NuffnangX

Tuesday, January 25, 2011

Demam



umairah demam semula
baru jea 2 minggu yang lalu umairah demam
hari nie demam semula


bangun pagi tadi
umairah ada mengadu yang perut dia sakit
aku ingat mungkin dia lapar
jadi buatkan susu dan bagi makan roti canai sedikit
dia pergi kedai mak, aku bagi mkn buah tembikai
pastu dia ok jea, jadi aku takder la risau sangat


seperti biasa
kalau sayang kerja petang
sebelum pergi kerja
pasti sayang akan bawak umairah naik kereta pergi kedai sekejap
untuk beli jajan @ bawak jalan-jalan sekejap
selagi tak bawak
jangan harap la umairah akan lepaskan babah dia pergi kerja


terkejut aku bila sauyang dukung umairah masuk ke dalam rumah
sayang cakap umairah muntah dalam kereta
terus aku dukung umairah
sementara sayang bersihkan diri untuk pergi ke tempat kerja
aku baringkan umairah atas sofa
masa nie keadaan umairah ok lagi
terus cakap nak tidor
selimutkam umairah
dalam pukol 3 lebih
aku rasa dahi umairah sebab tidor dah lama sangat
terasa panas
alahai anak ibu demam rupanya




badan panas
tapi kaki dan tangan sejuk
aku sapu badan umairah dengan air zikir yang mak mertua bagi pada kami



bila petang
keadaan umairah makin lemah
ialah tak makan dan minum sangat kan
susu pun taknak minum
paksa minum pun
sedikit jea umairah teguk air dari cawan
makin kurus anak ibu nie



umar plak
nasib baik la tak meragam sangat
cuma tidor sahaja dalam buaian
bangun untuk menyusu sahaja


ibu doaakan umairah cepat sembuh

6 kata-kata indah:

mommy twin said...

ena, better bawak g klinik... sbb skang mmg ade satu virus baru yg menyerang budak2. tanda2nya demam panas, muntah2 and cirit birit. lebey kurang same cam denggi. g pun anak ko demam semula, kan? itu lebey bahaya.. pape pun, hope maira get well soon.

Zana_MamaBatrice said...

naper tak bawa gi klinik ena? better bawa dia pergi klinik....now, bebudak kalau demam..tak boleh dibiarkan mcm tu jer.....

moga umairah cepat2 sembuh k
amboi...kemain lg umar...tembamnya aiiikkk

Mak Su said...

sudah kembali berblog... alamak, sian umairah tak sihat. kasik dia sup ayam kot2 terbuka selera and umar is comel pipi gebus

nanonano said...

demam nk pay attention ke ni??
hehehe sian kak long yer..
get well soon yer..
nanti dah sehat tlg jg adek :p

Unknown said...

emm dh bawak ke klinik ke? sian tengok humairah!

Zura Tahir said...

musimlah na...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha