petang semalam ajak sayang pergi ke GM Klang
kali nie GM klang sudah buka bangunan baru
dulu selalu pergi GM di KL - di jalan hj taib
tujuan nak ke GM nie sebab nak mencari kasut sarung
emmmmm sejak hari nie - 15hb Oct
ofis aku sudah meletakkan pelbagai syarat untuk staffnya
antaranya kena pakai kasut bertutup dan bertapak 3 inci
bayangkan aku naik tangga nanti bunyi tapak kasut aku nanti
satu ofis boleh tahu siapa yang naik tangga hahahahhaha
dan sejak hari nie jugak MBSA telah mewajibkan
membeli monthly parking
bila aku call kena bayar RM60.00 untuk pass tu
perghhhh bencinya kena keluar duit lagi
macam nie cari kerja lain jea la huhuhuhuhu
GM baru nie aku suka laks pergi
lebih teratur dan tersusun - cantik
dapat kasut yang aku suka
terus ajak sayang balik
tak larat sebenarnya
sebab umar tak berdukung dengan babahnya
aku yang kena dukung
memang boleh patah pinggang aku dibuatnya
GM baru di Klang
lebih cantik dan selesa
aku dan sayang
baru potong smart rambutnya
umairah dan umar
masing-masing dengan belon
umairah punya bila ketuk pada orang memang melantun
asyik la mengetuk kepala adiknya
alahai
suka dengan kipas di GM nie
kipas kuasa pusingan sendiri
memang berangin dan sejuk jea
jimat kuasa elektrik
besar tu
kasut yang di cari-cari
macam mana cantik tak?
korang pernah pergi ke GM ker?
jangan ketinggalan untuk terjah yea
pada yang nak mulakan business kecil-kecilan memang sesuai nak beli barang di sini
murah dan berpatutan
3 kata-kata indah:
cantik kasut...
Cantek kasut tu
owhh dh bukak ke bangunan tu??
Post a Comment