sampai seru siapa erk
sudah tiba saatnya
anak bujang mak aku nak memasuki alam perkahwinan
sobri la saper lagi
malam tadi selepas isyak
kami 3 buah kereta bergerak ke rumah pihak perempuan
merisik menyempurnakan adat
ialah bercinta dan berkenalan sudah
merisik tetap merisik
dengan berbekalkan cincin belah rotan untuk merisik
dan sebekas kuih ondeh-ondeh kuih melaka - emmm tahu la mak dari melaka
kuih pun pilih yang nama kuih melaka :p
aku tanyak jugak pada mak naper nak bawak kuih
mak cakap biarlah kita datang dengan kemanisan
elok untuk memulakan perhubungan
aku yang dengar hanya cakap ooooooo
sobri bersama dengan mak
pegang sedulang bekas kuih ondeh-ondeh kuih melaka
senyum meleret jea
kami sekeluarga
sayang tak dapat join sebab kerja
nasir plak entah mana hilang - jumpa kawan la tu
nie adalah 1st time kami pergi merisik
sebelum nie family aku hanya menerima undangan merisik jea eheh
ialah dua-dua anak perempuan kan
adat merisik nie bagi aku dan family
caranya sempoi jea
cuma ayat nak menyunting bunga di taman tetap di guna pakai
tak hilang dek masa tak luput dek hari - hampeh betul aku punya bahasa
confirm bahasa aku linkup kahkahkah
jadi perbincangan malam tadi
majlis pertunangan akan diadakan pada 1May
hantaran 7 berbalas 9 dulang
akan di beri kain untuk kakak dan abangnya
sebab bakal tunang sobri nie melangkah 3 orang sekali
atasnya semua belum kahwin lagi
ambik ko lompat terus ke 4 tu
jadi lepas nie sobri
mencari ko duit untuk kahwin nanti
cari jugak ilmu nak kahwin
jangan ingat sudah masuk ke alam perkahwinan nie mudah dan senang
banyak dugaan dan cobaan akan ko hadapi
kuat atau pun tidak jea korang akan bertahan
upacara berakhir dengan jamuan ringan dari tuan rumah
kami dihidangkan mee kari
sedap
nak tambah lagi malu plak
penutup cerita lihat pada wajah umairah
aku rasa aku potong rambut depan umairah macam tobek jea
tak serata pun
huhuhuhu cian anak ibu
tak cantik jadinya rambut depan
aduhai rambut cepat la panjang
salam
0 kata-kata indah:
Post a Comment