NuffnangX

Saturday, March 31, 2012

Earth Hour 2012

hari nie pukul 8.30pm until 9.30pm
sama -sama la kita bergelap
untuk bumi kita tercinta nie
off light

tapi aku tak bergelap mana pun
sebab dalam kereta menuju pulang ke Sijangkang
rasanya tahun nie promosi untuk Earth Hour macam tak seberapa pun
compare macam tahun lepas
macam-macam peringatan keluar di pelbagai jenis media
untuk peringatan semua pihak

jadi untuk kita dan masa depan anak cucu terus terjamin
mari kita semua pelihara dan pulihara bumi kita terus menghijau


Kerongsang Mutiara Dari Sabah

ofis aku nie macam-macam jenis peniaga ada
ada yang jual tudung..kerongsang..kain ela..choc..muffin..kuih muih..
senang citer macam-macam ada la
pilih jea mana nak beli..tak payah nak shopping online
shopping dalam ofis jea
bak kata budak-budak lelaki di ofis nie
kalau sudah berkahwin senang jea nak beli something untuk isteri di rumah
beli jea dari member ofis 

yang terbaru dari member Logistik Dept - kak imah
telah berjinak-jinak dalam dunia business - menjual kerongsang mutiara
memang cantik - geram jea macam nak semua jea
tapi jangan rambang mata yea
gaji lambat lagi
emmm kalau tarikh 28hb confirm la budak-budak ofis aku nie
buat acara menjual beli
ialah semua tahu dah gaji kan

kak imah bersama dengan kerongsang dari sabah
pilih jangan tak pilih
ada dua jenis
yang panjang dan pendek
dan harganya RM20.00 dan RM15.00

dan aku sudah semestinya tidak ketinggalan
menghabiskan duit saki baki dalam akaun hahahahhaha
beli dua pasang
belikan untuk mak dan diri sendiri
yang dark blue beri pada mak
dan peach + putih sudah semestinya untuk aku yang membelinya

emmmm bila la dapat pergi ke Sabah nie
boleh borong mutiara di sana

Friday, March 30, 2012

Farewell Party Untuk Kak Nana

petang tadi pukul 5pm kami semua diminta turun ke 2nd floor
memang sudah sedia maklum
akan buat acara kecilan untuk kak nana
sebelum tu kami staff GSC's telah membuat sumbangan ikhlas sesama kami
untuk beli something untuk kak nana - hadiah kenang-kenangan

kad ucapan cumels

coretan dari member-member GCS's
siap ada buat gambar basikal lagi tu
Gud Luck Kak Nana

Bluberry Cake - yummmyyy
aku makan skit jea
sekadar di pinggiran tekak :p

antara staff-staff GSC's
semuanya sporting

kak nana bersama Capt Salim
ketua kepada kak nana


sudah semestinya bergambar kenangan bersama dengan kak nana
entah bila la lagi akan berjumpa lagi


kami pun nak bergambar jugak dengan capt salim
capt salim ialah Operation Manger 

saper nak bekerja di sini
ada jawatan kosong :
1) Branch Manager
2) Marketing Exec
3) Kerani

try la mohon yea

Raikan Di Secret Recipe

memandangkan hari nie last day untuk kak nana bekerja di GSC's
kami yang berdukacita - chewahhhh
telah berpakat-pakat sesama kami untuk meraikan perpisahan
untuk kak nana di Secret Recepi
tepat pukul 12.30pm kami berlima telah memilih menu yang hendak kami
makan di sana
syikin call dahulu SR dan menempah dahulu menu pilihan kami berenam
mudah - call..tempah menu pilihan..datang terus makan :D
untuk sesiapa yang nak mudah dalam kehidupan
boleh klik di sini untuk menempah order sebelum kedatangan korang ke SR


kami pergi naik kereta syikin (HR)
yang join aku..As..Syikin..Siti..Fiza dan sudah semestinya orang yang diraikan kak Nana
naik kereta syikin memang kecut perut gak
minah merempit jugak
dari ofis kami sampai ke BBSG hanya amik masa 5 minute jea
perghhhhh kami yang duduk tersepit di belakang asyik nak tekan brek jea hahahahahha

buka sahaja pintu SR sudah nampak meja direservedkan untuk kami
cukup untuk 6 seat kami semua

bukti kami semua mamam di SR
tapikan walaupun sudah buat tempahan
emmmm lambat jugak makanan sampai
nak-nak apa yang kami order cuma cukup untuk 4 orang jea
jadi Siti dan Kak Nana kena order menu yang lain


Syikin (As) dan Siti

dari kiri Aku, Fiza dan Syikin(HR)
petua kalau nak nampak langsing
sila-sila bila berposing buat muka macam syikin
confirm korang akan kelihatan langsing eheh

memang havoc la bila kami berenam menjadi otak gila-gila
happening tak hingat dunia
gelak macam gelak di ofis
aku rasa memang bising dengan suara dan gelak kami berenam jea eheh
kalau orang lain tengok - emmmm pedulik apakan :p

alamak tergelap laks gambar berempat
kena pakai fair&lovely nie untuk nampak cerah berseri hahahahaha

candid-candid kami semua
best la korang

Apple Asam Boi - Terbaikkkkkkkkkk
warna air nie sejibij warna tudung As dan kak nana eheh
tema pilihan that day - green colour

menu pilihan kami Chicken Condon Bleu
di dalamnya ada chicken layer bersama dengan cheese
perghhhh musnah diet kau hari nie
sayang tahu mesti kena gelak huhuhuhu

Best of Good Luck Kak Nana
keep in touch

Umar Demam Terkejut

petang semalam sampai jea di rumah
mak beritahu yang umar badannya masih lagi panas
terus ajak sayang pergi klinik
try pergi klinik keluarga tapi tutup sebab waktu rehat
jadi pusing-pusing jugak mencari klinik
ialah waktu magrib mencari klinik
pasti banyak yang tutup sebab rehat emmmm

try pergi ke bandar baru sg.buloh
pusing-pusing dan nampak ada klinik perwira buka
1st time datang klinik nie
masuk memang takder orang
daftar dahulu nama umar
sambil-sambil tu umairah dan umar sibuk tengok ikan di aquarium
lepas tu nama umar terus kena panggil oleh doc

umar yang muka monyok jea
tak ceria langsung
bila tak sihat nie
perangai umar mesti nak berkepit jea
kalau tidor mesti nak berpeluk
kalau kita lepaskan pelukan kita mula la meregek - manja


jumpa dengan doc
nasib baik la umar tak menangis
tapi aku rasa doc nie tak buat pemeriksaan yang rapi
hanya tanya mintah tak?
cirit tak?
makan ok tak?
minum susu macam biasa ker?
pastu check suhu badan umar - 38 tinggi jgk nie
pastu sudah selesai

tunggu sekejap 
amik ubat - demam dan selsema
tu jea
biasa dapat ubat antibiotik
nie tak dapat pun
tanya naper tak bagi pada akak yang jaga kaunter tu
akak tu cakap doc tak bagi
alahai nie aku rasa 1st and last la aku datang klinik nie
memang aku tak masuk lagi la

umairah dan umar leka menengok ikan
gelak terkekeh-kekeh umar bila kakaknya agah-agahkan jari umar ke ikan
senyum aku dibuatnya
lega sebab ada ruang jugak umar nak gelak walaupun dalam keadaan yang tidak sihat

emmmm sorang-sorang anak aku tak sihat
semoga cepat sembuh yea sayang
risau ibu dan babah

Rabak Poket Aku

petang semalam selepas habis kerja
terus pergi ke Takaful Insurance
untuk ambil Insurance dan Roadtax kereta kancil aku

sebab sudah biasa dengan Pn.Rukiah
aku hanya call dan beritahu insurance dan roadtax kereta aku dan mati
jadi tak perlu bayar dahulu deposit 
datang ambil dan bayar terus - mudah
sebab dari dulu memang dah biasa dengan agent insurance nie

kali nie cuma bayar RM232 jea
NCB skang nie 55%
emmm lagi banyak kereta
lagi banyak duit nak kena keluar untuk bayar roadtax dan insurance
simpan-simpan duit 
keluar macam air jea

emmm lepas nie simpan duit untuk pergi bercuti laks
tak sabar nak bercuti
yahoooo

