NuffnangX

Wednesday, March 21, 2012

Politik Di Ofis

bila kita cakap pasal politik
pasti hati fikiran kita terpfikir tentang politik di malaysia nie
Demokrasi - kata sahaja demokrasi
tapi Lu Fikir La Sendiri
politik dunia malas nak citer

tapi apa yang aku nak perkatakan di sini
ialah politik di Ofis
ia bila kita bekerja dan mempunyai pelbagai jenis dept
dan pelbagai jenis rakan sekerja
jadi pelbagai jenis karekter manusia akan kita hadapi

bagi aku dari dahulu sehingga ke tempat kerja kini
aku bernasib baik mempunyai rakan sekerja yang saling memahami
dan tidak tikam menikam di belakang - Alhamdulillah
tapi bagi member-member yang banyak cerita yang diperceritakan
hanya dengar dan mendengar
jangan buka mulut untuk komen yang lebih

bagi aku kalau ko nak bercerita pasal apa-apa pun
aku hanya akan mendengarnya dan tidak akan komen lebih-lebih
sebab kepastikan dunia politik di ofis
kita tidak tahu adakah komen kita akan senyap di situ
atau komen kita tersebut akan dipanjang-panjangkan
kepada orang lain yang akan memikirkan yang bukan-bukan akan komen kita tersebut

dan yang pasti bila di ofis
bercakap sesuatu lagi-lagi ketika memberikan komen
pasti kena melihat sekeliling
sebab kita tidak tahu siapa ada di sebelah kita
yang terdengar pasti akan memikirkan yang bukan-bukan
di ofis menjaga nama baik sendiri perlu dikekalkan
ialah kita taknak diri kita di chop radio bergerak..IBM..mulut tempayan
atau seangkatan dengannya

seperti mana kita menjaga nama baik kita untuk suami kita
begitu jugak la bila di ofis
pasti segala gerak laku dan butir bicara kita ada diperhatikan
jadi AWAS semua
dan lagi politik di Ofis nie
ialah orang kuat mengadu
segala jenis nak mengadu pada orang atasan - tak boleh nak tengok orang lain
nak bersenang lenang - ada sahaja nak bagi maklumat pada orang atasan
perghhhh orang yang sebegini memang confirm 
takder saper nak dekat - betul tak

jadi bagi aku
bila di ofis aku buat biasa-biasa jea
kerja diutamakan
bila siap segalanya
baru la ko nak buat apa pun - terpulang
dan lagi satu pasal OT
yup aku tak kondem pada mereka yang nak buat OT
tapi bagi aku kalau kerja tersebut boleh disiapkan on time ketika waktu bekerja
kenapa perlunya nak buat OT
sebab nak buat OT sebab nak dapatkan duit gaji lebig pada bulan tersebut
aku pasti niat kita akan dipersoalkan di SANA nanti - fikir-fikirkan la
ialah kalau waktu bekerja lebih sibuk membuka FB..Blog..Utube..dll
memang la kerja yang sedia ada tak dapat nak disiapkan pada tempoh masa yang ditetapkan
kalau waktu bekerja tu digunakan sepenuhnya menyiapkan kerja yang ada
pasti akan siap on time tapi
Lu Pikir La Sendiri

kerja tetap kerja
blog tetap blog
siapkan yang penting dahulu than buat la apa-apa pun
masing-masing aku rasa sudah matang
tak perlu nak tegur atau tuduh menuduh

ofis korang macam mana
pasti ada pelbagai jenis rakan sepejabatkan
bukan RACUN sahaja yang bahaya
manusia pun bahaya jugak..
peace 

4 kata-kata indah:

Sidratul Muntaha said...

aku suke jdi lone ranger.
janji keja aku kat lab dah siap.

zh-ena said...

ayu - betul tu ayu..tak menyusahkan org lain sdh la

Bibi Intan Suraya said...

agree!! :D

~ain said...

Kita nk keje aman damai? Baik jgn campur politik opis. Buat kerja Kita elok elok dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha