NuffnangX

Monday, December 31, 2012

Kenduri Di Taman Medan

ahad yang lepas 30.12.2012 singgah ke Taman Medan
menghadiri perkahwinan bersama dengan mak dan family pak long
kenduri nie lebih kepada mak la
sebab aku tak berapa nak kenal sangat
cuma teringat masa kecik-kecik dulu selalu beraya dengan anak p.cik nie
skang nie masing-masing sudah besar
terjumpa hanya senyum jea
tak reti nak bercakap apa...

taman medan dan taman dato harun sebelah menyebelah sahaja kan
kami silap masuk ke taman dato harun
nasib baik la tak malu untuk bertanya
jadi tak sesat di tengah jalan
memang ramai orang buat majlis perkahwinan di sini
kenduri sebelah menyebelah jea

kalau di area rumah mak aku nie jangan harap la boleh buat
sebab tu la adat berkampung penting
di mana oranng kampung berkumpul dan berbincang tarikh untuk berkahwin
bila adanya berkampung confirm tarikh anak berkahwin tidak akan bertembung
kiranya masih kuat lagi adat bergotong royong di kampung aku nie
di bandar lain plak ceritanya

umar yang muka monyok
baru tidor sudah kena bangun
cian anak ibu

umairah melaram dengan spec mata babahnya
pandai melaram si kakak nie

mak dan mak long
muka kerut seribu menahan kepanasan
terik plak cuaca hujung minggu yang lepas

suka dengan pelamin penganting
ringkas jea
rasanya pelamin nie kalau waktu malam lagi menarik dan cantik
sebab yang berjurai-jurai tu adalah lampu

"ibu, bila kakak boleh kawen"umairah
amboi amboi umairah nak kawen plak
belajar dulu
hehehehehhee



1 kata-kata indah:

Ya ALiya said...

Umairah dh ada pakwe ke nk tawin ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha