kami bertiga aku..syikin dan syikin...
lunch di mc'd sahaja
macam biasa la aku sudah semestinya akan pilih set chicken foldover - my fav
macam biasa macam-macam cerita kami bangkitkan
dari cerita-cerita panas di ofis
sehingga la cerita gelagat anak-anak
tak kisah topik apa pun tetap menjadi isu hangat bagi kami bertiga eheh
tengah-tengah chit chat tu
kami terpandang sebuah kereta
di bahagian drive thru
dari depan memang cantik - kereta lancer
tapi tetiba pelik
sebab bahagian lampu nampak lampu kereta wira
jadi kami sepakat nak confirmkan bila kereta sudah bergerak ke hadapan
bila kereta tersebut sudah ke depan
sah kereta tersebut memang kereta wira tapi sudah di modified jadi ala-ala kereta lancer
terus kami tergelak
terus topik modified kereta diperkatakan oleh kami bertiga
terus timbul isu kenapa perlu modified kereta menjadi kereta yang gah
sebab bagi aku kalau tidak berkemampuan kenapa nak timbul isu menjadikan kereta lebih gah
sebagai contohnya tadi
kereta wira di modified menjadi lancer
hanya digelakkan orang sahaja - betul apa
sebab realitinya tetap kereta wira
make up macam mana pun tetap kereta wira tidak akan menjadi kereta lancer
macam realiti kehidupan kita jugak
kerja kerani tapi gah cakap pada orang kerja pengawai
sebab orang akan tahu jugak kerja kita sebagai apa
tak payah nak sorok-sorok
begitu jugak kalau jadi sudah jadi 2nd wife
sibuk auta semua orang tak kahwin lagi
tapi kesudahannya pasti akan diketahui orang jugak
lagi menyedihkan family adalah
berbalik kepada modified kereta aku
memang tak salah nak modified kereta
sebab duit korangkan bukan keluar dari poket duit aku pun
cuma bagi pendapat aku..setakat nak modified kereta
nak lowed kan bumper ker
nak potong spring absorber ker
nak buat sun roof ker
nak tambah skirting ker
nak tinted gelap gelita ker
nak tukar rim tayar ker
tak kesah la kan beb
tapi bab merubah terus sebuah kereta tersebut menjadi kereta yang lain
tapi asal usul kereta tersebut tetap jelas kelihatan
aku rasa baik tak payah nak modified
baik simpan duit nak modified tu terus beli kereta idaman kalbu
lambat-lambat pun finally dapat jugak beli kereta iadaman kalbu kan
dari buang duit beribu-ribu membuat modified
nie pendapat aku la
kalau pendapat kita berbalah dan nak katakan aku nie kolot
nak buat macam manakan
nie pendapat masing-masing
nak-nak lagi aku dah berkeluarga
duit nak modified tu baik simpan untuk anak-anak
lagi berfaedah
peace :D
4 kata-kata indah:
ain tak suka org modified kereta sbb rasa mcm hobi yang paling tak pekdah sekali.. dulu, sebelum kawin cik abang hobinya modified kereta... tapi, dah kawin ni dah kena brain wash. duit yang ada, baik simpan pi mekah.. hahahhaa...
nsb baik la suami ena bkn jenis yg hobinya suka melaram dgn keretanya..betul tu baik simpan eja duit utk pg ke mekah kan..Amin
setuju sgt.. banyak lagi bende berfaedah yg boleh di buat dengan duit tuh..:)
nafira - sokonggggggg
Post a Comment