Thursday, March 29, 2012

Hanger Tudung

member ofis kirim belikan hanger tudung
malam tadi sudah beli
tapi bila sampai ke ofis terlupa laks nak bawak
call sayang minta singgah ke ofis untuk aku ambil hanger tudung
lagi pun sayang memang balik awal hari nie
sebab nak tukar tayar kereta
kedai tayar yang sayang nak buat tu pun
sederet jea dengan ofis aku - jadi sekali harung jea jumpa aku sekejap

sayang sampai 
terus aku turun sekejap
chit chat la sekejap dengan sayang
emmm kalau kereta siap awal mungkin sayang akan ambil umairah - maybe la

 hanger tudung untuk kak nana - RM12.00
skang nie ada macam-macam jenis hanger tudungkan
yang terbaru aku nampak ada bentuk butterfly
tapi aku lebih suka bentuk yang biasa nie
jenis yang panjang
kat rumah aku tu dah 3 hanger tudung nie aku gantungkan
lepas nie beli lagi banyak-banyak tudung yea Pn.Zarena
dah tak suka nanti buat jualan bundle depan rumah jea hahahahahha

thanks sayang
sebab layan kan jea permintaan mengada-ngada isteri tersayang mu nie
eheh
mmmuahhhh

tudung yang aku pakai tu baru jea beli dari syikin member ofis
nampak jea matching dengan baju terus jea pakai ahahahhaha
sehelai RM28.00
cantik jea terletak di wajah aku nie hahahahahha

Dinner di One Two Grill

selepas shopping
mesti la kena mamam laks
bila bab nak makan di mana
mesti pening kepala - tak tahu nak makan di mana
jadi memandangkan dalam perjalanan balik
dan nampak restaurant western nie
terus ajak sayang singgah
nie kali ke 2 kami makan di sini
ok la sedap jugak - harga pun berpatutan

 memula kami duduk di meja berbangku
di sini ada 2 wakaf
memandangkan kedua-duanya sudah ada orang kami lepak sahaja di meja
tapi tak lama tu orang yang duduk di wakaf duduk beredar
jadi rezeki kami dapat duduk di wakaf
bagi aku senang kalau makan duduk di wakaf
sebab nak handle umairah dan umar
nak berlari ker..nak baring ker..nak panjat ker..
semuanya dalam wakaf sahaja
kalau duduk di meja pasti haru biru jadinya
ialah dengan meja orang sebelah akan di kacaunya oleh dak umar eheh
baik ambil langkah berjaga-jaga eheh

 kami order
nasi bersama sotong goreng - sayang
chicken grill - aku
set kanak-kanak - umairah dan umar


 tu la tamak order sekali 2 set untuk kanak-kanak
anak-anak aku makan skit jea
yang selebihnya aku dan sayang kena makan
emmmm macam mana badan kami tak naik eheh
kena habiskan makanan

 selepas mamam
mesti la ada dessertkan
makan ice cream
umar makan dengan penuh kenikmatan
nak skit pun tak boleh
finally babah jugak yang kena habiskan :p


mesti la ada gambar suami isteri kan
eheh

beli tapau sekali
sotong sambal dan ikan kembung sambal
total kesemuanya hanya RM42.00
berbaloi-baloi...

Kalau Shopping Korang Prefer Pasaraya Mana

Giant
Speedmart
Econsave
Jusco
Tesco
Mydin
NSK
The Store
Carrefour

antara semua pasaraya yang aku sebutkan
mana pilihan korang untuk membeli barang 
terutamanya untuk membeli pampers dan susu anak
aku tengok pada tempat dan bila aku membeli barang
aku lebih suka pergi ke Econsave kalau nak membeli susu dan pempers anak
sebab murah skit kalau nak dibandingkan pasaraya yang lain
ialah bila anak makin membesar kita perlulah membuat pilihan yang bijak
walaupun bezanya 10sen ataupun 20sen
tetap besar bezanya bagi aku sekeluarga
jimat apa-apa yang patut

kalau nak membeli barang-barang dapur dan bahan basah
aku suka beli di NSK rawang
sebabnya harga murah jugak

kalau aku nak mencari baju harian aku akan pergi ke mydin
sebabnya murah jugak
siapa yang taknak harga murah tapi kuali terjamin baik
ialah dengan peningkatan harga keperluan 
kita sebagai pengguna perlu bijak dalam memilih -chewah macam buat kempen laks :p

 malam tadi shopping barang-barang anak
budget RM250 dalam senarai perbelanjaan bulanan
tapi terlajak gak berbelanja EM351.20
huhuhuhuhu over budget RM100.00 laks
emmmm tak tahu nak cut-cut budget bahagian mana lagi
bayar ajer la
tapi kalau pergi ke pasaraya yang lain pasti jumlah lebih tinggi dengan apa yang aku bayar malam tadi
pampers..susu..shampoo..puting susu..sabun..ubat gigi..dll


 time bayar
sudah semestinya kerja sayang dan umairah
umairah akan ambil barang dari dalam troley
dan pass kepada babahnya
sayang akan atur cantik-cantik di kaunter
dan tugas aku...

tugas aku hanya melihat eheh
dan sudah kemestian
kalau beli minumam - pasti akan hilang 2 kotak eheh
bayar tetap bayar
anak-anak kalau mahu memang tak boleh nak dihalang

mana lagi tempat yang kita boleh barang dengan ada
penjimatan yang lebih
kalau ada info kongsi-kongsi la bersama yea

Penangan Hello Kitty

semalam waktu lunch
sambil aku shopping barang aku
belikan sekali sepasang baju tidor untuk umairah dan umar
kalau umairah sudah semestinya la hello kitty
kalau umar aku belikan gambar kereta jea
sesuai untuk budak lelakikan

kalau anak perempuan memang mudah nak mencari pakaian
yang berekanan di mata
kalau anak lelaki itu jea
seluar dan t-shirt
kalau perempuan banyak pilihan - warna pun cantik-cantik jea

umairah memang asyik masyuk dengan hello kitty dia
skit-skit hello kitty
nasib baik la umar tak pandai bercakap lagi
kalau sudah boleh bercakap
entah apa la fov umar laks eheh

kalau boleh semua benda nak bergambar hello kitty
pening kepala aku dibuatnya
teringat laks time aku suka kumpul gambar-gambar artis
semua benda nak tampal gambar artis eheh
di kepala katil la..dinding la..pintu almari la
semua buku teks pun letak gambar artis eheh

korang macam mana laks
letak apa kat bilik korang
aku dulu shah rukh dengan takuya
perghhhh tak lena malam tu tidor :p

Wednesday, March 28, 2012

Watermark Design By Zie Madini

skang nie dengan adanya member blogger yang pandai gila
dalam mendesign apa-apa yang kita mahukan
memang syork
ada duit semua boleh jalan

selepas tahu member blogger dari sarawak
iaitu Zie boleh buat business sampingan
dengan menerima tempahan watermark
laju jea aku email untuk membuat tempahan
harga pun murah sahaja

untuk 2 design watermark = harga RM5.00 sahaja
ikut pada kita nak buat macam mana
aku nak tema yang ala cute dan comel
dan berwarna purple lite
jadi tercipta la watermark aku kini

watermark no.1
aku memang suka bangat dengan design nie - comelkan


watermark no.2
cantik jugak

nanti nak order lagi la
yang ada gambar sendiri laks

nie watermark yang telah siap setelah diletakkan ke dalam gambar kita
comel jea kan eheh

jadi saper-saper yang berminat nak order boleh la
thanks zie :D

Sengkuang Cina Ngaku

korang pernah makan tak sengkuang cina
selalunya kita orang melayu beli sengkuang yang besar-besar tu
buat popia goreng ker, masukkan dalam rojak ker dll
dulu selalu tengok jea time pergi pasaraya
tapi selepas tahu apa yang boleh dimasak menggunakan sengkuang cina nie
baru lah aku pun join sekali beli sengkuang cina nie bersama orang-orang cina yang lain eheh
thanks Helen sebab ajar pada aku apa yang boleh di buat menggunakan sengkuang nie
memang sedap dan banyak khasiatnya pada diri kita nie

 nie la rupanya sengkuang cina yang aku perkatakan
biasanya sengkuang nie mengikut musim
akan banyak di jual di pasaraya ketika raya cina

 kupas kulit sengkuang
dan basuh bersih

 selepas itu korang boleh sagat sengkuang nie nipis-nipis
tapi sebab aku nie tak nak guna sagat - takut tersagat jari
aku hiris nipis-nipis sengkuang nie

 dah siap hiris
panaskan minyak
minyak sudah betul-betul panas
baru masukkan sengkaung ke dalam minyak panas
goreng sehingga nampak kuning keemasan

 angkat dan masukkan ke dalam bekas
biar minyak habis turun
baru boleh makan

 nak makan macam nie pun sudah boleh
memang lebih sedap dari mr.potato
atau pringles
kalau nak tambah garam - just masukkan garam halus ke dalam bekas
dan goncangkkan bekas berisi sengkuang yang telah digorengkan
letak blackpepper pun sedap
ikut tekak masing-masing

tapi kalau ikut aku makan macam tu pun sudah sedap
sambil menggoreng sambil aku makan eheh
sebab tu la bila sudah siap tinggal sedikit jea :p

sayang yang menunjukkan muka kesedapan mengunyah sengkuang cina
kalau umairah siap cakap sedap ibu..terbaikkkk

korang try la buat
memang tak rugi la buat
sedap pun sedap


Khasiat Sengkuang Cina ialah :

1)Boleh dijadikan penawar untuk penyakit bronkitis yang kronik serta menurunkan tekanan darah inggi.
2)Mempunyai rasa yang manis dan menyejukkan.
3)Boleh meredakan demam, selsema dan batuk.
4)Sengkuang Cina kaya dengan karbohidrat, lemak, protein,vitamin C,kalsium, fosforus serta zat besi.
5)Ketika mengadung amalkan memakan sengkuang cina nie boleh menggelakkan baby tidak terkena penyakit kuning.

mari kita amalkan..

Tuesday, March 27, 2012

Garu Kepala Sekejap

hari nie aku masuk ke ofis dengan keadaan diri aku tak bermaya
nak kata demam - badan tak panas pun
cuma kepala aku memang berat semacam jea
muka pun pucat semacam
ditambah-tambah laks aku tak pakai make up langsung
memang nampak muka macam antu eheh
kak viji pun tegur muka aku pucat lesi jea

nasib baik la HOD hari nie ada meeting di wisma
jadi dapat la aku baring-baringkan kepala sekejap atas meja
kalau surau floor aku memang aku terus rebahkan badan jea
tapi sebba surau di 2nd floor tak dapat la nak baring 
seyes sakit gila kepala aku
badan pun lemah semacam jea

pukul 10pagi tak tahan sangat
aku pergi ke klinik panel ofis aku - Medijay
jumpa doc, aku cakap sakit kepala
doc ambil penyukat suhu badan dan letakkan di bawah lidah aku
bila dia keluarkan benda tu doc tu cakap tak demam pun
eh aku cakap sakit kepala
apa kaitannya dengan sakit kepala dengan aku demam
aku ulang lagi sekali aku sakit kepala
pastu dia check tekanan darah aku
dia cakap rendah
pastu sudah..
doc cakap boleh kerjakan
aku just pandang muka doc tu jea
biar betik doc nie
nie 1st time aku datang ke klinik panel ofis aku
biasanya aku datang ke klinik panel tempat kerja sayang
bengong punya doc - geram

bagi ubat pun - ubat tahan sakit, vitamin dan demam - apa kes
aku memang la tak hadap sangat nak MC
tapi fahamkan dulu apa situasi penyakit pesakit betul-betul
nie check ala kadar pastu nak charge jea lebih kepada pesakit
angin betul aku

jadi aku masuk ofis semula dengan hati yang bengkek jea
jadi duduk jea depan pc
petang macam dah ok skit
baru start buat kerja

macam nie doctor pun ada ker....

Monday, March 26, 2012

Menziarahi Sahril - Lengan Terkehel

baru tahu jugak dari mak uda
yang sahril sepupu kami iaitu anak mak dak
ada di rumah bercuti selama sebulan
sebab lengan kirinya terkehel
xcident di LDP
dan baru lah tahun jugak yang cousin aku nie skang nie tealh bekerja di TTDI
dekat sangat la dengan rumah kami tu
tapi apasal tak cakap
emmmm tak payah la komen lebih-lebih
nanti makan hati laks

 skang nie dalam proses berurut secara tradisional jea
kalau ikutkan tangan kiri tu emmang telah di simen
tapi buka sendiri sebab nak urut sendiri
nak cepat baik sebab nak interview sebagai Polis
jadi kena cepat-cepat baik la
aku rasa sahril nie makin gemuks laks
betul tak Lini :p

 lepak di rumah mak dak sehingga pukul 10 lebih
sebelum balik ambil dahulu buah kelapa
yang jadi mangsa panjat pokok kelapa sudah semestinya si sobri
aku rasa kalau kami datang naik lori
mau semua tandan kelapa tu mak aku nak angkut bawak balik

 umar bersama nenek mak dak eheh
umar sibuk tengok pak langnya panjat pokok kelapa

muka umairah yang sudah mengantuk tak ingat
cian anak-anak ibu
terpaksa ke sana ke mari
masuk dalam kereta terus ke ba bom
tak ingat dunia - penat sangat la tu
sampai rumah di sg.buloh pukul 12 lebih

mandi bagi badan segar skit
borak-borak sekejap dengan sayang
terus mata tak boleh nak angkat

habis sudah cerita di melaka
sorry la ayu
tak dapat datang ke rumah ko untuk birthday dak Ara
lain kali InsyaAllah datang la kot

Menziarahi Pak Long Di Hospital Melaka

rasanya kami balik ke melaka kali nie
memang menziarahi orang yang tidak sihat rasanya
sebab kami semua memang tak tahu pak long masuk ke hosp
kami datang ke rumah pak uda
baru lah mak uda beritahu yang pak long masuk ke hospital
petang semalam sebab jari kaki pak long terkena tunggul kayu
habis isi tertarik sekali
hantar ke hospital alor gajah doc sana tak terima
jadi hantar ke hosp melaka  - kena 21 jahitan
dan di cucuk dengan 9 ubat bius
pastu pak long ada kencing manis
jadi kerisauan di situ
harap cepat-cepat sembuh dan berpantang dengan makanan yang di makan

 ketika pak long menceritakan semula macam mana
kakinya boleh terkena tunggul kayu
kesian pada pak long
ialah menolong orang untuk membina pagar
tapi padah terkena pada diri sendiri
takper la - nak terkena nak buat macam mana kan

 sebelum balik
sudah pasti la snap-snap dulu dengan orang sakit
ceria sahaja wajah pak long dengan kehadiran adik-adiknya
yang datang menjenguk

 macam biasa la
umar di pantau oleh p.cik-p.ciknya
aku memang tak larat nak menjaga budak berdua nie
nak bagi umar senyap - senang jea
bagi jea la umar nie dengan hp
confirm akan mendengar kata


balik dari hospital melaka
pergi semula ke rumah mak uda
sebab pak uda dan mak uda naik kereta kami pergi ke hosp melaka
tak bagi pak uda bawak kereta
sampai di rumah mak uda, ingat nak terus balik
tapi kak watie tahan tak bagi kami balik dahulu
minta kami makan dahulu
tau-tau dah ada roti canai siap masak
cuma tinggal untuk di hidang sahaja
jadi lepas solat magrib dan mandikan anak-anak
baru berangkat pergi ke rumah mak dak laks
nak melawat orang sakit jugak

anak-anak yang leka mengisi perut dengan roti canai
Alhamdulillah
penat gila tapi kena singgah lagi ke sebuah rumah
rumah-rumah p.cik dan m.cik yang tak sempat nak kunjung tu
harap maaf lah yea
masa tak mencukupi nak melawat semua rumah
emmmm ingat jugak kami pada m.cik dan p.cik
ada sesetengah tu
tak ingat pun kami yang duduk jauh nie
emmmm fikir-fikirkan la
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha