rasanya musim durian semakin sampai ke penghujungnya
sebab dah tak ramai yang menjual buah durian skang nie
yang ada pun harga mahal
memandangkan sayang nak belanja makan durian
terus ajak makan di USJ bersebelahan dengan Petronas
korang suka makan durian apa
skang nie macam-macam jenis durian ada di pasaran
pilih sahaja mana nak makan
Durian Marjerin
warna durian nie macam tak menarik jea kan
tapi bila masuk ke dalam mulut
perghhhhhhhhh memang sedap gila
aku kan suka yang rasa pahit-pahit manis
jadi durian marjerin nie memang kena dengan citarasa tekak aku
memang terbaikkkkkkkkk
Durian Musang King
pun terbaikkkkkkkk
manis-manis berlemak
aku dan umar memang penggemar durian
tapi makan 3 ulas jea aku sudah serunder
perghhhh memang tak boleh nak makan lagi
setiap ulasnya besar
memang puas makan
mak dalam kereta sudah pening
tak boleh makan sangat durian nie
pening kepala di buatnya
harga durian nie sekilo RM20.00
ambil hanya 3 bijik jea
harga kena bayar RM60.00
sekali sekala nak makan memang rasa berbaloi
nak cari cempedak laks
sedapnya kalau dapat makan cempedak goreng...