NuffnangX

Monday, December 24, 2012

Baby Meow

pagi tadi sambil aku memasak telor goreng
umairah request nak bawak roti telor ke sekolah
aku asyim terdengar suara anak kucing
puas mencari dalam store
bawah almari
last-last tergerak hati nak check dalam bilik nasir

habis la aku klebet dalam bilik nasir
finally jumpa dalam almari baju
aku ingatkan hanya sekor
terus angkat anak kucing tu tunjuk pada umairah
suka sangat umairah bila tengok bby kucing
berani jugak umairah usap anak kucing tu
umar jea yang kegelian nak pegang

bila aku masuk semula ke dalam bilik nasir
masih lagi terdengar suara anak kucing
laaaa bila aku buka luas-luas pintu almari
baru perasan ada 3 lagi anak kucing
semuanya ada empat ekor
comel-comel semuanya

muka umar yang kegelian
umairah maintain jea
suka sangat umairah dengan binatang nie

4 ekor anak kucing yang ibunya sorokkan ke dalam bilik nasir
emmmm bilik nasir nie memang menjadi kesuakaan kucing beranak kot
selalu sangat ibu kucing beranak dalam bilik dia

ayah masukkan bby kucing nie dalam besen
tapi sekejap jea
ibu kucing datang terus ngongong kucing tu bersembunyi tempat lain
umairah menangis sebab dia ingat ibu kucing tu nak makan
puas jugak la nak xplain pada umairah
yang ibu dia dukung anak kucing macam tu
pastu baru senyap

tak tahu mana ibu kucing tu sembunyikan anaknya lagi
harap selamat la...

1 kata-kata indah:

Zura Zue said...

aku dh lama xbelek anak kucing ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha