NuffnangX

Thursday, May 24, 2012

Mak Mertua Vs Menantu


aku rasa topik yang nak aku perbincangkan di sini
pastinya berat dan perlukan pendapat korang
siapa di kalangan teman blogger tinggal bersama family mertua - mak mertua
macam aku tinggal bersama family aku, suami aku la dikatakan tinggal bersama family mertua

tapi ini bukan mengenai diri aku
sebab aku dengan family ok jea ialah mak tersayangkan
kalau suami buat slumber jea tapi di lubuk hati memang nak tinggal dengan di rumah sendiri
ke arah itu kami masih lagi berusaha untuk mengumpul duit untuk miliki rumahku syurgaku - IsyaAllagh

ok berbalik kepada cerita mak mertua vs menantu nie
aku terpanggil nak bercerita sebab selalu mendengar keluh kesah cerita adik aku
cuma apa yang dapat aku lakukan hanya ucapan SABAR sahaja
ialah kita sebagai orang luar taknak memberi komen yang hanya menambahkan kekeruhan di air yang keruh
biarlah diri aku menjadi tempat mengadu domba untuk adik aku yang tersayang

kesian kan bila diri rasa tidak di hargai oleh mak mertua dan adik ipar
rasa terpinggir bila semuanya duduk berkumpul dan bercerita
rasa diperli bila sesuatu benda yang terjadi
rasa diperkatakan bila kita duduk jauh-jauh macam kita tak mendengar apa yang diperkatakan
rasa ketinggalan akan sesuatu cerita yang diperkatakan
rasa sentiasa diri sentiasa menjadi mangsa perbandingan
emmmmmm macam-macam rasalah seperti rasa perencah adabi

usia perkahwinan baru menginjak ke angka 4 tahun
3 tahun berkahwin perhubungan ok sahaja
cuma kebelakangan nie perhubungan semakin dingin
serba serbi tak kena
apa yang di buat semuanya tak betul

sudah la hubungan semakin dingin
di tambah plak perisa tambahan cakap-cakap tak betul di belakang 
lagi la hubungan semakin dingin kian merosot
kini hanya memerap diri di dalam bilik mengasingkan diri
hanya itu yang terdaya diri dapat lakukan
nak bercerita pada suami nanti buruk jadinya
jadi hanya mendiamkan diri dan telan sorang-sorang
aku sebagai kakak hanya menjadi tempat luahan rasa yang terbuku di hati

adik aku adalah menantu perempuan sulung
dan adik iparnya semuanya lelaki
jadi bila kedatangan adik aku masuk ke family pihak lelaki
adalah satu kerahmatan sebab dapat anak perempuan yang sebelum nie anaknya semuanya lelaki
tapi kini semua kebaikan tidak nampak lagi di mata
hanya keburukan sahaja di mata
apa yang di buat nampak salah di pandangan mata kasar
adik selalu mengadu nak duduk sahaja di luar
tapi suami plak taknak sebab nak jaga si ibu
ok jadi faham di situ
ialah sebagai anak lelaki sulung memang tanggungjawab berat untuk menjaga ahli keluarga yang lain
tapi aku rasa suami perlu melihat apa yang diingini oleh seorang isteri
jangan nanti bila keadaan semakin parah
tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan 

bagi pendapat aku baik buruknya 
seeloknya baik tinggal berasingan
memang menantu bila tinggal di rumah mertua memang banyak sosek sosek di belakang
tapi anak perempuan tinggal bersama ibunya - jarang kita dengar sosek-sosek di belakang
aku rasa mentua perlu dengar sebelah menantu side jugak
jangan hanya dengar hasutan sebelah pihak sahaja
perkara yang benar jadi tak benar akhirnya
yang dapat nama buruk menantu jugak

aku rasa bebelan aku mengenai menantu vs mentua nie terlalu panjang
emmmm sekadar melepas rasa
baik menantu 
baik mentua
aku rasa kedua-duanya perlu saling hormat menghormati
barulah aman harmoni dapat duduk bersama 



7 kata-kata indah:

attyfir said...

kdg tak faham org ni ..buruk org je nampak.
tapi yg baik semua x nmpk

yg suami pulak, tade rasa langsung nak fahami isteri.

apa pun duduk sendiri lebih baik.org kata dekat2 bau taik..jauh bau bunga

zh-ena said...

k.atty - nsb baik ada jgk org yg faham..btl tu kan k.atty..baik ddk kauh2..bau wangi skit

mummy_ayu said...

memang kurang sesuai duduk ngan parents or in law kalu dah kawin..better duduk asing..sbb kalu jrg2 jumpa..selalunya ok jer..
tapi ada gak yg okay jer duduk sekali...

Eliss said...

susah jugak bila jadi mcm ni kan. kalau boleh memang x nak duduk dengan mertua ;p kalau dengan suami boleh lagi la nak excuse2 buat itu ini kan, kalu mertua..haihhh..tapi yg penting kita kena layan mak mertua sama mcm mak, baru aman rumah tangga.

zh-ena said...

ayu - emmmm nak tggl berasingan pun kena tggu dr suami jgk..klu suami ajak tggl tempat lain ok la..klu taknak kita yg isteri nie terpaksa jea la telan dalam diam

zh-ena said...

eliss - betul tu klu ddk sendiri blh la nak ngelat buat kerja eheh

~ain said...

Susah nak kata. Mmg kena byk sabar kalau tinggal serumah dgn mertua. Byk hati nk kena jaga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha