawak pergi pun
tak jauh maner pun
nak pergi ke rahman putra jea
dari pagi sampai ke petang si mulut bec0k tu
asyik la menjaja dengan p.cik-p.cik dia
dia nak pergi taman


tapi bila petang
puk0l 5 macam tu hujan turun punya la lebat
umairah asyik la cakap
"ibu babah jadikan kita pergi taman"
aku angguk jea la
dalam puk0l 6ptg umairah dah mengamuk-ngamuk
ajak pergi taman
aduh kalau dah berjanji dengan si kecik nie
memang akan dituntutnya


jadi nak taknak
sayang tetap la start enjin kereta
aku pun ikut la sekali

umarah paksa adik dia pakai spec
hehehhehehe memula terkedu jugak umar pakai spec
pastu rilex jea hehehehhe


peace dari umairah

rupa-rupanya sayang bawak kami pergi The St0re
emmmm bawak umairah main games
tukar duit t0kens
suka la umairah bila di bawak ke tempat nie
tak pergi taman mainan
dapat main games di sini pun si kecik nie jadi happy
jadi sayang layan kan jea anak perempuan dia main
aku plak kena la jaga umar



main kereta
sayang jadi b0dyguard duduk di sebelah umairah



nie apa kes
anak main @ babah yang main nie



pusing stereng jea lebih minah nie



naik kuda plak



naik panda plak
berpusing naik ke atas
pastu turun semula



umar jadi pen0nt0n kakak dia main
emmm tunggu la umar dah pandai jalan
b0leh la j0in kakak main
huhuhuhuhuhu skang nie teng0k jea la kakak
cian saya


naik zirafah plak


0k dah puas main
j0m kita balik
datang ke the st0re semata-mata nak bagi umairah main jea
ialah kami pun dah janji nak pergi taman
cuma keadaan yang tidak mengizinkan
hujan plak turun
jadi main games bawah bumbung jea la
tak kesah la asalkan anak-anak happy
itu yang penting

Umar Sudah Mamam

hari nie umar dah start mamam
sayang beli nesturm perisa beras susu
sebab skang nie kalau menyusu memang dah kuat sangat
letak tangan di mulut umar
dah macam burung plak
menangkap jea tangan kita tu
buat 2 sudu jea dulu
ialah nak teng0k dulu
sama ada umar nak mamam ke tidak
bila dah suap tu
laju jea buka mulut
masuk jea terus hilang
masuk jea terus hilang
memang sah la umar nak mamam skang nie



testing...testing..testing...



memang sah la umar nak mamam
tapi tu la
makan memang c0m0t


cepat wan
umar nak mamam lagi nie


habis licin
minum air masak dulu



c0m0t tak muka saya
hehehehhe
saya nak besar cepat
nak main dengan kakak saya


minum susu plak
nak lawan badan babah plak hehehehhehe
pasnie ibu kena masak bubur cedap-cedap la untuk umar

Sunday, April 24, 2011

Rajin La Plak


hari nie pagi lagi aku dah masak untuk makan tgh
sarapan biasa la mak yang buat
mak buat nasi g0reng dengan cucur ikan bilis
memang sedap
cicah plak dengan s0s
perghh menjilat jari


sambil sayang menjaga umar di depan
dapat la aku masak di dapur dengan tenang dan rilex
cuma nasi ayam aku tak menjadi sangat la
aku lupa nak etak kunyit skit
jadi nasi aku pucat jea
tapi rasa tetap rasa nasi ayam hahahhahah
ayam g0reng plak memang aku perap dulu
bila nak makan baru g0reng

Minum Petang

hujung minggu
kalau di rumah
apa lagi aktiviti yang nak dilakukan
pasti la makan..makan..dan makan
tapi kena rajin la
nak tunggu 0rang lain masakkan
tak merasa la kan


memandangkan isi durian mak ada simpan dalam fridge
jadi buat la serawa durian
kerajinan ada lagi
buat la r0ti jala
bila di cicah dan masuk ke mulut memang sedap tak terhingga




serawa durian



r0ti jala



umar bila dah petang
memang nak berjalan-jalan
tak kira la berdukung @pun duduk dalam str0ller
tapi umar lebih suka berjalan-jalan sambil dukung dia
sebab mudah dia nak pandang sekeliling
umairah plak pasti nak aku pegang tangan dia
jadi susah jugak nak mendukung umar
sambil tangan lagi sebelah pimpin tangan si kakak



bila berjalan tegak jea kepala tu
baju terselak
nampak perut bam bam tu hehhehehhehe
macam sayang jugak

Umar Tika Tid0r



ragam umar ketika tid0r
mesti nak berkepit dengan kain napkin
mesti kena ada
kalau tak bagi time umar nak tid0r
pasti resah gelisah nak tid0r
memang lambat la akan terlelap
bila dah bagi umar pegang kain
terus jea terlelap


walaupun tid0r di waktu siang hari
time panas sangat
umar ditanggalkan pakaian
tetap jugak nak berpeluk dengan kain napkin dia
dah habib umar skang nie
telatah umar dia jadi selepas aku habis pantang
0k la tu kan dari nak berkepit dengan teaddy bear


bila umar tid0r dengan kain tu
aku tetap awasi jugak
ialah takut jadi apa2
kemalangan bila2 mas pun b0leh terjadi
jadi baik ambil langkah berjaga-jaga


nasib baik la umar tak ada habib macam suka dengan
bantal bucuk kan
macam sepupu dia - pija hehehhehehe

Saturday, April 23, 2011

B0la...B0la...B0la...


tak tahu nak cakap apa
buat la muncung sedepa
dah tak dihiraupun
kalau melibatkan b0la


sayang balik jea keja tadi
terus jea tukar channel tv
teng0k game MU
skang nie MU dah 1 g0l
tak dapat nak tgk AF
memang la aku tak layan sangat AF
tapi tetap gak aku layan untuk malam minggu
b0san betul la
nak gaduh pun tak guna jugak
sebab aku rasa b0d0h jea nak merajuk-rajuk pasal hal b0lanie
time bercinta dulu b0leh la
sebab takder benda nak digaduhkan
skang nie banyak benda lain nak kami gaduhkan dari nak gaduh pasal b0la


jadi sayang layan b0la
aku layan bl0g aku nie
sementara umar tid0r
dan umairah layan teng0k b0la sama dengan babah dia
bila babah dia dah ada memang akan berkepit dengan babah dia jea la
tak kesah la beb
b0leh la aku rehat sekejap


gambar di atas tu
sayang dan umairah tengah layan b0la

Sarapan Sempoi


pagi sabtu nie aku sarapan beli di tepi jalan jea
tak sempat nak minum di rumah pun
beli ku tiaw campur dengan mee
tak suka sebenarnya ku tiaw dengan mee
cuma nak lari dari makan nasi lemak
ialah hari-hari makan nasi lemak
badan pun dah di pam-pam naik hehehehehe
buat milo panas
air yang habis
sarapan tak habis pun
tau makan tak habis baik beli kuih jea
emmmm membazir jea


hari nie turn aku untuk bekerja
macam pelik jea kan bila aku cakap turn aku untuk bekerja
di syarikat nie
setiap hari sabtu kena gilir-gilir untuk bekerja
setiap department kena gilir-gilir untuk datang bekerja
minggu pertama dan minggu ke lima memang tak payah bekerja
cuma ke dua, ketiga dan ke empat
sahaja yang kena datang bekerja
jadinya sebulan kami datang kerja pada hari sabtu sekali sebulan jea
nak datang setiap minggu pun boleh jea
tu pekerja contoh tu
cepat la naik gaji tu :p


sejak kerja di sini
aku rasa ok la
suasana ok
rakan-rakan pun ok
yang penting dekat dengan rumah
tak sabar nak tunggu bulan depan
sebab nak tahu aku akan di confirmkan @pun tidak
debar jugak
tunggu dan lihat jea la nanti


ok la nak sambung kerja
banyak yang tak terbuat lagi nie

Monday, April 18, 2011

Dusun Durian Kami Kembali

musim durian kembali semula
memandangkan adik ipar ada dusun durian
bila musim pasti akan di ajak kami untuk melantak durian yang baru jatuh
dari p0k0k
suka sangat bila dapat dengar durian jatuh ke tanah
last aku datang ke dusun adk ipar aku nie
time aku preggy tahun 2008
setelah 3 tahun kini aku datang semula
nasib baik cuaca panas
jadi pacat tidak menunjukkan diri
kalau musim hujan
pacat berlumpa-lumba nak menghisap darah
tak sanggup aku




masing -masing berlumba-lumba nak amik buah durian bila
ada yang dengar durian jatuh
padahal ada jea durian yang dikumpulkan untuk kami
ditinggalkan di dalam bangsal



p0sing jea nie
tak angkat pun durian tu
hahahahha bergambar jea tu



umar dah tunjuk-tunjukkan untuk meragam
umar nie bukan b0leh suasana yang panas
mula nak meragam



umairah la paling suka
sebab bebas nak buat apa pun
durian ada
manggis pun ada
cuma manggis banyak tak masak lagi



kutip jangan tak kutip


pua 0rang tua
kalau makan banyak durian
kena minum air dari kel0pak durian
jadi badan takkan panas



sebab dah panas
aku tanggalkan semua pakaian umar
baru la lena nak tid0r
tu pun kejap-kejap lap badan umar dengan tuala basah



dusun plak bersebelahan dengan sungai
jadi sudah puas melantak makan buah durian
apa lagi
terus terjun ke anak sungai la
aku teng0k sayang nie
macam penyu terapung jea



yang lain-lain pun turut sejukkan badan
aku plak tak berkesempatan nak terjun
sebab tak bawak baju extra
jadi tukang teng0k dan jadi tukang ambik gambar jea la


bila malam
amik k0
tid0r dalam kepanasan
umairah tid0r tak berbaju pun
sama macam babah dia
kipas ligat berpusing
siap tambah kipas tambahan lagi
panas punya pasal


mungkin hujung minggu nie nak datang lagi k0t
durian 0h durian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha