NuffnangX

Tuesday, January 31, 2012

Dinner at Big Plate Subang Permai

malam tadi selepas bayar bil dan bayar duit kereta
sayang cakap dia lapar
dan kebetulan di rumah memang tak masak
aku plak takder la lapar sangat
jadi suami nak makan aku ikut jea
aku ajak sayang makan di Big Plate
sebab sayang cakap dah lama tak makan western


buku menu di Big Plate
sesiapa yang belum pernah datang ke sini
senang jea direction dia
kalau korang dari shah alam
guna jalan lama
sampai jea simpang di Golf Monterez
masuk sebelah kanan
restaurant nie di sebalah kiri sederet dengan Proton Edar

kalau korang dari Subang airport
ikut jalan lama nak pergi ke shah alam
selepas pasaraya Segi
selepas masjid kuning
restaurant nie sebelah kiri
masuk sebelum traffic light


sebenarnya umar dalam kereta lagi sudah tidor
siang mak cakap umar nie tak tidor sangat
aku pelik dengan umairah dan umar nie
kalau makan ubat nak tidor punya la payah
padahal kalau lepas makan ubat mesti kita dah ting tong kan
confirm tidor punya la

bila aku angkat jea nak masukkan ke dalam stroller
terus umar terjaga
nak letakkan dia dalam stroller
memnag taknak la
terus segar bugar

umairah sibuk nak adiknya duduk sebelah dia
jadi duduk la sebelah menyebelah dua beradik nie
aku rasa segan jugak
ialah orang lain makan sekeluarga senyap jea
tapi meja kami mak aiiiii - kecoh betul
dengan umairah sekejap nak turun sekejap nak duduk
dengan umar plak terjerit-jerit nak turun dari kerusi
sampai aku ajak sayang balik jea walaupun masa tu kami dah order makanan
tension beb

mushroom soup - RM15.00
umairah suka plak dengan soup nie
dia sorang jea konker hirup soup nie

kesian sayang
sebab kami kena gilir-gilir dukung umar
uamr dah start meragam ketika makanan sudah sampai
mengantuk sangat si kecik nie
jadi bila makanan sayang sampai
aku jaga umar
dan bila makanan aku sampai
sayang plak menjaga umar

soup yang mendapat pengiktirafan terbaikkkkkkk dari umairah
sedap hingga menjilat sudu


menu pilihan sayang
mixed grill salad - RM26.00
semuanya ada - sedap

menu pilihan aku
spegethi carbonara - RM20.00
dan menjadi fav umairah dan umar
rasanya separuh spegethi nie umairah dan umar yang makan
aku plak banyak makan makanan sayang eheh

bagi aku ok la makanan di sini
sedap tapi mahal skit harganya
total aku makan di sini malam tadi RM69.00
termasuk 3 air
Lime Juice
Carrot Susu
Teh O ice Limau

Alhamdulillah kenyang semuanya
dalam perjalanan
kami 3 beranak dah tertidor di belakang
kesian sayang drive sorang-sorang

3 kata-kata indah:

attyfir said...

terliur nengok spaggeti

antalya said...

spageti ena nampak mcm simple jer tp mahal eh

zh-ena said...

k.atty - jom kak atty kita mamam spegethi

antalya - tu la buat snediri mcm2 bhn blh letak kan..tapi sekali sekala periuk belanga kena gak cuti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha