NuffnangX

Monday, December 24, 2012

Majlis Tibaan

sabtu lepas balik ke Sijangkang
MIL nak buat majlis Tibaan
jadi kami bertolak dari sg.nuloh pukul 6pm
sampai di Sijangkang tepat sebelum azan magrib berkumandang

Majlis Tibaan nie bagi family sebelah suami aku
ialah bacaan selawat beramai-ramai
memandangkan family suami aku nie ramai dan cucu yang ramai
jadi bila semuanya berkumpul penuh satu rumah
memang meriah

start berselawat pukul 9 lebih
dan habis pukul 11 malam
umairah dan umar memang sampai baring-baring nak tertidor
ialah bila berselawat elok untuk kita dan anak-anak kan

rasanya tahun nie baru jea buat sekali
sudah jarang buat
ialah anak-anak semunya sudah berfamily
jadi perlu adanya planning bila nak apa-apa majlis
takut ada yang tidak dapat hadirkan diri

berkumpulnya kami semua
hanya cucu no.2 tidak dapat balik
sebab masih ada class di Uitm Perlis
ciankan huhuhuhuhu

muka ngantuk umar
umairah masih lagi segar
hanya merebahkan diri temankan adiknya

part yang paling best
sudah seemstinya la MAKAN time eheh
ada :
ketupat
ayam masak merah
kuah kacang
kuah lodeh
daging masak kicap
ikan parang masak kunyit kot ala-ala rasa macam masak tochu pun iya jugak
cuma tochu jea takder
agar-agar laici
buah tembikai

wahhhh menu memang best gila
daging masak kicap Kak Ros memang terangkat la
umar dan umairah makan bertambah-tambah
aku siap minta resipi lagi dengan kak ros
memang sedap sangat

Alhamdulillah berjalan dengan lancar majlis tibaan nie
di harap tahun depan akan diadakan lagi
mengeratkan hubungan kekeluargaan..

Tetiba best jugak kalau family besar nie
bila berkumpul meriah jea
emmmmm

3 kata-kata indah:

Nad @ MamaZN said...

Hubby ena jawa ke?
Xpenah dgr majlis tibaan..

zh-ena said...

nad - ha'ah org jawa...

Zura Zue said...

1st time dgr majlis tibaan...sama mcm reunion lah erk..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha