NuffnangX

Wednesday, March 28, 2012

Sengkuang Cina Ngaku

korang pernah makan tak sengkuang cina
selalunya kita orang melayu beli sengkuang yang besar-besar tu
buat popia goreng ker, masukkan dalam rojak ker dll
dulu selalu tengok jea time pergi pasaraya
tapi selepas tahu apa yang boleh dimasak menggunakan sengkuang cina nie
baru lah aku pun join sekali beli sengkuang cina nie bersama orang-orang cina yang lain eheh
thanks Helen sebab ajar pada aku apa yang boleh di buat menggunakan sengkuang nie
memang sedap dan banyak khasiatnya pada diri kita nie

 nie la rupanya sengkuang cina yang aku perkatakan
biasanya sengkuang nie mengikut musim
akan banyak di jual di pasaraya ketika raya cina

 kupas kulit sengkuang
dan basuh bersih

 selepas itu korang boleh sagat sengkuang nie nipis-nipis
tapi sebab aku nie tak nak guna sagat - takut tersagat jari
aku hiris nipis-nipis sengkuang nie

 dah siap hiris
panaskan minyak
minyak sudah betul-betul panas
baru masukkan sengkaung ke dalam minyak panas
goreng sehingga nampak kuning keemasan

 angkat dan masukkan ke dalam bekas
biar minyak habis turun
baru boleh makan

 nak makan macam nie pun sudah boleh
memang lebih sedap dari mr.potato
atau pringles
kalau nak tambah garam - just masukkan garam halus ke dalam bekas
dan goncangkkan bekas berisi sengkuang yang telah digorengkan
letak blackpepper pun sedap
ikut tekak masing-masing

tapi kalau ikut aku makan macam tu pun sudah sedap
sambil menggoreng sambil aku makan eheh
sebab tu la bila sudah siap tinggal sedikit jea :p

sayang yang menunjukkan muka kesedapan mengunyah sengkuang cina
kalau umairah siap cakap sedap ibu..terbaikkkk

korang try la buat
memang tak rugi la buat
sedap pun sedap


Khasiat Sengkuang Cina ialah :

1)Boleh dijadikan penawar untuk penyakit bronkitis yang kronik serta menurunkan tekanan darah inggi.
2)Mempunyai rasa yang manis dan menyejukkan.
3)Boleh meredakan demam, selsema dan batuk.
4)Sengkuang Cina kaya dengan karbohidrat, lemak, protein,vitamin C,kalsium, fosforus serta zat besi.
5)Ketika mengadung amalkan memakan sengkuang cina nie boleh menggelakkan baby tidak terkena penyakit kuning.

mari kita amalkan..

0 kata-kata indah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha