NuffnangX

Saturday, July 21, 2012

1st Day Ramadhan

Alhamdulillah hari nie hari pertama umat Islam berpuasa
harap tahun nie aku dapat khatam al-Quran - InsyAllah
bagun sahur liat nak bangun
sebab tidor malamnya lewat - sibuk buat kuih
jadi waktu sahur sayang gegar badan aku bangun sahur
dalam larat tak larat..bangun jugak

sahur hari pertama menu simple sahaja :

1) ikan cencaru masak sambal
2) sayur goreng
3) air teh o panasa

part yang paling kelakar, umar pun bangun bersahur
makan sambil mulut terguap-guap tahan ngantuk
umairah walaupun aku geletek-geletek kakinya tetap tidor dengan lena

hari pertama ramadhan kami balik ke Sijangkang
sebelum sampai di rumah, ajak sayang singgaj ke bazar ramadhan
ialah balik ke rumah mertua takkan tidak membawa apa-apa juadah
malu la beb

menu yang beli di bazar ramadhan Sijangkang

1) kurma yusuff taiyub
2) 2 ketul ayam percik
3) murtabak
4) air jambu

menu berbuka pada hari pertama ialah Nasi Ayam - sedap

gambar tak sempat nak snap-snap
habis baca doa terus jea makan memang tak ingat nak snap-snap bagai :D

1 kata-kata indah:

~ain said...

kami dah pakat suami isteri tahun ni tak mau ke bazaar sangat sbb sepatutnya bulan ramadhan kita boleh berjimat dari bulan lain dari segi makanan. kalau ke bazaar mmg tak abis. membazir. nafsu makan dua org macam berpuluh orang.. hahaha (kami laa tu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha