NuffnangX

Friday, September 30, 2011

Lunch Kami Di KFC

lunch tadi makan di kfc dalam the store sg.buloh
sebenarnya boleh jea makan di mana-mana
tapi memang nak ke the store, sebab nak mencari baju
rasanya untuk tahun nie aku memang tak membeli baju t-shirt @pun baju kemeja pun
membeli baju kurung dan tudung selendang sahaja
aku pening kepala nak mencari baju baru sebab nak pergi class takder baju
yang sesuai pun
tu yang tadi mencari jugak baju kemeja - bukan baju kemeja yang nak pergi ke opis tu
baju kameja stail oarang-orang skang nie pakai
jenis longgar dan berbunga-bunga kecil
nanti la aku snap gambar bila pakai yea :p
lepas beli baju terus syikin ajak makan di kfc jea
sebab mudah dan cepat


ambil luch snack plate
licin aku mengkendarah :D

syikin sama jea set dengan aku
cuma tambahan ice cream jea
sedap gak perisa oreo
yummy
tapi perasan tak kalau kfc ayam spicy dia tak spicy pun kan
aku lebih suka mc'd ayam spicy dia mmg kaw kaw pedasnya
korang punya pilihan.....

Jamuan Raya Lagi

semalam selepas balik dari kerja

sayang call beritahu yang dia tunggu aku balik

sebab nak pergi sekali jamuan raya P.Cik Izan

jadi sampai rumah 6.45pm, parking jea kereta aku

terus naik kereta sayang

semua ada rupanya cuma tunggu aku sahaja






banyak juga menu yang terhidang

memandangkan perut aku memang sudah kenyang

sebab opis aku pun buat jamuan raya

jadi di sini aku hanya minum air dan merasa serba sedikit lauk pauk yang terhidang

p.cik Izan masak nasi briyani gam

dan lauk kari kambing dan ayam

nasi briyani dia memang sedap

ada satay, soto, bee hun, air tebu, cendol, kuih muih

pilih jea mana nak makan


lauk pauk untuk di makan bersama nasi briyani


sayang karipap memang tak lepas

kuih kesukaan dia tu

muka sayang merasai nikmat makanan yang sedap

umar buat muka sedap

banyak jugak si kecik nie makan nasi briyani

bila sudah kenyang apa lagi goyng-goyangkan perut bagi ruang lagi

jadi boleh la sumbat apa yang tak merasa lagi hehehehehhe


mak dan ana

mak cuma makan satay jea

rugi mak tak rasa nasi briyani hehehehe
meja kami yang penuh dengan bekas makanan

makan jangan tak makan

umairah bersama geng dia - puteri dan hakim
taknak makan bila jumpa dengan geng dia
pnggil makan buat tak tahu jea dengan kita
aku rasa nie la rumah yang last untuk jamuan raya
rumah penutup

Guardian - Jamuan Raya

semalam baru la company aku mengadakan jamuan Raya
dah terlambatkan sebab semalam sudah 1 Zulkaedah
tapi kira ok la dari langsung tak buatkan
jamuan nie setiap deparment buat main course masing-masing
dan kena bawak pot luck - jadi banyak la menu yang akan terhidang
department kami bawak rendang ayam dan kuih
rendang syikin yang masak
dan kuih aku tempah pada mak dan buat triffle sendiri
time lunch semalam aku terkejar balik ke rumah untuk mengambil kuih
dan sempat lagi aku membuat triffle
Jamuan di adakan pada pukol 5pm
tapi pukol 4 lebih time syikin nak tengok rendangnya
huhuhuhuhuhu sedihnya sebab sudah naik buih - sudah basi pun
kami decide nak panaskan di kedai mamak nak tengok dapat selamatkan lagi ataupun tidak
tapi bila sudah panaskan terus rendang tu naik bau
memang confirm tak dapat diselamatkan - cian

dari kiri : aku, syikin dan kak imah - dari Logistik



mak yang berhaya sakan hehehehhee




kuih talam cendol yang mak aku buat

tapi mak aku memang terima tempahan kuih-kuih talam nie

satu talam RM25.00....order jangan tak order

kuih talam cendol setelah di potong

terdapat 3 layer - terbaik.....


yang potong kuih nie siapa lagi pasti la syikin
hehehehhehe aku memang tak reti nak potong kuih jenis yang melekit-lekit nie



selepas majlis tamat
aku memnag tak bagi potong habis kuih talam nie
sebab nanti sayang jea kalau dah potong semuanya tapi tak habis makan lagi
sebab kuih nie jenis yang cepat basi kalau kena tangan
jadi masih ada lagi sebelah kuih talam yang tak potong lagi
jadi bagi pada anna dan syikin
dan bagi skit lagi kepada p.cik zul

sebenarnya banyak gambar lagi bersama staff -staff guardian yang lain
tapi semuanya dalam camera dan tak plak bawak cabel camera
kalau bawak boleh la upload ke dalam blog kesayangan aku nie

Thursday, September 29, 2011

Duit-duit Di Mana Ko Duit...Tutup Lubang Gali Lubang...

malam tadi selepas bayar bil
terus ke rumah Lini
sebab kami nak ambil kereta sayang yang telah di baiki
ingat tak kisah sedih yang berlaku sebelum balik ke Melaka
kereta waya tak boleh start, dan setelah di check
perlu tukar alternator
jadi semalam Pijol datang ke rumah untuk ambil kereta waja
dan bi bawak ke bengkel kereta dia
nasi baik la ada orang kenal dalam dunia mekanik nie
akalu tidak lagi la banyak belanjanya yang perlu dikeluarkan
Pijol nie adik bongsu kepada adik ipar aku hafiz
sobri pun boleh jugak baiki kereta tapi sejak kerja di tempat baru nie
susah nak nampak muka dia di rumah
balun OT jea di tempat kerja dia
hari ahad pun kerja jugak

ambil kereta dan bayar pada mak pijol
kena RM300 untuk tukar alternator, brake pad belakang
dan tukar pam brake yang bocor
rasanya kalau tukar di kedai cina pasti kena tekan nie
bukan sahaja kena taken mungkin kena tipu sekali
bukan sahaj kedai cina, kedai melayu pun sama jugak
sebab kami sudah selalu terkena
jadi skang nie sudah kenal mekanik, mudah sedikit
untuk keluarkan duitnya, satu family jugakkan
masa hulu duit tu terasa jea angin-angin duit terbang di mata aku
huhuhuhuhuhuhu baru jea dua minggu lepas
keluarkan duit RM300 untuk aircond
emmmm harap-harap selepas nie kereta waja nie takder buat masalah lagi
penat la




jadi bulan nie


no more for shopping yea huhuhuhu


sedihnya

Wednesday, September 28, 2011

Bila Gaji Masuk Duit Keluar Macam Air

seperti biasa la bila gaji dah masuk
sebelum edisi menyoppingkan diri
lebih baik bayar apa2 apa yang patut dahulu
bayar segala hutang piutang - kereta, utilities bills, nursery, groceries
dan macam-macam lagi la
dah settle bayar bil baru lega di hati
duit balance boleh la di gunakan dengan hati yang tenang
kalau dah terguna sebelum bayar bill memang pening kepala
nak menggantikan semula duit yang telah terguna tu
nanti karang ada jea yang bil terskip bayar huhuhuhu


kami bayar bil di Kota D'sara (D'strand)
jauh jugakkan dari Sri Kundang nak ke sana
tapi sebab mudah semua bank ada di sana - B.Islam, Maybank, Cimb dan RHB
sekali harung jea bayar semua hutang piutang
semasa bayar duit kereta di Maybank yang sebelah A&W
terus umairah ajak pergi ke sana
tau-tau jea ada tempat makan si kecik nie
jadi sementara sayang Q untuk bayar bil
kami dua beranak pergi mengeyangkan perut


aku orderkan sekali untuk sayang
senang sebab tak payah nak beli kemudian-kemudian
beli untuk umairah untuk set kanak-kanak

aku tak suka dengan hadiah untuk kanak-kanak
macam mc'd dan kfc dia punya kids mainan memang
menarik dan tak berbahaya untuk kanak-kanak
tapi bila beli set untuk kanak-kanak, mainan untuk kanak-kanak
ialah tempat solatape yang depannya ada benda tayam
hish apa la nie tak user friendly langsung
kan bahaya kalau kanak-kanak gunakan benda nie
hujungnya tajam
aku bagi umairah pegang sekejap sahaja
bahaya kalau tercucuk tangan atau di bahagian badan


untuk umairah belikan set hotdog bersama dengan air milo
cuma makan hotdog nya sahaja
roti langsung tak usik



hah nie la hadiah untuk kids menu


tak sesuai langsungkan


jadinya aku yang pakai bawak ke opis


letak di rumah takut umairah main dan takut jugak umar main sekali


benda tajam nie


kami sampai di rumah pukol 11pm


umar masih lagi taidak tidor


mak cakap time keluar tu tetiba elektik tiada


dan bila kami sampai tu tetiba elektrik baru ada


kami memang tak bawak umar sekali


sebab kalau bawak umar susah skit nak keluar masuk bayar bill


tu yang tinggal di rumah sahaja bersama mak


sebab tiada elektrik, tu yang umar hanya pakai pampers sahaja


tak berbaju dan berseluar....

Melihat-Lihat Rumah Untuk Di Sewa

lepas balik dari kerja pukol 5.30pm
temankan syikin untuk melihat rumah sewa yang bakal diduduki
oleh 3 beranak nie
sebab kenapa aku menjadi pilihan...
sebabnya aku yang tahu di mana nak mencari rumah tersebut
syikin nie lihat di Mudah.Com untuk mencari rumah sewa
dan kebetulan rumah yang dia nak tengok tu area rumah aku jugak
jadi aku menjadi penunjuk arah la


memula pergi dulu ke rumah mak Nina
sebab Nina ada beritahu yang kawan mak dia ada nak sewakan rumah
jadi kami singgah dahulu melihat rumah tersebut
memandangkan rumah yang nak disewakan masih ada lagi penghuni dan penghuninya tiada di rumah, kami lihat rumah contoh sebelahnya sahaja
memang besar dan harga sewanya hanya RM350 jea
syikin pun macam setuju jea nak ambil rumah tu
nak terus letak deposit jea untuk terus sewa hujung bulan nie
tapi tetiba, anak m.cik rumah yang kami lihat tu bertahu pada mak dia
yang dia dah janji pada kawan dia yang nak tengok jugak rumah tersebut
alahai, macam tu la plak
jadi keputusan akan keluar hari Jumaat nie
sama ada boleh menyewa di situ @pun tidak



kami bertiga meninjau-ninjau rumah yang bakal di duduki

tapi bukan aku tapi minah sebelah aku tu



syikin dan rayyan - makin keletah si kecik nie


hah nie la informer kami yang tunjukkan rumah untuk disebut

aka mak mertua Nina

kebetulan bila kami pergi ke kereta

Nina sudah balik dari kerja

jadi pot pet pot pet la sekejap

Nina nie tunggu hari jea nak bersalin

perut pun makin besar

kalau naik floor kami termegah-megah dibuatnya - ialah panjat tangga kan

kebetulan kami nak balik tu, anak nina (lupa plak anak nina namanya apa)
tengah makan rambutan
rayyan plak bila di ajak balik, taknak balik
rupa-rupanya nak rambutan
jadi dengan tak malu (demi anakkan) terpaksa la syikin minta rambutan pada Nina hehehehehe
biasa la budak-budak kalau nak tetap nak jugak
sama la dengan perangai Umairah


lepas tu kami melihat rumah ke dua
rumah nie di Block A, masuk jalan yang betul
tetiba baru aku teringat yang aku tak ambil pun rumah sewa tu
jadi terlajak la ke depan, syikin yang call aku semula yang rumah untuk di sewa tu sudah terlajak
u-turn la semula dan seperti yang dijanjikan A153 di depan mata
aku dan syikin melopong tengok rumah tersebut
alahai, sanggup ker nak duduk
tak masuk dan tak jumpa pun tuan rumah nak tengok rumah
hehehehehhe berdiri depan rumah dan terus ajak syikin balik
tak payah la duduk di situ
rumahnya alahai....tak tahu nak cakap apa
cari ajer la rumah sewa yang lain

Lunch Di RichMan Cafe

terpikir-pikir di mana nak lunch hari nie
time nak keluar tu terus anna ajak kami lunch sama
terkejut jugak bila anna ajak kami keluar lunch sama
sebab anna tak pernah try makan lagi di richman cafe nie
memandangkan kami dah try di situ, tu yang ajak anna kami sekali
hehehehehehe ok la tu sebab kami pun tak tahu nak lunch di mana
ulam mendatang...sambung sendiri pepatah nie :p

aku yang suka keronsang yang tengah aku pakai nie
ramai yang cakap, nampak unik
jangan tak tahu syikin pun ader jugak
emmmm memang la citarasa kami nie memnag sama

suka minum air longan bila makan di sini



anna dan esther

antara kami semua makanan, makanan esther yang sampai dulu

sedap jugak nampaknya

dan makanan anna yang last

aku dan syikin try menu bee hun tom yam

banyak jugak tambahan-tambahan dalam tom yam

pedas, masam semuanya lengkap la

memang sedap

pastu minum air lime juice sour - perghhh memang terbaik
sedap punya pasal licin aku habiskan
tinggal kuah dan sampah sarap dalam tom yam sahaja
sampaikan syikin tambahkan bee hun dalam tom yam aku punya lagi
lain kali boleh la order menu nie lagi
memang terbaik...........

Umar 10 Bulan


yea uar sudah 10 bulan genap hari nie
cepat sahaja masa berlalu
sudah 10 bulan umar bersama kami sekeluarga
skang nie gigi umar sudah bertambah
sebelum nie memang sudah ada gigi bawah dua batang
skang nie bertambah plak 2 batang gigi di bahagian atas
suka sangat la mengigit siapa-siapa yang dekat dengan si kecil nie
dapat gigit baju pun jadi la
aku rasa gusi atasnya gatal sebab tu la nak menggigit sahaja kerjanya
kalau menyusu badan lagi la
terus aku ngilu dibuatnya
suka jugak menggigit, mak siap bagi pesan lagi
kalau time menyusu umar menggigit puting susu, terus sembamkan badan aku ke muka umar
memang berjaya bila buat macam tu, umar akan megekek ketawa dan dapat la aku lupakan
umar dari menggigit
korang ada cara lain tak supaya bayi tak menggigit semasa menyusu badan


sejak semalam baru kami perasan
bila umairah hulurkan tangan dengan babah dan aku untuk bersalaman
umar pun ikut sekali
jadi bila kita cakap salam dan hulurkan tangan, umar akan tarik tangan kita rapat ke mulut dia
dan cium tangan kita
sebijik macam mana umairah buat
jadi hari nie seharian orang asyik nak salam sahaja dengan umar hahahahahha
memang comel aksi umar nie


masih lagi belum dapat menapak
berdiri tegak sudah
cuma tinggal nak lihat umar menapakkan kakinya untuk melangkah
bila lagi la umar

Tuesday, September 27, 2011

Sudah Lambat Nak Pergi Kerja Tetap Nak Tengok Hello Kitty

pagi tadi keluar rumah lambat skit
pagi-pagi kalau tak buka channel 611 pasti umairah akan bising
siap mandi semua sambil minum susu pasti tv kena on dan pasti kena buka channel 611
bila dah siap semuanya tetiba hello kitty sudah start plak
emmmm lambat la nie masuk kerja
habis layan hello kitty baru la umairah nak salam babah dia dan cium adiknya
hari nie sayang MC lagi, cuma aku sahaj yang pergi kerja seperti biasa
walaupun masih lagi dapat MC hari nie

anak beranak layan tengok karton Hello Kitty
tetiba pagi nie umairah nak pakai sepit rambut
aik dah jadi fiminin plak minah nie
kalau tak nak sikat rambut pun payah... tu yang potong pendek sahaja senang nak uruskan rambut umairah skang nie


terlentok manja plak umairah kat babahnya
nasib baik la nak pergi nursery ikut aku
sebab babahnya tak mandi lagi hehehehhehe
umairah nie kalau dah bersiap tak gerak lagi mula la mood dia akan meragam skit


umar plak sibuk nak membuka beg sekolah kakak dia
tahun depan ibu hantar la umairah ke nursery yea
jangan risau

Takper Saya HALALkan

malam tadi pergi ke kedai stationerist
aku nak beli kertas kajang untuk di bawak time class nanti
dan beli sekali note book
jadi barang aku nie sudah siap di bayar di kaunter


jadi tunggu sayang melayan anak dara dia untuk beli something
memula umairah nak 1 set keretapi harga memang mahal tak ingat la
lebih dari 100 hengget tu
banyak la ko umairah..ibu dah la tak gaji lagi
kalau ibu sudah bergaji pun takder la ibu nak belikan mainan mahal macam tu
siap cakap kat mamat cina kat kaunter tu yang mainan tu bukan untuk di jual
hah baru la umairah berhenti menangis
nasib baik la takder edisi golek bergolek di lantai
skit jea lagi ader drama sebabak tu


jadi bila nampak koleksi agry bird terus tukar nak pencil box plak
ok la sebab harga pun murah sahaja
jadi ambil pencil box dan buat bayaran di kaunter
harga pencil box tu RM3.00 sahaja
buka wallet ada RM2.00 sahaja
minta lagi RM1.00 dari sayang tapi sayang takder duit kecil
aku korek-korek dalam wallet
keluarkan syiling..semua syiling dikeluarkan, duit 5 sen pun aku keluarkan
kira punya kira hanya ada 80 sen sahaja
jadi tak cukup
terus keluarkan duit RM50 untuk bayar harga pencil box tersebut
terus mamat cina tu cakap takper la kak, tak cukup 20 sen sahaja kan
saya halalkan sahaja
terus aku cakap takper saya bayar guna duit nie sambil tunjukkan duit RM50
takper kak, saya halalkan jea
takper esok saya datang semula hantar 20 sen yang tak cukup nie..boleh kan
betul kak saya halalkan jea 20 sen nie
aku bila mamat cina sudah cakap begitu takkan la nak paksa jugak kan
terima sahaja la

nasib ko la umairah
agaknya nak minta kita blah cepat kot malas nak dengar kerenah umairah hehehehhehe

Bagi Pandangan Aku Tetap Tak Manis

aku rasa anak dara skang nie tak sama dengan anak dara dolu-dolu
kalau dulu orang lelaki datang bertandang ke rumah
kita yang anak dara tersipu-sipu malu duduk di dapur
ialah pasti persoalan jawapan yang di terima ialah anak dara skang nie berteknologi tinggi
sama taraf kedudukannya dengan orang lelaki
tapi bagi aku batas-batas seorang gadis tetap kena dipelihara
sehingga berjumpa dengan bakal suaminya


aku rasa anak dara skang nie terlalu berani
berani untuk mencuba benda-benda yang kita sebagai ibu bapa halang
ia aku pun pernah merasa alam dunia remaja dan alam bercinta cintun
tapi batas pergaulan tetap di jaga
kenduri yang lalu, sepupu aku yang lelaki membawa gadis pulang ke rumah
bagi kami pasti la buah hatinya untuk diperkenalkan kepada family
tapi kenapa perlu sehingga nak tidor di rumah pihak lelaki
kenapa perlu berani sehingga tahap sebegitu
sampai sanggup naik bas dari KL dan turun di Alor Gajah
untuk berjumpa buah hati
ia aku salute pada budak perempuan nie sebab berani memperkenalkan diri
tapi bagi aku tetap tidak manis bertandang ke rumah lelaki jika tiada ikatan yang betul-betul sah
lagi plak sepupu aku tu jenis yang tak melekat pada perempuan
kesian jugak pada si gadis
kalau benar sepupu aku nak kahwin dengan gadis tersebut, bagus la
gadis tersebut dari Terengganu


ia aku pun pernah bercinta dahulu
tapi tidak sampai ke tahap nak tidor di rumah family lelaki
bertandang pun tika adanya jamuan raya @pun ada majlis
kalau family pihak lelaki tidak kisah akan hal nie
aku pun tak tahu nak cakap apa
sebab aku ada anak perempuan
dan akan melalui setiap tahap yang aku pernah alami sebelum ini - pernah rasa muda
tapi tetap pandangan aku tak manis anak dara yang tiada ikatan tidor bermalam di rumah pihak lelaki


kalau korang, apa pandangan korang...

Kenduri Kawen Membuatkan Kami Melepak Di Tepi Pantai

selepas sarapan lepak-lepak di ruang tamu
ialah perut sudah kekenyangan apa lagi
rehat-rehatkan diri, nasir bantai tidor semula
yang cucu m.cik melah tiga orang nie
sibuk berlari-lari dalam rumah
pukol 12tgh kami semua bersiap untuk pergi kenduri kawen di Kg. Tengah
sampai sana memang orang tengah ramai gila
lauk pauk yang dihangkan, memang sedap gila
lauk kari masak kerbau, masak lemak perut di tambah rebung, ayam goreng, payeri terung dan sayur ulam ulam
aku cuma makan kerbau masak kari - perghhhh terbaik
aku rasa lauk kerbau nie boleh hanya di dapati di Melaka sahaja la
di selangor tak pernah lagi aku pergi kenduri di jamud engan lauk kerbau
korang pernah makan tak?



selepas makan lepak-lepak di beranda rumah pak long

sebab kenduri kawen nie bersebelah rumah pak long sahaja


sambil landing landing tu umar dah membuka bajunya

sebab kepanasan, umar nie macam putera lilin skit

tak boleh nak panas-panas sangat, bila panas mula la akan buka baju, stoking semua

dah tak boleh nak melawa-lawa budak kecil nie


tunggu pengantin berarak

aku tengok muka siti nie bila dah make up macam tu

macam muka penyanyi Ella plak

dah ambil gambar pengantin kami terus melepak tepi pantai

ialah pantai tak jauh pun dari rumah pak long nie


sayang yang melayan umairah dan pija main di tepi pantai

aku takder la duduk sahaja di pondok - panas tak tahan aku dibuatnya

dapat la jumpa ketam kecil, siap tunjuk pada aku lagi

bagi umar pegang terus nak masukkan ke dalam mulut hehehehehhe


mak yang melayan umar main di pasir pantai

umar merangkak kelakar sebab dia taknak lutut dia kena pasir

jadi merangkak dia stail ala-alan menonggeng..memang lawak


aksi sayang melayan anak dan anak buahnya

lagi plak time air laut tengah surut jadi tak la risau sangat biarkan umairah dan pija bermain air laut


puas hati dapat berendam di air laut

tumpang mandi di rumah wan enon, mak uda yang melayan karenah umar

si bam bam nie dengan siapa jea dia layan jea


memandangkan kehausan lepak di tepi pondok nie

kami minta nasir dan syafik pergi petik buah kelapa di rumah wan

ambik ko sekali datang semula, 2 tandan di ogahnya bujang 2 orang nie


dapat minum air kelapa gading nie memang nikmat

sejuk sampai ke usus

manis tak terkata


sampai ke petang la kami melepak di pondok tepi pantai

sampai tertidor di buai angin pantai ... nyaman terasa

umairah memang tidor lena ...

sebelum pulang ambil gambar umairah dan pija di pintu gerbang pengantin

seronok balik kampung kali nie ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha